Perkarangan rumah ibu mertuaku
Ini merupakan perkarangan rumah ibu mertuaku. Kelihatan pokok besar berhampiran pokok rambutan. Itulah pokok buah setui yang buahnya bewarna kuning. Pondok kecil yang kelihatan merupakan pondok dimana aku dan arwah Siti Aishah suka duduk. Kadang-kadang kami makan nasi tengahari di sini. Kini hanya tinggal memori saja.
Buah ini di kenali sebagai buah isi kelapa. Memang rasanya rangup macam kelapa. Kadang-kadang buah tak sampai merah sudah di petik oleh kaum keluarga. Kira menjadi rebutanlah. Hari ramai yang bekerja maka aku yang untung bila tiada siapa yang ambil. Hari ini aku control semua pokok. Aku naik atas pokok sambil memetik sambil makan di atas.
Dari jauh siapa yang melihat pasti tergoda dengan kemerahan buah rambutan. namun kebanyakan rumah di tanam dengan pokok ini. Ada pokok yang isinya kuning yang dinamakan rambutan gading. Mungkin lagi 2 tahun akan hilanglah kampong ini akibat pembanggunan. Ini bermakna nuah rambutan pun kena beli.
Rambutan masam. Sedap kalai di buat pajeri
Rambutan ini buahnya masam. Cukup enak kalau dibuat pajeri. Arwah isteriku cukup pandai kalau buat pajeri. Rasa pajerinya masam-masam manis. Dulu pokok ini tidak pernah berbuah. Suatu hari aku mengalami demam kuat. kata orang-orang kampong untuk meredakan demam panas, ambil daunnya lalu dipecah-pecahkan dan dicampur kedalam air. Kemudian mandi. memang airnya begitu sejuk. Alhamdulillah berkat ikhtiar arwah isteriku, demamku pulih. Semenjak itulah pokok ini berbuah tapi buahnya masam-masm manis. Itu sejarahnya
Inilah buah yang aku petik dari pokok untuk mengubati batuk isteriku. Aku tertawa bila mendengar katanya yang buah rambutan tidak batuk kalau dia makan. Jangan buah durian. Cukup bisa katanya.. Eh...manalah tahu kan. Lega betul batuknya
8 comments:
Bukankah kalau makan rambutan akan bertambah batuk?
Tak pernah pula kakcik makan pajeri rambutan!
Emak IM dulu, kalau rambutan masam dia buat jem.
adui... sedapnyaaaa....
meleleh menengokkan...
Salam Jumaat Ariff, amboi! best nya ada pokok moktan kat halaman rumah, huisshhh, seronok duduk kat pangkin dan makan sambil memetiknya..
kakcik...Memang batuk pun. Pajerinya memang sedap walaupun saya tak suka makan. Bial dia buat pajeri makan di berinya kepada jiran2
insan marhein...WN pun pernah kacau jem rambutan dan jem manggis
PnConfused...kalau meleleh marilah Penang
Marina Monroe...Hidup di kampung memang segar tapi penyakit datang juga kalau tak dijaganya
Post a Comment