Teman-teman

Sunday, August 14, 2011

Iftar Perdana Hidayah Centre

13 Ramadhan - Aku bergegas pulang dari kerja sebab akan menghadiri majlis Iftar Perdana Hidayah Centre untuk saudara baru. Aku telah melatih anak-anak remaja untuk persembahan nasyid. Bila aku sampai mereka kelihatan begitu gembira sebab sangkaan mereka aku mungkin tidak dapat hadir bersama.
" Pakcik kami sudah letak nama kumpulan kita iaitu Mujahiddin United ". Aku hanya tersenyum. Aku terus menyarung baju yang telah di tempa khas untuk nasyid. Merah menyala.
" Amboi Budiman. Nampak macam anak remaja ". Tegur petugas Hidayah Centre. Tertawa aku dengan pujian itu. Terasa kekok juga bersama dengan anak remaja. Mereka menunjuk kepadaku cara untuk masuk dengan gaya.
" Pakcik kena ikut sama macam kami buat gaya ketika masuk ". Kata anak remaja. Setelah aku meminta mereka agar membuka majlis dengan Al-fatihah, aku mengajak mereka untuk masuk dan mendengar forum.

Sebelum kami membuat persembahan aku sempat juga mendengar forum khas. Di antara mereka yang terlibat ialah Brother kamaruddin, Brother Lim Jooi Soon dan Brother Muhammad Sylvester dan telah di pengerusi dengan baik oleh Mohd Rizal. Kata brother Lim Jooi Soon kalau nak berdakwah kepada non muslim jangan bermula dengan fekah sebab fekah berat sedikit. Bahasa komunikasi juga perlu. beliau menceritakan ketika beliau baru memeluk agama islam beliau mendapat sms meminta beliau berceramah. Di antara ayat-ayat yang di gunakan ialah ana dan anta. Beliau pening apa kalimah yang di tulis.

Ini merupakan penceramah undangan. dari kiri IR Jamaluddin yang merupakan YDP Ikram Pulau Pinang, Di ikuti Dr Danial Zainal Abidin, Muhammad Sylvester dan Brother Lim Jooi Soon.

Keadaan dalam dewan yang agak ramai sambil mendengar forum dari ahli panel yang telah di jemput.

Tazkirah oleh Dr Danial Zainal Abidin selepas solat tarawih

Hari ini aku dan isteri sibuk di dapur sebab akan menyambut tetamu yang merupakan ahli keluargaku untuk program Iftar keluarga yang di adakan setiap tahun. Itulah caranya kami adik beradik berkumpul sambil berbuka dan bertarawih. Tahun ini aku dan isteri telah menawarkan rumah kami untuk dijadikan tempat berbuka dan solat tarawih. Semoga Allah terima amal-amal kami semua.

8 comments:

Marina Monroe said...

Selamat berkumpul sekeluarga utk majlis berbuka puasa..
Menu aper Ariff?

hrusli61 said...

Jiman teruskan mendidik anak-anak nasyid agar terlauang masa mereka dengan berfaedah

Terkennang juga bila nak naik stage lagi bersama Al Muhajjir.

insan_marhaen said...

Ye lah.. tampak bergaya otai Muhajjir feat Mujahiddin United.

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Menunya nanti saya ceritakan

Ariff Budiman said...

hrusli61...Insyaallah cikgu. Selagi nyawa di kandung badan. Insyaallah cikgu mungkin kalau IKRAM buat hari terbuka Muhajjir boleh present

Ariff Budiman said...

insan marhein...Otai tetap bergaya

a kl citizen said...

Kalau dapat tengok videonya bagus juga

Ariff Budiman said...

a kl citizen..Ada rakaman di buat. nanti kena tanya. Mungkin di upload ke you tube

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...