Teman-teman

Wednesday, August 03, 2011

Ramadhan Yang Penuh Erti

2 Ramadhan - Sesungguhnya bulan Ramadhan memang bulan yang di penuhi dengan keberkatan. Apa tidaknya. Bulan inilah aku dan isteri benar-benar dapat merasakan kebersamaan. Isteriku tidak berniaga selama sebulan dan ini bermakna kami dapat meluangkan masa untuk kemana-mana. Selepas bersahur dan solat subuh kami tidak lagi tidur. Kami penuhi dengan membaca Al-Mathurat sebelum ke pasar. Pasar kali ini tidaklah ramai macam hari minggu. Sambil pusing dan kami berbual apa juadah yang hendak dimasak. Akhirnya kami membeli sotong dan ikan untuk dibakar. Aku pula meminta isteriku goreng cucur udang untuk berbuka. Sekejap saja kami di pasar.
" Bang lepas Nah masak, kita pergi memancing tempat dulu. Kalau tidah Nah nanti lena saja ". Aku tertawa dengan permintaannya sebab bagi aku tiada masalah dengan permintaannya. Aku sedia menuruti. Sekejap saja isteriku beritahu yang dia sudah habis memasak.

Tiba-tiba anak gadisnya juga ingin turut serta untuk aktiviti memancing. Katanya dia juga belum pernah pergi memancing. Kami terus ketempat yang di tuju. Tempat yang bernama Tanjung Asam. Kelihatan ombak amat kuat memukul batu. Aku dapat merasai bahawa memang tiada ikan yang akan menyambar mata kail dengan keadaan ombak bergelora begini. Tiada kelihatan bot-bot kecil di laut.
" Cuba Nah lihat ombak ni. Nah bayangkan pula macam mana kuasa Allah ketika tsunami yang datang melanggar Jepun baru-baru ini. Takut tak ". Aku berkata kepada isteri.
" Apa abang ni. Dah datang tepi laut cerita pasal tsunami pula ". Kata isteriku.
Aku pun membaling pancing terus kedalam laut. Tunggu punya tunggu dan tunggu akhirnya pancing aku telah mengena. Aku mendapat seekor anak ikan gelama. Aku lepaskan kembali ke laut.
" Kita silap bang. Kita mai bulan puasa. Ikan pun puasa juga. Yang abang dapat tu mungkin tak baligh lagi ". Aku hanya tertawa mendengar gurauan isteriku. Akhirnya aku mengajak isteriku ke rumah emak saudaraku yang tinggal tidak jauh dari tempat kami. Tempat yang bernama Gertak Sanggul. Semenjak kami berkahwin, aku tidak pernah membawa isteriku menziarahi rumah sanak saudara. Aku memang tidak bersedia.

Tahun ini aku berjanji kepadanya akan membawanya berhari raya di rumah emak saudara. Gembira sungguh aku melihat isteriku. Aku telah bersedia sekarang. Sepupu yang kini mendiami rumah emak mereka setelah kematian emak mereka terkejut dengan kedatangan kami.
" Baru nampak pengantin ". Kata kakak sepupuku. Rumah ini tidak asing kepadaku. Waktu aku di bangku sekolah rendah, cuti mingguan amat di tunggu. Kami adik beradik akan kerumah Pak Lang dan Mak Lang untuk bermain pasir di pantai. Kini ia telah di cemari dengan najis. Kami tidak lama dan kami juga berjanji aidil fitri ini kami akan datang lagi. Semasa dalam kereta, isteriku mengajak aku ke Kamdar selepas solat zohor. katanya nak beli langsir tingkap. Entah kenapa dia begitu seronok nak menukar langsir. Langsir yang kami guna sekarang hanya di pakai semula semenjak berpindah dari rumah lama.

Selepas zohor kami kesana. Di belek-beleknya langsir dan setelah mendapat keputusan bersama tentang warna dan corak langsir barulah kami pulang kerumah. Semasa dalam kereta talipon bimbitku berbunyi. Seorang ibu kepada anaknya bertanya aku bila aku boleh mengajar anak-anak mereka nasyid. Terus aku tetapkan selepas solat asar di masjid.
" Abang tak letih ka ". Tanya isteriku.
" Letih memanglah letih. Tapi sudah permintaan orang. Insyaallah akan hilang letihnya ". Kataku untuk mempositifkan mindaku juga. Kalau kerap di sebut letih maka akan letihlah jawapannya. Alhamdulillah anak-anak yang datang untuk latihan nasyid begitu bersemangat sekali. Mereka akan mempersembahkan nasyid pada 13 Ogos ini.
" Pak cik Budiman boleh tak main gendang. Kami tak cukup orang ". Tanya anak remaja. Sudah lama aku meninggalkan bidang ini. Namun untuk memberi semangat kepada anak-anak remaja, aku terima permintaan mereka. Terpaksa aku melatih tangan aku kembali untuk mengetuk bonggo. Alhamdulillah selesai juga sesi latihan nasyid. Sebelum pulang kerumah aku ziarah terlebih dahulu pusara isteriku.
" Assalamualaikum Siti. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak ". Aku sedekahkan Al Fatihah untuknya dan pulang kerumah untuk berbuka. Terasa amat nikmat ketika berbuka bersama isteri.

Malamnya aku dan isteriku bersolat tarawih di surauku. Sudah lama aku tak kesini semenjak berpindah. Aku lebih banyak solat di surau bersebelahan rumahku. Sungguh syahdu bacaan ayat-ayat suci al quran dari anak-anak tahfiz. Ketika doa selepas solat witir airmataku mengalir begitu laju. Suara dan lagu ketika berdoa begitu senang memukul pintu hatiku. Tanpa paksaan airmata jatuh berderai. Saat itulah aku terbayang akan sibuknya Siti Aishah ketika Ramadhan. Aku melihatnya memasak bubur kanji. Aku melihatnya menghidang untuk kenduri kesyukuran menyambut ramadhan. Dimana saja aku berpaling wajah isteriku pasti menjelma. Aku tak dapat mengawalnya lagi

Selepas selesai solat, aku dikerumuni oleh kaum wanita yang bergelar ibu.
" Budiman. kami rindu dekat hang. Lama tak nampak ". Isteriku hanya tersenyum mendengar rintihan kaum sejenisnya. Memang tabiat mereka begitu sebab dulu aku dan arwah Siti Aishah bersama mereka membantu aktiviti surau. Aku melihat jam di tangan sudah menunjuk pukul 11 malam. Aku terpaksa bergegas pulang kerumah untuk bekerja malam. Alhamdulillah badanku tidak terasa letih dengan aktiviti padat 2 Ramadhan.
" Nah tengok aktivit abang hari ni pun dah letih ". Kata isteriku sewaktu memberi uniformku.
" Kalau kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita. Dia bantu abang dengan tidak terasa letih ". kataku kepada isteriku yang hanya terdiam. Kini isteriku sudah mula memahami bahawa aku juga merupakan hak masyarakat. Semoga Allah berikan kami kekuatan untuk menongkah arus kehidupan ini. Amin.....

4 comments:

kakcik said...

Semoga Ramadhan ini membawa juga bahagia buat kita semua. :)

hrusli61 said...

Pendekar Tempang beraksi kembali.
Jiman bila nak buat The Return Of Muhajjir.

Semoga momentum sebegini akan berterusan.

Ariff Budiman said...

kakcik...Amin amin Ya Allah

Ariff Budiman said...

hrusli61...Tempang pun terpaksa berjalan juga. Kita cari program high impact kita. Di sini kita boleh hidupkan kembalu Muhajjir. Terasa rindu dengan kumpulan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...