Ketika ramai orang keluar untuk menunaikan solat tarawih di masjid dan surau. Aku pula menyambut tarawih pertamaku di tempat kerja. Aku keseorangan berada di dalam surau. Suasana begitu hening tanpa dentuman mercun. Habis satu rakaat aku akan menjalankan kewajipan kerjaku dahulu dan bila selesai aku akan sambung kembali. Begitulah seterusnya. Namun terasa juga nikmatnya walaupun keseorangan tanpa suara tok bilal melaungkan selawat. Ketika sedang bersiap sedia untuk pulang, tiba-tiba talipon berbunyi mengarahkan aku ke bandar pula. Aduh....ini bermakna sahur pertamaku pula lagi sekali di tempat kerja.
Bila sampai aku singgah untuk membeli burger dan kopi o. Walaupun aku tahu kalau bekerja di bandar nasi kandar yang enak begitu mudah untuk di nikmati. Tapi badan aku terlalu letih. Jadi biarlah burger dan kopi o sejuk ini menjadi sahur pertamaku. Hari isnin dan selasa merupakan hari aku Off bekerja. Jadi memandangkan isteriku berada di rumah aku mengajaknya memancing di tepi laut. Ketika aku taip entri ini aku masih lagi berada di tempat kerja. Sudah pasti bila aku pulang, aku tidak nampak pantai tetapi aku nampak bantai. Marhaban Ya Ramadhan.
2 comments:
Demi tugas
Demi periuk nasi
Demi amanah
Demi tanggung-jawab
Namun solat tetap solat
Tinggal Tarawikh ku usahakan tidak
hrusli61..Di mana saja kita berada solat jangan di pinggirkan. Terima kasih cikgu
Post a Comment