Teman-teman

Friday, July 30, 2010

Yang Penting Ada Ilmu. Bukan Akhlaknya

Insyaallah pada 1 Ogos ini kami akan mengadakan satu ceramah agama yang akan disampaikan oleh seorang Ust Rock bersama isteri barunya yang juga merupakan seorang bekas penyanyi. Persoalannya, sebelum tiba hari ceramah sudah hebat berbunyi mengapa diambil penceramah ini. Ramai dari kalangan kaum wanita tidak suka dengan perangai Ust ini suatu ketika dulu. Pernah hebuh didalam TV akan kisah mereka. Semasa dalam mesyuarat surau baru-baru ini ada dibangkit akan perkara ini. Namun yang paling hebat ialah bila seorang AJK berkata, " Kita jemput Ust ni sebab ilmunya. Akhlaknya kita letak tepi dulu ".

Disebabkan aku pada hari itu kena standby maka dalam mensyuarat itu aku tidak ada. Seorang ajk wanita menallipon aku dan menceritakan akan kata-kata itu. Aku berkata yang nabi ada bersabda, " Orang mukmin yang paling sempurna imannya, ialah yang paling baik akhlaknya ". ( Hadis riwayat Ahmad ). Ramai kaum wanita sudah berbunyi tidak akan hadir ceramah itu. Tempias itu dapat juga aku merasainya bila isteriku berkata, " Abang, Nah tak mau hadir ceramah ust tu. Nah tak suka akhlaknya. Sepatutnya dialah yang menjadi contoh ". Aku sendiri terkedu mendengar akan kata-kata itu.

Hebat juga tamparan kaum wanita ini. Kaum lelaki mungkin merasakan bahawa ia hanya perkara kecil saja. Pernah seorang Haji berkata kepada aku, " Bagus juga dia mai. sekurang-kurangnya kita tau juga bila dia cerita kisahnya yang lampau ". Aku marah juga bila Hj tu berkata demikian. " Buat apa kita bayar dia beribu hanya kerana nak mendengar cerita tentang masalah yang rumahtangga yang dihadapinya. Lebih baik kita dengar dalam melodi saja ". Aku berkata sebab merasakan bahawa ceramah agama itu seolah-olahnya menjadi tempat melepaskan perasaan. Terdiam Hj itu terus berlalu.

Aku hanya menanti saat itu sebab aku telah diamanahkan untuk mempengerusikan majlis tersebut. Ada beberapa orang wanita yang selalu terlibat melayan isteri-isteri ust yang datang sebelum ini kini telah menarik diri untuk melayan isteri ust ini. Entahlah kadang-kadang pening juga bila mempersoalkan masalah hati. Aku berkali-kali bertanya isteri betul ke tak nak datang. Akhirnya dia mengalah juga sebab aku berkata, " Siapa lah nanti akan ada disebelah abang. Kesian dekat abang selalu bila ada ceramah ada orang disisi abang. Kini dah tiada ". Saja aku buat sedih sikit dan alhamdulillah berjaya juga...

Insyaallah akan aku update nanti beserta gambar terbarunya. Semoga ceramah pada malam tersebut berjalan dengan lancarnya.

3 comments:

spy said...

macamana jahat org tu bila dia menjadi tetamu kita..haknya tetap ada..dan belum tentu ust rock tu berdosa mengikut telahan kita...

Ariff Budiman said...

Betul spy. Terima kasih

hentian said...

kita kena faham bahawa kita banyak dipengaruhi oleh media. betulkah akhlaknya seburuk yang kita sangka?

akhlak kita?

teringat lagunya yang paling IM minati hingga kini - ikhlas dariku.

agaknya kalau dia bukan artis, orang tak kisah pun dia nak kahwin 2 ke atau 4 sekaligus!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...