Hari raya kedua buat pertama kalinya aku beraya di rumah mertua isteriku di Changlun Kedah. Kata isteriku perjalanan ke sana mengambil masa selama 2 jam selalunya. Kami bertolak jam 8.30 pagi. Kedua-dua anakku malas nak ikut bersama. Kata mereka nak beraya rumah kawan-kawan. Aku terus memecut kereta yang aku sendiri tidak menyedarinya. Sedar-sedar 130 km/j kereta memecut. Jam 9.45 pagi dah sampai di Changlun. Ini bermakna aku memandu dari Penang ke Changlun hanya mengambil masa 1 jam 15 min. Terkejut mertua isteriku. 8.30 pagi talipon nak bertolak jam 9.45 pagi dah sampai Changlun. Setelah berborak-borak dengan keluarga mereka, aku melihat ibu mertua isteriku membisik sesuatu kepadanya. Aku dapat mendengarnya. " Siapa nama suami Rosnah ". " Ariff Budiman..mak ". Balas isteriku.
" Amboi cantiknya nama tu. Pasti orangnya pun berbudi bahasa ". Usik mertua isteriku. Malu aku mendengar pujian yang tak setimpal itu. " Apa ada pada nama mak kalau kita tidak melaksanakan perintah Allah ". Sampukku. " Betoi tu Budiman..Rosnah sebiji macam abang dia. Ada ilmu agama ". Aku bertambah malu bila aku dikaitkan dengan abang aku. Siapalah aku kalau dibandingkan dengan abang aku yang ilmu agamanya tinggi.
Jam 1230 tgh kami berangkat pulang. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai kepangkal lengan. Memandangkan Free Duty Bukit Kayu Hitam tidak jauh dari Changlun, aku mengajak isteriku kesana. Saja ingin melihat keadaan disana. Dalam masa 10 minit kami dah sampai di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam. Kelihatan banyak kereta ingin memasuki sempadan Thailand. Aku berlegar-legar dikawasan bebas cukai. Semua kedai tutup. Maklumlah baru hari raya kedua. Hanya shopping complex yang buka. Mahalnya tetap sama seperti tempat-tempat lain. " Jom balik. Tak ada apa nak beli ". Aku mengajak isteriku pulang. Terpandang seorang makcik menjual buah limau bali. Kata makcik, " Ambillah 4 biji RM10 ".
Aku terus menghulurkan wang kepada makcik sambil diucapnya syukur kerana aku membeli buah darinya. Sampai di check point pertama setiap kereta harus membuka bonet kereta. " Selamat petang encik. Sila buka bonet kereta ". Kata polis yang bertugas. Aku membuka dan terus keluar. " Encik hanya beli limau saja ke ". Tanya polis. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja. " Terima kasih encik selamat jalan ". Aku terus memandu. Jumpa check point kedua. Polis mendekati keretaku. " Encik tolong buka bonet. Encik tak payah turun. Saya hanya nak lihat saja". Kemudian dia datang kepadaku, " Terima kasih encik. Hai beli buah limau saja ka ". Gurau polis. " Itu yang ada ". Balas aku sambil tersenyum.
Aku terus memandu dan bertembung pula dengan UPP. " Selamat hari raya encik. Tolong buka bonet dan turun ". Aku menurut perintah walaupun dah boring. Bonet ku buka, " Buah limau saja ka encik beli ". Kedai tak buka lagi. Ini saja yang ada ". Tersenyum UPP yang bertugas.
" Terima kasih encik. Selamat memandu. Pandu dengan berhati-hati encik ". Aku mengucap terima kasih kepadanya diatas nasihat ini. Kata isteriku, " Bang takkan sampai 3 kali kena tahan. Pula tu semua bertanya hanya beli buah limau saja ka ". " Nak buat macam mana. Itu dah tugasan mereka. Terima sajalah ". Aku terus memecut kereta dan seperti biasa aku tidak perasan aku menekan minyak sehingga 130km/j sambil mendengar alunan lagu nasyid.
Hari raya ketiga, abang aku buat kenduri keluarga sempena jualan bukunya yang mendapat ranking top 10 best seller dalam Malaysia. Seperti biasa setiap tahun menunya pasti ada satay. Sataynya besar juga. Secucuk baru RM0.35 siap dibakar. Aku order sebanyak 700 cucuk. Baru puas anak cucu makan. Selepas Maghrib kami memulakan tahlil untuk arwah yang meninggal dunia. Selepas saja selesai tahlil maka bermulalah riuh dengan beratur mengambil makanan. Alhamdulillah isteriku dapat menyesuaikan diri dengan keluarga barunya. Sebelum ini katanya dia nak buat pizza untuk menu tambahan. Pizza ni memang terkenal suatu masa dahulu semasa isteriku berniaga. Kalau dahulunya aku membeli tetapi kini aku dapat merasainya lagi. Masa isteriku menjual pizza ia diberi nama Pizza Salam. Setelah suminya meninggal dia berhenti membuat pizza dan kini berniaga roti canai dan roti nan pula.
Sekejap saja pizza diletak diruang tamu sebanyak 5 talam. Masyaallah lesap dan licin. Semua mengaku sedap. Masing-masing dah kekenyangan dan bermula pula bungkus membungkus untuk dibawa pulang. Hari raya lah dapat berjumpa keluarga yang jauh diperantau pulang berhari raya bersama ibu masing-masing. Pastinya adakah kita dapat bersama Aidil Fitri tahun hadapan. Hanya Allah jua yang tahu.
6 comments:
pizza salam ruullleezz.ngeh3.sedaaaap
satay..pizza.. sedapnyeeee...
hari ini, Syawal ke 4.. banyak kedai makan belum buka.. terpaksa sarapan roti canai di kedai mamak.
Alangkah bagusnya kalau boleh berpuasa semula :(
Kalau Jiman dulu saheh la UPP tu kena baling dengan buah limau bali..ha..ha..ha..
pulasan007..Dad yang ni promosi. Lain kali kalau teringin kena beli la
kakcikseroja..Memang betol. Time ni la mamak untung.
Insan marhein..Jiman sekarang tak seperti dulu lagi.Agama yang mendidik erti kesabaran.Turutkan nafsu badan binasa
piza lerr.. meh ler kit.. dah lama tak makan limau bali :)
Makam Limau Bali tak payah pergi ke Bali boleh beli kat Bukit Kayu Hitam.
Tapi rasanya kat Ipoh mali pun ada.
Lain hulu lain parang. Takut2 parang kontot.
Post a Comment