Teman-teman

Monday, August 15, 2011

Iftar Keluarga 2011


Iftar keluarga merupakan suatu kemestian bagi keluarga kami. Itulah hari kami berkumpul adik beradik sebelum hari raya untuk berbuka dan bersolat tarawih. Kalau sebelum ini arwah Siti Aishah merupakan orang yang merancang menu kini telah di ambil alih oleh isteriku Rosnah. Syukur kepada Allah kami masih mampu meneruskan tradisi ini walaupun bertukar orang. Jam 6 petang makanan telah di hidangkan. Tetamu yang merupakan kaum keluargaku seorang demi seorang datang. Alhamdulillah dengan keluasan rumah baruku mampu menampung kaum keluarga yang datang. Bermacam juadah yang di bawa menjadikan majlis berbuka bertambah meriah. Ibuku tidak dapat bersama sebab mengalami penat. Jadi dia bersama kakakku tidak dapat hadir. Kami mengambil kata sepakat untuk memendekkan majlis ini dengan tamat selepas solat isyak sebab akan menziarahi ibu kami pula. Setelah azan berkumandang suasana riuh tadi telah bertukar sunyi. Masing-masing menumpukan perhatian dengan fasa pertama iaitu berbuka bersama pizza dan kuih muih.

Selepas solat maka fasa kedua pun bermula. Menu utama nasi beriani di hidangkan. Anak saudara membawa pula 2 ekor ayam yang telah siap di bakar menambahkan lagi selera berbuka keluarga kami. Ruang tamu kelihatan sesak sedikit dengan masing-masing beratur untuk mengambil makanan. Sambil menjamu selera ada gurauan untuk tahun depan kriteria untuk menjadi hos berbuka ialah kena ada astro. Apa tidaknya. Masing-masing peminat badminton dan malam semalam perlawanan akhir antara Lee Chong wei dan Lin Dan. Aku tertawa dengan gurauan mereka dan berkata pada hari rumah terbuka astro pasti ada disambut gelak ketawa kaum keluarga yang lain.

Aku juga bersyukur sebab rumah aku di jadikan juga tempat untuk bersolat maghrib dan isyak. Muda-mudahan ia mendapat keberkatan. Selesai solat isyak dan sebelum pulang masing-masing mengambil lauk berlebihan untuk sahur. Sebelum mereka pulang aku berikan seorang satu kun ais krim sebagai tanda maaf kerana tidak dapat menonton live akhir badminton. Kataku tahun hadapan insyaallah kami lebih bersedia.

Pagi tadi pergelangan tanganku mula terasa amat sakit. Mungkin hasil dari pukulan gendang ketika persembahan nasyid. lama-kelamaan ia membengkak. Akhirnya aku terpaksa ke klinik panel.
" Encik Ariff nak injection ". Kata seorang doktor wanita. Muda lagi. Aku pula malu nak suntik di bahagian punggung. Cepat-cepat aku menolak. Tersenyum doktor tersebut. Mungkin dia faham aku malu untuk di injek. Jam 2 petang aku sudah tak dapat menahan kesakitan lagi.
" Abang bukalah puasa tu. Makan ubat tahan sakit ". Pujuk isteriku. Aku masih lagi berdegil sebab sayang untuk meninggalkan puasa.
" Tak apa bang lepas raya ni abang ganti balik dan Nah tumpang teman abang berpuasa ". Terus memujuk dan akhirnya aku mengalah juga. Terpaksa dia menyuapkan nasi ke dalam mulutku sebab tanganku tidak dapat di gerakkan akibat terlalu sakit. Dalam 5 suap aku berhenti. Cukuplah sekadar hendak menelan ubat. Pembaca semua ingin tahu sebab kenapa aku amat sayangkan isteriku Siti Aishah. Salah satu daripadanya ialah suapan dengan penuh kasih sayang kemulutku ketika aku sakit

Kini isteriku Rosnah begitu baik terhadapku. Suapannya dengan penuh kasih sayang akan aku kenang sehingga akhir hayatku. Ya Allah ampunkan dosaku ini....

11 comments:

mek yusz said...

Kalo xsilap semlm badminton ada live gk kt tv2...

hrusli61 said...

Bertuahnya badan masih ada yang sayang. Syukur alhamdulillah.

Semoga diberkati keseluruhan keluargamu Jiman.

Marina Monroe said...

Alhamdulillah, dah pun selesai jamuan berbuka pose dgn ahli2 keluarga..
seronok bila dpt berkumpul cam gitu..adik2 bradik ipar duai jauh susah nak organize mcm Ariff buat tuh..

Sri Mersing said...
This comment has been removed by the author.
insan_marhaen said...

Tengok foto DD terasa rindu sebab lama tak dengar suaranya. Sampaikan salam IM pada dia, ya. yang banyak memberi motivasi pada IM semasa tertekan dengan apa yang menimpa ibu_suri

Ariff Budiman said...

mek yusz..Saya masih pakai indoor arial. Jadi susah nak dapat siaran.

Ariff Budiman said...

hrusli61..Terima kasih cikgu di atas doa tersebut

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Banyak yang berada di Penang dan Sg Petani jadi senanglah sikit nak organize

Ariff Budiman said...

insan marhein...Insyaallah akan saya sampaikan salam IM

saing said...

ooo thx WN sbb bkongsi salah 1 rahsia mcamana disayangi suami. insyaAllah akan praktikan bila tiba masanya

Ariff Budiman said...

saing..Agak2 tu bila ya.???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...