Teman-teman

Saturday, September 05, 2009

Kembalilah kepada Kak Rosnah

Bila aku bersama dengan isteriku hilang segala masalah aku yang membelenggu selama ini. Namun bila aku keseorangan sudah pasti kenangan silam akan menjelma. Ini berlaku bila aku terlalu mengikut perasaan hati. Semalam aku bertugas malam. Setelah semua kerja dapat aku bereskan aku pasti terlelap seketika. namun semalam aku begitu resah. mata tidak terasa letih. Akhirnya aku tewas jua. memori silam bersama arwah Siti Aishah menjelma kembali. Ingatan ketika kami sekeluarga berbuka puasa dirumah. Aku melayani memori ini.

Entah macam mana aku terlelap seketika. ketika inilah muncullah mimpi yang mampu mengubah corak kehidupanku. Dalam mimpi aku termenung keseorangan melayani nasib yang menimpaku. Tiba-tiba aku bertemu mata dengan Siti Aishah. Kami berlari tanpa menghiraukan orang ramai. Akhirnya kami berpelukan sambil menangis. " Siti pergi mana selama ini. Puas abang cari ". Aku bertanya Siti Aishah. Namun dia tidak menghiraukan pertanyaanku. Pelukannya bertambah kuat. " Siti abang tanya kemana Siti menghilang selama ini. Merata tempat abang mencari". Aku terus bertanya. Namun tiada juga jawapan darinya.

Akhirnya aku terpaksa meleraikan pelukan kami berdua dan terus aku berkata, " Siti..Abang terpaksa berterus terang dengan Siti. Abang sangka Siti sudah tiada. Abang putus asa lalu terus abang berkahwin dengan kakak Rosnah. Apa pendapat Siti ".
Siti Aishah hanya diam sambil tersenyum mendengar kata-kataku. " Siti..apa pendapat Siti abang berkahwin dengan kak Rosnah ". Siti Aishah masih tetap berdiam diri sambil tersenyum lagi. Pelik aku memikirkan ini.

Tiba-tiba telefon berbunyi. Ia dari isteriku Rosnah. Suara Rosnah dapat didengari oleh Siti Aishah. ' Abang.. sudah 24 jam abang tidak pulang kerumah. Pulanglah bang. Nah perlukan abang ". Aku memandang Siti Aishah. Pening kepala. Siti Aishah juga isteriku dan Rosnah juga isteriku. Akhirnya Siti Aishah bersuara, " Abang perlu berlaku adil. Pulanglah kepada kak Rosnah. Dia perlukan abang ". " Tapi Siti macam mana ". Aku menjadi serba salah." Abang tak perlu risau akan Siti. pandailah Siti menjaga diri". Jawab Siti Aishah.

Akhirnya aku mengalah kepada Siti Aishah. Kami berpelukan sambil menangis sebelum berpisah. " Siti abang ucap terima kasih kepada Siti. Sungguh besar pengorbanan Siti terhadap abang ". Ketika aku berjalan pergi, Siti Aishah memegang tanganku. Katanya, " Abang satu saja permintaan Siti. Abang jangan lupa akan Siti ". Aku terkejut dari mimpiku. Jam menunjukkan pukul 5.15 pagi. Tentu isteriku Rosnah sudah bangun bersahur. Aku terus menaliponnya. " Assalamualaikum ". Tapi aku terus terdiam tanpa bicara. Aku letak kembali talipon. Sebentar kemudia dia menalipon aku kembali. " Bang kenapa abang talipon. Ada masalah ke ".

Memang aku tak pernah menaliponnya ketika waktu sahur. Selepas peristiwa tadi aku terus berubah. " Saja abang nak tanya Rosnah sihat ke. makan apa pagi ini ". Terdengar suara sebak dari isteriku. " Rosnah sihat tapi tak lalu nak makan ".Akhirnya aku meminta diri sebab akan bersahur. Sepanjang hari aku asyik memikirkan tentang Rosnah. Bila aku pulang kerumah Rosnah menyambutku dengan senyuman seperti selalu. Ketika aku duduk diatas sofa dia membawa kotak yang berisi kasut. Katanya baru dibeli untuk kegunanaaku. Terdiam aku sambil mengucapkan terima kasih kepadanya. Katanya dia ingin sekali melihat aku memakai kasut itu. Aku tidak membantah lalu terus aku pakai.

Hari ini aku meminta izin darinya berbuka puasa bersama anak dan keluarga mertuaku. Dia tidak membantah. Ramai anak cucu yang hadir. Aku hanya duduk keseorangan dimeja. Yang lain berada dibawah. Gelak ketawa, usik mengusik sudah menjadi mainan namun ingatanku tetap kepada Rosnah. Apa yang dimakannya. Selepas berbuka aku kembali kerumah isteriku. Aku bertanya apa yang dimakannya. Katanya dia tak lalu nak makan sebab memikirkan apa pula yang aku makan. Akhirnya kami makan bersama sekali lagi sebelum aku bertugas malam. Sebelum aku pergi kerja aku memandang wajahnya sambil berkata, " Rosnah percayalah abang cinta akan Rosnah ". Dia mengucup tanganku. Terasa panas air menitik diatas tanganku.Aku terus memandu kereta dengan harapan baruku agar aku terus mencintai isteriku sekarang. Pembaca semua tolong doakan aku.
Sorry mungkin boring membaca

9 comments:

hrusli61 said...

Salam. Jiman, jangan selalu melayang perasan sayu itu. Jiman ada tugas dan amanah yang diberi. Rosmah adalah satu lagi amanah yang Allah berikan. Beri sedikit perhatian kepadanya. Saya yakin beliau juga ada kenangan-kenangan dengan arwah Rosli Nahnu.

Namun yang penting sekarang masing-masing saling memerlukan. Cuba ceriakan suasana apatah di bulan yang penuh berkat ini.

Maiyah said...

salam.. yelah.. kak rosnah tu amanah dan penyeri pada En Jiman sekarang, tapi sy respek ngan kak ros, spoting.. kisah yg lalu jgn dikenang biar jadi hnya memori slideshow pas tu comeback to reality.. ngeh3.. ape merapu lak sy nih.. sowyy :D

MaMa MoDeN said...

salam saudara budiman,
masih ingat komentar mama moden dipost yg lalu? sewaktu saudra kata nak mnamatkan zaman duda..

kenangan lalu takkan dpt kita lupakan seumur hidup kecuali kita hilang ingatan. apatah lagi kenangan itu kenangan indah, kenangan cinta pertama...

JANGAN! JANGAN lupakan kak aishah... takde salahnya jika kak aishah masih dikenang, tapi kak rosnah juga perlu dikasihi, disyangi, dcintai&dpeduli.

tentu masih byk ruang dlm hati kita tambahan lagi hati seorang lelaki, sebab tu Allah benarkan lelaki punya 4 isteri dlm 1 masa.

mungkin saudara belum meredhakan pemergian kak aishah... sepenuhnya.

kalau tak salah bertanya, kak rosnah bukan pbaca blog saudara ker? klu dia baca tentu kecil hatinya....

Guru said...

assalammualaikum

isteri adalah amanah kan. insaAllah jika niat ikhlas, Allah akan suburkan kasih dan sayang dalam jiwa.

Ariff Budiman said...

hrusli61..Terima kasih cikgu. Saya perlu create suasana baru

maiyah..saya faham yang saya berada didunia reality.Terima kasih

Mama Moden..Terima kasih jugakepada mama moden. Kak Rosnah bukan pembaca blog saya. Banyak yang saya tulis saya print bagi dia baca. Itu tulisan yang saya belum berkahwin lagi dengannya.

a kl citizen ...Terima kasih juga kepada cikgu. Insyaallah saya akan ikhlas menyayanginya.

almuna said...

ish, tak boring eh....

Bearcat said...

Sedih...boleh rasa apa yang Pak Njang rasa.

Kakcik Seroja said...

Terharu baca entri ini...

insan marhaen said...

ya lah, kenyataan tetap kenyataan. dan kenyataan inilah yang perlu ditempuh.

hati rosnah rasanya lebih sulit untuk diselami. tapi menung dan airmatanya boleh menafsirkan semua itu kalau kau bijak merenung.

terus terang, ikhlas dan saling memahami adalah kunci yang mengingat kasih sayang. sabar adalah pintunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...