Teman-teman

Tuesday, July 13, 2010

Mood Tidak Baik, Anak Menjadi Mangsa

Aku kerja malam dan sebelum pulang pasti aku akan pekena tosai atau puri. Dulu memang aku tak pernah sebut nama-nama ini. Kata isteriku, " Abang kahwin dengan orang Tanjung, kena ikut stail Tanjung la ". Pertama kali rasa tosai dan puri agak janggal juga tapi lama kelamaan rasa sedap pula. Tapi bukan bab ini yang hendak aku kongsikan. Pagi tadi aku pergi kekedai mamak berdekatan tempat kerjaku. Seperti biasa, " Mamak Puri 1 set ". Sewaktu sedang makan datang seorang pemuda menghampiriku. " Selamat pagi En Ariff. Pasai apa saya bayar terlewat sikit TNB potong dah bekalan. Saya tak puas hati ".

Aku terdiam tak tahu nak jawab apa sebab bab potong memotong ni bukan pekerjaanku. " Abang ada tak kenalan dalam TNB ". Aku bersuara. " Ada. Syukur Salleh tu kawan baik saya ". Lega bila dia sebut nama itu. Syukur Salleh merupakan bekas pemain bolasepak negara. " Ok esok abang pergi tanya dia ". Terangguk-angguk pemuda itu. Ketika kami menjamah makanan masing-masing kelihatan dari jauh seorang anak sekolah rendah sedang menolak motosikal ayahnya. Sampai depan kami dia memberhentikan motornya. " Kenapa mat denagn motor hang ". Tanya pemuda itu. " Tu la bodoh punya anak nak tolak pun tak larat ". Terkejut sianak bapa kata dia bodoh. "Awat hang kata anak hang bodoh ". Pertanyaan pemuda ini dah lain macam. Suaranya sedikit ketar.

" Bodoh. Tak larat. Macam tak makan ". Marah lagi pada sianak. " Memang betoi abah. Cek tak makan pagi. Mak tak masak ". Anak dah mula menjawab. Pang.... maka hinggaplah penampar dipipi anaknya. Menangis sianak sebab ayah menamparnya. Tiba-tiba bangun pemuda yang berbual dengan aku terus dijapnya perut siayah. Jatuh tersungkur siayah menahan kesakitan. Tak berani dia membalas kembali tumbukan tadi. " Hang tak reti nak terima kasih dekat anak hang. Dah la dia tolak sampai berpeluh. Hang kata dia bodoh lepas tu hang bagi penampar pula ". Suasana pagi tu riuh seketika. Makin ramai yang datang ingin mengetahui apa yang berlaku.

" Bang ..kalau abang nak tau orang yang tumbuk tadi merupakan bekas ahli tinju negeri Pulau Pinang ". Cerita seorang lelaki kepadaku. Patutlah pagi-pagi aku melihat dia joging sambil tangannya menumbuk atas dan bawah. Akhirnya siayah bangun setelah merasa perutnya lega sedikit terus menghidupkan motornya. Hidup pula time itu. " Mungkin semalam hujan lebat sebab itu motor tak boleh start ". Kata siayah. " Lain kali marah la pada hujan. Ni yang hang dok marah dekat anak hang buat apa ". Aku tersengih mendengar pemuda itu menyuruh marah pada hujan. Bila dah marah pada hujan dan terus mencari siapa pula yang menurunkan hujan, akhirnya marah pula kepada tuhan. Itulah sandiwara dunia diwaktu pagi

5 comments:

a kl citizen said...

teringin jugak nak tengok sandiwara macam tu..

rasanya orang tu kena gi kursus 'anger management'
kesian pulak si anak kan. tak pasal kena marah

Jom baca entri terbaru saya : makan pil

ain fathihah said...

macam2 hal. hehe

iBu...gUru said...

salam....
awat jadi cam tu......macam2 perangai manusia..... kesian si anak tu

Syahazli said...

Pantang tak boleh dengar sungguh saya kalau kata anak bodoh!!!!.

Anak bodoh atau bapak yang terlalu bodoh untuk mengajar.

Ariff Budiman said...

a kl citizen..Betul cikgu. Si bapa perlu ambil kursus keibubapaan.

ain fathihah..Itulah dunia teknologi cik ain oiii...

iBu...gUru...Si bapa yang tidak ada asas. Perlu deiberi kaunseling

Syahazli..Saya pun bengang bila dengar dia panggil bodoh. Kesian anak dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...