Teman-teman

Friday, August 26, 2011

Rezeki Murah

Tahun ini merupakan tahun yang penuh bererti buat diriku. Apa tidaknya bila pulang dari kerja aku dihadiahkan dua helai t shirt oleh isteriku.
" Tahun ni abang tak payah belilah baju. Nah hadiahkan untuk abang tapi harganya murah ler ". Kata isteriku sambil menghulurkan bungkusan baju. Padaku bukan harga yang menjadi ukuran tapi kasih sayang yang ditunjukkannya amat menyentuh hatiku. Tersenyum isteriku bila aku mencuba baju yang di beli.

Tiba-tiba anak gadisku menalipon mengajak aku ke pasaraya. Katanya nak hadiah baju dan seluar. Aku dan isteriku terus ke pasaraya.
" Ayah pilihlah baju dan seluar yang ayah berkenan ". katanya padaku. Setelah berkenan anak membeli 2 helai t shirt dan sehelai seluar.
" Abang bergayalah tahun ini ". Gurau isteriku. Tahun ini juga aku sudah bersedia untuk memperkenalkan isteriku kepada kaum keluarga yang lain. Sudah 2 tahun mereka terasa hati dengan aku sebab tidak datang ziarah pada hari raya. Aku lebih suka terperap di rumah selepas pulang dari rumah ibuku.

Berkali-kali anak-anakku mengajak aku untuk berhari raya namun aku masih belum bersedia. Tahun ini awal-awal lagi aku sudah membuat planning raya keberapa kami akan menziarahi sanak saudara sebelah aku. Alhmadulillah walaupun aku masih lagi tidak dapat melupakan arwah isteriku tapi sedikit sebanyak Allah juga telah membuka pintu hatiku agar dapat menerima kenyataan yang Siti Aishah sudah tiada lagi di dunia ini. Kini aku bersama isteriku Rosnah. Entah kenapa tahun ini aku begitu bersemangat untuk berhari raya. Jumpa saja sanak saudara aku berkata insyaallah kami akan kerumahnya. Isteriku juga begitu gembira dengan perkembangan ini....

4 comments:

kakcik said...

Selamat hari raya Ariff. Selamat bergembira dan semoga selamat semuanya. :)

Marina Monroe said...

Salam Ariff, akak ucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran Aidul Fitri, moga tahun ni Ariff bergembira bersama keluarga tersayang..

insan_marhaen said...

Baguslah gitu. hargai hari ini yang masih ada.

tadi jumpa ahmad ibrahim di masjid bayan baru lepas solat jumaat. ada dia tanya khabar WN.

IM kata, agaknya dia tak baik lagi dari kena sengat!

ada-ada jer..

hrusli61 said...

Alhamdulillah Jiman semoga ceria keluarga pada hari-hari yang mendatang, diberkati sihat sejahtera amin.

Selamat Hari Raya Barakallahu mina waminkum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...