" Assalamulaikum Pakcik ". Salam yang diberi dijawab dengan senyuman oleh aku.
" Saya nak minta sumbangan untuk sekolah agama pakcik ". Sambil menghulurkan kalender dan cd lagu-lagu raya.
" Siapa yang suruh adik minta ni ". Aku bertanya anak gadis.
" Pihak sekolah pakcik ". kata anak gadis dengan nada perlahan.
" Tugas adik bukan ini. Tugas adik ialah belajar. Ini tugas pihak sekolah ". Aku berkata kepada anak gadis yang telah berubah warna mukanya. Mungkin dia takut.
" Emak dan ayah tahu tak adik minta sumbangan ". Aku terus bertanya dan anak gadis tersebut hanya menggelengkan kepala tanda ibu dan ayahnya tidak tahu.
Bayangkan kalau sesuatu berlaku kepada ank gadis tersebut siapa yang akan bertanggungjawab. Ibu bapa menghantar anak kesekolah berasrama untuk belajar tetapi pihak sekolah mengambil kesempatan mungkin atas nama ko korikulum. Kita sering mendengar kehilangan anak-anak gadis dan bagaimana pula bila ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah di beritahu bahawa anak gadis mereka hilang.
Sebenarnya pihak sekolah tidak kreatif dalam meminta sumbangan. Hanya dengan meminta simpati orang ramai dan membahayakan pelajarnya. Cuba buat majlis makan malam ke. P
ersembahan nasyid dan macam-macam lagi. Tugas pihak sekolah ialah memerah otak bagaimana mencari dana sekolah dan tugas anak-anak ialah belajar. Jangan di rosakkan minda mereka dengan yang akan membantutkan pelajaran mereka. Kreatiflah wahai pihak sekolah....
Mengalir airmata anak gadis tersebut apabila aku menegur.
" Minta maaf. Pakcik bukan marah dekat adik ". Sambil menghulurkann RM 10 kepada anak gadis tersebut.
" Terima kasih pakcik. Selamat hari raya. Semoga murah rezeki ". Aku hanya tersenyum menerima doa dari anak gadis tersebut sambil melihat anak gadis tersebut malu-malu menuju ke kereta sebelah. Kasihan anak tersebut.... Dalam kehangatan kita menjelang hari raya, Janganlah pula kita lupa 10 malam terakhir yang merupakan malam yang istimewa. Mari sama-sama kita merebutnya. Mari kita penuhi masjid dan surau. Kalau tak sihat buatlah di rumah. Janji kita buat...
6 comments:
Salam Ariff, semenjak akak sakit, dah masuk kali ketiga akak beraya tanpa lagu2 raya..kehilangan pendengaran membuat akak hilang rasa kemeriahan Hari Raya..
Kakcik memang kesian sangat dengan anak-anak yang dijadikan 'jentera pemungut wang' itu. Tempat mereka adalah di kelas untuk menerima pelajaran, bukannya di jalanan. :(
Ada yang saya tahu mereka datang dari rumah anak yatim dan dilatih untuk berdikari menbuat jaualan amal.
Tapi apa yang Jiman tegurkan itu betul, tempat mereka di kelas bukan di stesen pam minyak.
Marina Monroe....Sabarlah. Ini merupakan ujian untuk hambanya.
Kakcik..Mungkin mereka di paksa berbuat demikian
hrusli61..Terima kasih cikgu kerana setuju dengan cara saya menegur
Post a Comment