Di Malaysia, dengan iklim Khatulistiwa membolehkan kita merasa bermacam-macam jenis buah. Kalau musim buah maka kita dapat melihat begitu banyak dan jenisnya. Padaku kita patut bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Aku pernah mendengar kuliah tafsir dari surah Ar Rahman, ayat 10 - 13 yang bermaksud, " Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluknya. Dibumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. Maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan. "
Sebagai hamba Allah kita patut bersyukur dengan nikmat yang tidak putus-putus yang kita perolehi. jadi sebagai balasannya kita patut sujud dan mensyukuri nikmat Allah. Janganlah kita menjadi kaum yang melampaui batas. Sejuk mata memandang bila melihat kehijauan kebun dan perkampungan yang kemas lagi bersih.
Alhamdulillah walaupun aku bertugas hampir 20 jam, badanku masih lagi dapat bertahan. Aku masih ingat semasa mengerja umrah aku telah diperkenal dengan sebotol Harbatus sawda. Dituang kedalam camca kecil dan dibancuh bersama air minuman panas. Pulang kerumah aku masih mengamalkannya. Sewaktu berada didalam bas semasa di Mekah, Mutawwif yang membawa kami membaca Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Bukhari , " Tetaplah kamu berubat dengan habbatus Sawda ini kerana ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap penyakit kecuali maut ".
Aku begitu kagum dengan hadis ini. Nabi sudah meyakinkan kita. Jadi aku tak perlu mencari supplement yang lain. Alhamdulillah setelah pulang ke Malaysia aku masih dapat mencari Habbatus Sawda. Kebetulan rakanku merupakan seorang penjual. Kini Habbatus Sawda telah dijadikan minyak dan dimasukkan kedalam kapsul. Aku tidak merasa letih walaupun aku bekerja selama 24 jam. Aku ceritakan kepada rakanku tentang Habbatus Sawda dan sabda nabi. Tertawa dia dan berkata mana ada ubat yang boleh menyembuhkan segala penyakit. Bila aku katakan yang nabi berkata demikian barukah terdiam dia.
Aku bukanlah penjual tetapi pengguna. Kini aku dan isteri merupakan pengguna tetap Habbatus sawda. Kepada pembaca cubalah amal dengan Habbatus Sawda. Insyaallah dengan izinnya sihatlah badan kita dan tujuan kita untuk menyihatkan badan hanyalah untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga dan sujud kepada Allah. Semoga Allah membantu pembaca sekelian....
7 comments:
blogger bartlagenda ada juga saran IM beri ibu_suri makan kapsul ni. tahap kesihatan ibu_suri yang kompleks tidak mudarat ke buat dia?
insan marhaen..Insyaallah kalau nabi sendiri sudah memberi jaminan. Cuba dulu
Pak Njang kami ada habbatus sauda sepeket besaq, adik mie bawak balik dari Jordan.
Dah sedekah kat orang tu orang ni...kami jugak yang tak makan-makan....baguih betui hehe.
Dekat Pakjang tak sampai pun
akum.
kat mana nak beli kapsul ni.kedai mana jual.saya duk area bm
Keluarga kami pun amalkannya. Memang baik diamalkan.
Di waktu solat Jummat di Masjid Bayan Baru ada jual.
Nyior gading yop biasa jumpa. Rambutan gading, ni baru first time yop tahu ada...
Post a Comment