Ketika menjelang waktu maghrib. Cuaca pula mendung dan hampir hujan
Hari itu fikiran aku begitu bercelaru. Sudah dua malam aku bermimpi tragedi yang menimpa aku dan arwah isteriku Siti Aishah. Entah kenapa gambaran diputarkan kembali dengan menayang kembali saat - saat kematian isteriku. Dalam mimpi itu aku melihat diriku sendiri menangis sambil memeluk isteriku yang disahkan meninggal dunia. Aku ditenteramkan oleh sanak saudara. Aku tidak sanggup berpisah dengan isteriku. Isteriku dibawa ke dewan dan disitu juga aku melihat diriku memeluk isteriku dan sekejap mengelap darah yang keluar dari mulut isteriku. Sambil mengelap aku mencium dahinya sebab keesokan harinya aku tidak lagi dapat berbuat demikian. Dalam mimpiku aku tak terdaya melakukan apa - apa. hanya dapat menyaksikan saja umpama filem yang dimainkan.
Sibuk isteriku melayan pelanggan. Ramai orang suka makan nasi tomatonya
Yang paling terkesan dalam jiwaku ialah aku melihat gambaran terakhir aku mencium jenazah Siti Aishah sambil sahabat - sahabat menangis tidak sanggup melihat aku memeluk isteriku buat kali yang terakhir. Aku hampir meraung menyaksi filem itu. Akhirnya aku terkejut dari mimpi bila isteriku mengejutkan akau. katanya, " Kenapa abang bunyi semacam merungut sambil mengangkat tangan ". Aku hanya mendiamkan diri.
Agak lama juga aku termenung dan mungkin isteriku Rosnah telah memerhati akan aku. Aku terkejut bila dia mencuit bahu aku mengajak untuk solat Maghrib. Semasa dalam perjalanan sempat juga dia bertanya, " Pasai apa abang diam dan tunduk kebawah agak lama. Abang tak pandang kemana pun ". Rasa bersalah pula aku terhadapnya. Akhirnya aku menjawab mungkin keletihan. Selepas selesai solat maghrib dia terus membeli satay sebanyak 10 cucuk. Tertawa aku bila dia hulurkan aku satay. Apalagi rezeki dah depan mata dan dengan sekali lafaz bismillah 10 cucuk clear. Terkejut dia bila datang kembali dilihatnya satay dah clear.
Aku berdoa kepada Allah agar janganlah diputarkan kembali gambaran yang lalu. Tak tertahan aku menanggung segala kerinduanku terhadap arwah Siti Aishah. Aku tidak mahu melukakan hati isteriku kini. Mungkin Allah nak beritahu sesuatu. Alfatihah buat arwah Siti Aishah. Berjumpa kita di akhirat kelak. Insyaallah.
3 comments:
Mimpi tu ada maksud tersirat. Semoga PakNjang dapat memahaminya, insyaAllah.
muga arwah sejahtera di sana. dan zaujah di sini sejahtera menjaga WN yang masih gagah memamah 10 cucuk sate dengan sekali bismillah jer....he..he..
bearcat..memang betoi G. Pak Jang faham.
insan marhein..ha ha 10 cucuk tak ada mende apa la. Kecik-kecik belaka. Sekali ngap 10 cucuk clear
Post a Comment