Teman-teman

Wednesday, August 17, 2011

Nasib Baik Engkau Ikan

Jam 12 tengahmalam aku sudah sampai di rumah setelah bekerja shif petang. Isteriku baru selsai buat maruku. Di berinya aku rasa untuk meminta komen.

" Best Nah maruku ni. Esok sahur abang nak makan dengan nasi ". Senyum isteriku bila dipuji.

" Bang esok sahur Nah masak ikan cencaru bersama sambal pedas. Abang makan tak ". Tanya isteriku.

" Nah masak apa pun abang makan. Abang tak cerewet. Senang di bela ". Tertawa isteriku dengan gurauanku. Aku tidak pernah komen masakannya tidak sedap. Kalau di minta pandangan baru aku beri. Kira mahal ler pandangan aku.

" Minum Nah buat nescafe susu untuk abang ". Selalu begitulah. Ditanya siap-siap apa yang aku mahu. Bila bangun makanan dan minuman sudah tersedia. kalau aku tak bersyukur mempunyai isteri begini memang dasar aku lelaki tidak berterima kasih kepada isteri dan tidak bersyukur kepada Allah.

" Bang lekas bangun. Jam sudah 5.30 pagi ". Kelam kabut isteriku sebab terlupa kunci jam. Nasib baik aku baru beli heater air panas. kalau tidak tentu jenuh menunggu air mendidih. Lauk pun hanya di hangatkan sedikit saja. Dari tadi aku asyik melihat jam tetap menunjukkan pukul 5.30 pagi. Mungkin mata aku yang kabur. Aku pun membaca doa

" Allahumma bariklana Fima Razaktana Waqhina azza bannar ". Sambil di aminkan oleh isteriku. Bila saja nasi hendak di masukkan kedalam mulut, tiba-tiba

" Allahu Akbar Allahu akbar.... " Sudah azan subuh rupanya. Jam tetap menunjukkan pukul 5.30 pagi.

" Ya Allah bang. Jam mati pukul 5.30 pagi ". Terkejut isteriku. Aku hanya tertawa mengenangkan inilah saja rezeki bersahur kami. Nak buat macam mana. Di tudungnya kembali hidangan dan mengambil wuduk untuk solat subuh. Baru sehari terlepas sahur......

6 comments:

Kakcik Seroja said...

Dah macam iklan kat TV pulak!

Baru nak suap dah azan. :)

Hajjah Noraini @Nanie said...

Nasib dengar azan, kalau tak sudah tentu kenyang perut..he he he

saing said...

cantik rupa maruku tu..mcm maruku dijual, ermm msti sodap. jolo2, isteri bagaikan bidadari, kalu cari lain memang WN nak kena tembak,keke

Ariff Budiman said...

kakcik...He he nak baut macam mana. Sudah rezeki setakat pegang nasi saja

Ariff Budiman said...

Marina Monroe..Kalau tak dengar entah habis kami bedal.

Ariff Budiman said...

saing...WN tak cari lain dah. Ini sudah perfect.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...