Teman-teman

Friday, July 09, 2010

Jalan-Jalan Cari Pembakar

Ketika kami mengerja umrah Mei lalu dan ketika menjamu selera di cafe yang disediakan, aku melihat isteriku tidak berganjak melihat sesuatu. Aku tahu apa yang dilihatnya. Kemudian dia memanggil aku. Ditunjuknya pembakar roti yang canggih dengan roti berjalan sendiri. Dia amat berminat untuk mencari pembakar roti semacam ini bila pulang ke Malaysia. Pembakar roti sekarang yang digunakannya kerap rosak. Beli tidak sampai sebulan dan rosak.


Pembakar roti automatik yang mempunyai roller

Bila aku cuti dia mengajak aku jalan-jalan cari pembakar roti. Dengan menggunakan motosikal kami meredah bandaraya Georgetown mencari barangan yang dihajati. Nampak saja kedai stainless kami akan bertanya. Akhirnya setelah meronda dan bertanya akhirnya kami mendapat tahu yang kedai menjual pembakar roti berdekatan dengan rumah kami. Terus kami kekedai dan alhamdulillah barangan impiannya ada. Dijual dengan harga sebanyak RM1600. Setelah order barangan tersebut keesokan harinya mesin pembakar roti sampai digerai. Begitu cepat sekali

Roti yang bergitu cantik bila keluar dari pembakar. Customer pun suka.

Aku berkata kepada isteri, " Tak pa abang bayar setengah ". Tersenyum isteriku bila aku nak bayar setengah. Akhirnya dia pula bersuara, " Tak apalah Nah bayar. Abang simpanlah duit yang nak beli laptop dan camera ". Akhirnya aku pula tersenyum meleret bila dia berkata demikian. Bukan lega tetapi bersyukur ada isteri begitu. Akhirnya ramai customer yang kehairanan melihat pembakar roti sebab ia jarang didapati digerai-gerai biasa, ia begitu mudah didapati dihotel-hotel. Seronok sungguh isteriku bila hajat untuk memiliki pembakar roti canggih didapati.

Gerai isteriku yang menjual Roti canai, roti nan dan roti bakar buatan sendiri

Aku pula komputer mengalami kerosakan. Kini impianku bertambah. Memiliki laptop dan kamera. kemungkinan kamera yang akan aku beli berjenama biasa. Mana boleh aku membeli dua barang yang berharga ribuan ringgit dalam masa yang sama. Janji dapat digunakan sudah. Tetapi kalau rajin menabung insyaallah hajat mungkin tercapai. Cuma lewat sikit...Selamat Menabung Warna Nostalgia

9 comments:

pB said...

salam



alat tu memang canggih

roti pun tak hangus

Ariff Budiman said...

pB..Memang berbaloi beli. Puas hati. Terima kasih

Insan Marhaen said...

WN, hajat kita memang serupa. angankan laptop yang canggih. tengah 'deal' dengan anak yang belajar IT. suruh dia usya laptop yang bagus untuk ber'blogging'.

Tapi bab kamera, aku lebih idamkan 'handphone' berkamera. sebab aku ni malas dan kilik kamera ke sana ke mari. 'handphone cyber shot, one for all' lebih mantop.

selamat berangan-angan....

Ariff Budiman said...

Insan Marhein..Aku ni boleh angan-angan saja. Entah bial boleh dapatnya

bearcat said...

Pak Njang, macam mana pembakar roti tu berfungsi? Buat roti sekali dalam tu ka?
Canggih..nak pi kedai Mak Njang tengok. Esok nak beli boh kat rumah hehe.

Ariff Budiman said...

Kita letak dalamnya maka dia akan bergerak perlahan lalu membakar didalam. lepas keluar planta dan kaya bubuh sendiri la. Syaratnya roti kena beli.

bearcat said...

OO yang macam kat hotel tu. Ingatkan keluar dah boleh makan siap ada kaya dah hehe.

norhazr said...

Saya pun tgh cari pembakar roti ni. Blh saya tahu contact number kedainya x?

norhazr said...

Saya pun tgh cari pembakar roti ni. Blh saya tahu contact number kedainya x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...