Teman-teman

Wednesday, July 28, 2010

Bela Burung Puyuh Pula

Entah kenapa minat yang lama datang kembali. Beria-ia benar aku ubah suai oven yang terpakai untuk membela burung puyuh. Akhirnya tercapai impian. Anak aku beli anak burung puyuh dengan harga 85 sen seekor. Di Penang dijual dengan harga RM 1 seekor. Aku tinggalkan bidang ini sudah puluhan tahun . Masa tinggal dikampong aku bela ayam kampong tapi masa nak sembelih terasa kesian pula sebab boleh dikatakan setiap hari aku akan bercakap dengan ayam. Entah mereka faham ke tidak. Akhirnya setelah ibuku pujuk akhirnya kesemua ayam aku telah disembelih. Selepas itu aku tidak lagi membela ayam. Kini aku harapkan agar aku tak terikut macam perangai dulu.

Anak burung puyuh yang baru dibeli dengan harga 85 sen seekor

Bila anak burung dah dimasukkan dalam sangkar burung terasa seronok pula. Aku beritahu pada isteri, " Nah burung puyuh ni nanti kita buat masa kicap ".
" Aishh abang ni anak burung baru masuk dalam sangkar dah angan-angan nak makan ". Perli isteriku. Aku terkenangkan kembali bila menonton cerita gergasi yang menangkap manusia lalu dikurung dalam sangkar. Diasahnya parang depan mereka lalu berkata pada isteri yang manusia ini sedap dibuat panggang. Tersenyum aku sendirian bila terkenangkan yang aku ini umpama gergasi menanti waktu untuk mengorbankan mangsa dan mangsa itu adalah burung puyuh yang baru dibeli.

Sangkar burung hasil dari oven terpakai yang diubah suai. Jimat kos

7 comments:

Bearcat said...

EE tergamak ka paknjang nak makan puyuh yang paknjang bela sendiri? huhu.

Ariff Budiman said...

Hai G jangan dok perangat la. Nanti nostalgia lama mai balik pakjang tak makan burung puyuh. Tengah dok sedap ni

scr said...

buat puyuhchop....hehehe

Ariff Budiman said...

Ya chicken chop dah ada. Puyuh chop gak ada lagi. Nanti pakjang jemput makan bila disembelih

hentian said...

Ni la yang Mr Os kata, tak ada keghoje cari keghoje.

WN pun macam JH juga. Dah tua-tua baru teringat nak bela arnab.

Guru said...

gergasi yang ini rasanya akan mengulang sejarah lama kut...

kalau tak lalu, jual je

terbaru dari saya : resah sentiasa akan menggigit

Ariff Budiman said...

Insan marhein..Tak apa sambil bela sambil mensyukuri nikmat tuhan.

a kl citizen...Rasa-rasa cikgu saya boleh makan burung puyuh ni. Gergasi ni dah berubah waktu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...