|
Pusara arwah Siti Aishah Zakaria |
Selesai solat jumaat dan di ikuti olih solat jenazah aku terus ke pusara isteriku seperti lazimnya. Suatu hari nanti aku juga pasti akan di semadikan di sini. Terasa tenang bila memasuki kawasan perkuburan. Aku mengikuti dari belakang jenazah dari anak kariah yang hendak dikebumikan. Sempat aku sedekahkan Al-Fatihah untuknya. Jenazah terus di bawa ke hadapan manakala aku terus melencung ke pusara isteriku. Aku memberi salam kepada isteriku. Moga dia mendengar dan menjawab salamku ini. Kelihatan tanah di pusara isteriku basah disirami air. Mungkin anakku telah mendahului aku. Aku duduk sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran lalu kuhadiahkan kepada isteriku. Aku terus terdiam dan mengelamun seorang diri dihadapan pusaranya. Aku tidak menghiraukan panas yang membakar tubuhku. Asalkan aku dapat berasamanya sebentar cuma itu sudah cukup memadai buatku. Ramadhan kini hampir tiba. Ini bermakna telah 4 Ramadhan kami tidak bersama. Selalunya kalau waktu-waktu begini isteriku begitu sibuk mengatur rancangan bersama jemaah yang kami join. Majlis iftar bersama masjid, Majlis sumbangan untuk fakir miskin dan banyak lagi. Bagi anak-anak pula Ramadhan amat bermakna buat mereka. Kadang-kadang ibu mereka masak yang special untuk keluarga. Kami akan duduk berkumpul sambil menanti waktu berbuka. Ia di penuhi dengan gelak ketawa. Bila azan berkumandang senyap sunyi jadinya sebab masing-masing menumpu perhatian terhadap hidangan.
Kini kami membawa diri masing-masing. Tiada lagi hidangan istimewa. Kalau isteriku Rosnah masak yang special sedikit aku menjamah hanya sedikit sambil memikirkan apa yang anak-anak makan ketika berbuka. Hati kembali tenang bila isteriku menyuruh aku menghantar makanan kepada anak-anakku.Terlalu rindu untuk makan bersama dengan anak-anakku. Bagiku Ramdhan yang akan datang tetap sama seperti Ramadhan tahun-tahun yang lepas. Aku cuma mengharapkan agar Ramadhan tahun merupakan Ramadhan yang di penuhi dengan kenangan indah. Aku dan isteriku Rosnah seperti biasa akan melalui Ramadhan ini dengan hati yang tabah. Moga Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan terindah buat kami sekeluarga....
6 comments:
Al Fatihah buat siti. Muga ia damai di sana.
Apap apa pun, yang di dunia ini perlu teruskan perjalanan. apa yang ada bersama perlu kita jaga seadanya.
sekali lagi, al Fatihah!
Al Fatihah... beruntungnya arwah dpt suami mcm En Arif.. walaupun da ada pengganti tp masih ingat pd isteri yg telah tiada... susah nak cari suami cmni..
Yg byk sekarang... bila da kawen 2,3... masih idup lg..tp tidak dihiraukan...ksh syg jauh sekali...mlh disakiti hatinya... Moga dipertemukan sekali lg diSyurga nanti...bersatu kembali... InsyaAllah
insan marhein...Terima kasih. Saya akan meneruskan kehidupan ini
Anonymous..Amin. Insyaallah bersatu kami kembali di akhirat kelak. Itulah doa kami..Thx.
Al Fatihah buat arwah..
Kenangan terindah tak usah dilupakan..tetap bersama sepanjang perjalanan,kelak kan bertemu di destinasi abadi, InsyaAllah..
Nadine Zuhara...Terima kasih Nadine
Post a Comment