Teman-teman

Saturday, August 20, 2011

Pukul Orang Boleh ler....

Ramadhan ke 20 barulah aku dapat bersama menolong isteriku berniaga di pasar malam. Isteriku ternyata begitu gembira bila aku dapat bersamanya padahal aku bukannya pandai berniaga. Hanya sekadar membantu. Selepas solat asar kami keluar. Rupanya sudah ada pelanggan yang menunggu. Setelah lauk pauk sudah terhidang maka seorang demi seorang datang. Begitu ramai mengelilingi gerai isteriku.
" Abang tolong bungkus nasi dan dalca ". Kata isteriku
Aku terus bingkas bangun dari kerusi membantu isteriku.
" Semua RM23 ". Aku memberi kepada pelanggan.
" Mana nasi saya bang ". Tanya pelanggan bila didapati aku hanya memberi lauk sahaja.
" Ya Allah Nah. Abang lupa bungkus nasi ". Tertawa isteriku melihat kelam kabut aku. Beberapa orang pelanggan juga tersenyum melihat aku.
" Hang mana pernah berniaga Budiman. Hang pukul orang boleh ler ". Aku terdengar satu suara. Bagaimana dia tahu kisah remajaku. Rupanya dia ialah rakanku semasa kami remaja. Tersenyum isteriku bila rakanku berkata demikian.
" Dia dah taubat nasuha ". Kata isteriku di ikuti ketawa dari rakanku.
" Kira Nah kahwin dengan gangster Kampung Dusun ni ". Aku membisik kepada isteriku sambil membungkus nasi. Tersenyum isteriku.

pelanggan semakin ramai. Isteriku mengarahkan aku memberi bungkusan nasi kepada pelanggan.
" Abang beri yang mana nasi ". Tanya isteriku bila menyedari aku tersilap memberi nasi.
" La abang. Abang silap bagi nasi. Itu nasi kosong sedang dia minta nasi bersama ayam ". berpelun juga aku berlari mencari orang yang tersilap ku beri nasi.
" Dik... abang silap bagi nasi. Itu nasi kosong ". Berpatah kembali mereka untuk mengambil nasi mereka yang sebenar.
" kena potong gaji ni ". Gurau isteriku yang membuatkan aku ketawa. Dalam keadaan sibuk ada juga pelanggan yang ingin tahu harga sebenar nasi serta lauk pauk yang di belinya. Jenuh juga isteri memberitahu harga-harga yang dia beli. Nak buat macam mana. Customers always right.

Aku juga terhibur degan seorang peminta sedekah berbangsa Vietnam. Kakinya kudung sambil mengesot membawa tupperware. Terdengar suara dari tapak sebelah.
" Mai beli...mai beli. Satu barang 1 ringgit ". Sambil memegang mikrofonnya. Tiba-tiba peminta sedekah Vietnam pula bersuara
" Mai...mai satu orang satu ringgit ". Sambil mengangkat tupperware kepada orang ramai. Aku dan isteri hanya tertawa melihat gelagat peminta sedekat tersebut. kami mengekorinya dari belakang. Dia membuka begnya yang berisi wang lalu di berikan kepada peniaga untuk tukaran. Aku melihat banyak juga hasil yang dia dapat dari simpati orang ramai. Kadang-kadang peniaga seperti isteriku pun susah mendapat hasil sebanyak itu dalam beberapa jam saja. Aku lebih suka hulurkan sumbanganku kepada artis pasar malam yang mengalunkan suara emas mereka. Itu merupakan anugerah untuk mereka. Suara isteri kepada pemain keyboard yang buta sungguh merdu dan nyaring. Itulah orang yang mewarnai pasar-pasar malam.

6 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Ariff tak citer lauk pauk ape yg jual..terliur akak nengok..

saing said...

ntah2, WN terpikir benda lain kot msa bniaga tu, keke..tu jdi kelam kabut sgt..sabar2

Ariff Budiman said...

Marina Monroe..Lauk ayam masak kicap. Ayam masak merah. Daging rendang cili padi. sotong masak rempah. Daging masak kicap.

Ariff Budiman said...

saing... Pandai errr mau tangkap sama saya...

Unknown said...

Mmg seronok berniaga di bulan Ramadhan ni kan..kdg2 tak menang tgn dibuatnye...Sy nak kongsi cerita ttg peminta sedekah warga asing ni...disini http://www.mazidulakmal.com/2011/08/pengemis-tidak-serik-dan-tidak-tahu.html

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Ariff..
terima kasih sebab Ariff sudi menjawap soalan akak, wahhh! sedap2 kesemua pilihan jualan lauk pauk tuh terutama nya rendang cili padi..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...