Datang seorang lelaki yang telah mengubah sejarah hidupku. Sambil teresak dia memohon maaf kepadaku diatas apa yang berlaku. Begitu senang ucapan maaf di pinta. Batin aku yang menderita bila terpaksa berpisah dengan isteri tercinta. Memang semua ini takdir tuhan. Aku redho di atas segala apa yang berlaku. Kami berpelukan tapi hati aku tertutup untuk memaafkan perbuatan mereka. Kalau tidak kerana perasaan dengki sudah tentu aku bahagia bersama arwah isteriku. Biarlah ada pembaca berkata yang aku ini seorang pendendam. Itu hak mereka tapi hak aku tetap ada. Aku tidak mahu mood aku di cemari dengan meihat muka ini.
Aku tidak tunggu lama lalu mengajak isteriku kerumah ibuku. Ibuku seperti biasa akan bertanya, " Aishah tak mai ka Diman. Lama mak tak tengok dia. Rindu ". Ibuku juga begitu rindu akan menantunya inikan pula aku yang tinggal sebumbung dengan isteriku. Bila pulang kerumah aku pasti menangis bila melihat bajunya, tudungnya dan barangannya. Rumah pertamaku umpama muzium untuk di peringati.
Gembira bila adik beradik berkumpul dan yang tinggal berjauhan pula pulang. Semua tidak sabar menanti rumah terbukaku pada harai raya ketiga. Esok raya kedua aku akan membawa dan memperkenalkan isteriku kepada sanak saudara. Setelah 2 tahun lebih kami berkahwin kini baru aku keluar dari kepompongku.
6 comments:
salam saudara budiman,
memaafkan itu memang lebih mulia dari memohon maaf, berkata memang mudah tetapi yg merasanya hanya tahu.. memaafkan & melupakan sesuatu yg berbeza.. meminta maaf itu mudah tetapi hak memberi kemaafan itu hak kita.. semoga saudara budiman semakin serasi, bhgia dgn kehidupan sekarang.. kenangan lalu simpan disudut hati yg paling dalam demi hati baru yg perlu dijaga...
salam aidilfitri buat saudara budiman sekeluarga...
Salam Ariff, akak ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin..
Jiman taqaballahu wamina waminkum. Takpa Jiman jangan spoilt mood raya tu.
Satu masa insyaAllah pastikan reda. Teruskan berkarya dan beraktiviti untuk masyarakat
MaMa MoDeN..Terima kasih. Salam aidil fitri juga buat Jun
Marina Monroe...Selamat hari raya juga kepada kakak sekeluarga
Minna waminkum taqal ya karim. Raya tahun ni tak spoil. Sikit saja
Post a Comment