Ketika bersahur entah kenapa hati aku seakan meronta-ronta ingin menziarahi pusara isteriku. Bukan aku tak pernah ziarah. kalau aku ke pekan tidak kira berapa kali pasti aku singgah apabila melalui kawasan masjid. Tapi pagi ini entah kenapa aku begitu sedih sekali bila mengenangkan kembali saat indah kami. Aku cuba menghindarkan diriku dari mengingati semua itu yang akan membuatkan hati aku sayu. Sahur tadi memori itu menyerang aku. Akhirnya selepas solat subuh di masjid aku terus ke kawasan perkuburan. Aku mengambil cangkul yang berada di pondok lalu aku mula membersih perkuburan seorang diri. Sambil mencangkul rumput beberapa kenalan sempat menegurku. Aku tidak kisah tentang apa yang mereka fikirkan. Janji aku merasa tenang dapat berada di sini. Talipon bimbitku berbunyi
" Assalamualaikum bang. Abang di mana ". Tanya isteriku. Ya lah keluar subuh sehingga tak balik-balik lagi. Risau juga isteriku. Setelah selesai tahlil seorang diri aku pulang dengan hati yang tenang.
" Bila ada masa abang datang lagi Siti ". Aku berkata di pusara isteriku. Terasa sayu meninggalkannya. Al Fatihah buat isteri tercinta
8 comments:
Salam..
Al Fatihah buat arwwh isteri sdr..mudah2an arwah ditempatkan dikalangan insan yg beriman.
nyanyisunyi...Terima kasih di atas doa tuan juga
Salam Ariff, memang memori tak kan luput...sampai kita sendiri berakhir
SALAM,
TURUT MENDOAKAN SEMOGA ROH ARWAH ISTERI DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG2 BERIMAN. AL FATIHAH !
al-fatihah...moga dikumpulkan bersama mereka yang beriman...
Marina Monroe..Bila dah mati barulah hilang memori tu
luahfikiran...Terima kasih di atas doa yang diberikan
siti murni...Mudah-mudahan begitu
Post a Comment