Teman-teman

Monday, August 01, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Bang !!!!

Jam 7 pagi lagi aku dan isteriku ke pasar untuk mencari bekalan untuk ramadhan. Pasar kelihatan sesak. Ramai yang sudah berada untuk mecari keperluan. Maklumlah hari Ahad. Setelah keluar dari pasar isteriku mengajak aku mencari tosei. Minat sungguh dia dengan tosei. Selama aku berada bersama Siti Aishah belum pernah aku makan tosei. Kini masa telah merubah segalanya. Aku juga turut minat tosei. Tosei seorang sekeping sudah memadai untuk perut kami.

Setelah pulang kerumah isteriku mengajak pula ke gerai. Katanya nak simpan barang taku berabuk. Kesana pula kami. Sedang asyik mengemas datang seorang wanita bersama anaknya.
" Bagi saya roti canai 2 dan roti bakar 1 set ". Aku hampir tertawa dengan wanita tersebut. Dia tidak perasan bahawa didepannya tidak ada apa-apa. Mungkin semangatnya tinggi.
" Sorry puan. hari ini tak meniaga ". Aku berkata kepada wanita tersebut yang baru tersedar yang di depannya kosong. Apa taknya asyik lihat banner yang berada di atas tanpa melihat di depannya. Melihat banner memanglah ada bermacam-macam menu. Cuma di depannya hanya kerusi yang di letakkan di atas.

Setelah selesai kami pulang dan aku terus membawa anak lelakiku ke klinik akibat mengalami gatal-gatal di badan. Bila semuanya selesai barulah aku dapat melelapkan mata sebentar sebelum aku ke tempat kerja. Bermacam-macam mimpi silih bermimpi. Akhirnya aku betul-betul terkejut bila tiba-tiba arwah Siti Aishah berada di depanku.
" Selamat menyambut Ramadhan bang ". Kata Siti Aishah.
Aku terus terjaga dari mimpiku. Terngiang-ngiang ucapan dari arwah isteriku. Dalam hatiku aku juga berkata
" Selamat menyambut Ramadhan Siti ". Alfatihah.....

4 comments:

insan marhaen said...

Selamat Menyambut Ramadhan, WN. Jangan tidur siang. Nanti mimpi makan durian pulak..

Ariff Budiman said...

insan marhein...Rezeki tu...

saing said...

sy rasa sy dah htr komen pgi tdi..WN x trima ka?

Ariff Budiman said...

saing...Ya ya terima terima. Thanks kerana menjadi tukang komen yang tetap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...