Teman-teman

Friday, July 22, 2011

Buatlah Novel

Semasa aku menulis artikel ini aku melihat pada digital counter yang telah datang menziarahi blog Warna Nostalgia ialah sebanyak 100278. Entri pertamaku ialah Powernya Lidah Seorang doktor bertarikh 1 June 2008. Bermula dari situ aku mula menulis dan kadang-kadang isteriku Siti Aishah berada di sebelahku sambil tersenyum membaca coretanku. Sehinggalah ia memasuki bulan November isteriku telah berubah sedikit. Kadang-kadang demam dan di selangi dengan batuk. Dia masih mampu lagi mengerjakan agenda jemaah dan surau serta penduduk.

Bila masuk bulan Disember 2008 dimana bulan yang membuatkan aku benar-benar tertekan dan menangis seorang diri. Hanya kepada Allah tempat aku bermunajat memohon keampunan kepadanya agar menyembuh penyakit isteri tercinta. Namun Allah lebih mengetahui segala-galanya. Sebagai hambanya kita hanya mampu berdoa. Semenjak Siti Aishah pergi jejari ini terus mengetuk papan keyboard walaupun dia tiada di sisiku. Aku lakukan ini hanyalah untuk meredakan keteganganku. Hanya blog ini saja tempat aku mencoretkah segala suka dan dukaku.

Alhamdulillah dari suka-suka kini ia telah mencecah begitu ramai pelawat. Terima kasih tak terhingga kepada mereka yang datang melawat walaupun tidak meninggalkan jejak agar aku dapat kembali menjejaki mereka. Kini blog Warna Nostalgia merupakan sebahagian dari hidupku. Semalam aku mendapat email peribadi dari seorang pembaca yang datangnya dari Singapura. Katanya kenapa aku tak novelkan kisah hidupku. Novel...fikirku. Bagaimana aku nak melangkah kearah itu sedangkan aku bukanlah seorang penulis yang baik. Kadang-kadang bahasaku tunggang langgang walaupun aku begitu berminat hendak menulis tetapi aku tidak tahu hendak bermula dari mana dahulu. Kepada pembaca yang baik hati sudilah kiranya membantu dan memberi idea bagaimana hendak bermula dengan penulisan kearah novel atau cerita yang lain. Terasa kekok pula. Terima kasih kepada pembaca dari Singapura yang memberi cadangan ini. Ia baik sekali.

12 comments:

pB said...

teruskan menulis

insyaallah


pB akan terus datang dan datang lagi

kapten said...

bagus juga cadangan tue abg diman..

saing said...

sy dulu pun prh bg cdgan serupakan, msti WN lupa. rasanya WN kena byk bca novel dr beberapa penulis, tgk gaya bahasa mcmana dan bgaimana plot cerita dikembangkan..apaepun, moga Allah permudahkan WN utk jadi novelis terkenal nnti, amin

Ariff Budiman said...

pB...Terima kasih kerana menyokong

Ariff Budiman said...

kapten...Insyaallah akan di fikirkan

Ariff Budiman said...

saing...Ya pernah saing suggest dulu. Lupa pula WN. Malu pula dikatakan penulis terkenal. Belum mula lagi

mutiara bd said...

pada pendapat saya, pakcik memang pandai bercerita..

Bila selalu menulis, kemahiran menulis akan bertambah baik.

Mungkin boleh cuba buat novel..

Tapi dengan objektif untuk membawa manusia memahami agama Allah.

Ariff Budiman said...

mutiara bd..Bagus juga konsep tu. Apa saja kehidupan kita iua tidak dapat lari dari memahami agama Allah. Cantik tu.

insan marhaen said...

Bagi IM cukuplah setakat menulis di blog. Malas nak fikir lebih dari itu. IM nak pertingkatkan amal dan kerja amal je...

BAYAN LEPAS said...

WN punya cerita seronok baca,harap satu hari nanti BL dapat membaca novel pulak....

Ariff Budiman said...

insan marhein...Terima kasih. Memang WN dari dulu lagi nak novelkan kisah ini. Tapi terdiam seketika

Ariff Budiman said...

Bayan Lepas...Mana tau satu hari hang nanti baca novel aku no

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...