Dia merupakan pembaca blog Warna Nostalgia. Dia juga kerap komen setiap kali aku mencoretkan sesuatu. Akhirnya aku add dirinya sebagai friend di FB aku. Dia juga merupakan seorang blogger yang aktif menulis dan blognya bernama Corat Carik Kehidupan. Dari apa yang aku tahu dia merupakan seorang pemegang ijazah. Entah kenapa aku bertanya padanya tidakkah dia mahu bertugas di Pulau Pinang. Katanya kalau ada rezeki insyaallah. Aku terus menghubungi sahabatku yang bertugas di kilang Renesas dan beliau merupakan blogger Jendela Hatiku. Sahabatku memberi tahu agar blogger CCK yang membahasa dirinya Thirah agar menghantar Resume. Alhamdulillah akhirnya dia telah dipanggil temuduga oleh kilang Renesas
Jam 4 pagi aku dan isteri terus ke terminal bas di Sungai Nibong untuk mengambil Thirah lalu terus membawanya ke hotel agar dia dapat berehat. Pukul 2 petang kami membawanya ke kilang untuk sesi temuduga. Lamanya juga perjalanan temuduga tu. Selama sejam masa berlalu. Mengikut kata Thirah banyak soalan yang ditanya mereka. Sementara menunggu jam 5.30 petang Thirah pulang ke KL, aku membawanya kerumahku. Hanya air ais dan karipap saya yang dapat kami jamu. Pertemuan ini memang tidak dijangka. Aku merasa amat bersyukur sebab dapat menolong seorang pembaca blogku. Aku terkenang kembali ketika anak lelakiku mendapat kemalangan sewaktu pulang ke Politeknik di Tanjung Malim.
Tiba-tiba aku mendapat panggilan talipon dari anakku mengatakan yang dia kemalangan dan motornya rosak teruk. Bayangkan ketika itu aku baru kehilangan isteriku, kini anakku pula kemalangan. Namun Allah itu maha penyayang. Dihantarnya suami isteri yang melalui jalan yang sama lalu mereka membawa anakku ke hospital sehingga selesai semuanya. Aku hanya mampu menangis dan ditenangkan isteriku Rosnah. Malam itu juga kami ke Kuala Kangsar. Alhamdulillah anakku hanya mendapat luka kecil sahaja. Tidak putus-putus aku berdoa kepada Allah agarAllah membalas segala jasa baik suami isteri yang membantu anakku.
Kini biarlah aku membantu mereka yang betul-betul memerlukannya. Mungkin suatu hari nanti anak-anakku memerlukan bantuan sebegini. Kepada pembaca yang baik hati ketika berdoa untuk keluarga janganlah lupa untuk titipkan doa untuk Thirah agar dia berjaya dalam temuduga ini. Dia merupakan seorang anak yang baik. Semoga dia berjaya di dunia dan akhirat..insyaallah. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak pada pembaca semua...
6 comments:
Alhamdulillah.. semoga Allah membalas jasa baik sdr Budiman & isteri.. setiap kebaikan yang kita lakukan insyaAllah akan Allah balas dalam pelbagai cara, samada kita sedar atau tidak, keberkahan itu pasti ada. InsyaAllah.. Selamat berpuasa buat sdr sekeluarga.. : )
As salam En Arif,
Semoga berjaya Thirah!
Buat baik pasti dibalas baik juga... Kalau kita buat baik dgn org insya'ALLAH, Dia akan mempertemukan kita dgn org yg berbuat baik dgn kita & keluarga... Doa tiap2 hari kita jumpa dgn org yg baik2 belaka... Salam Ramadhan En Arif & keluarga :))
Nadinezuharra..Terima kasih. Mudah-mudahan begitulah. selamat berpuasa buat Nadine sekeluarga juga
Marya Yusof...Terima kasih juga di ucapkan. Salam Ramadhan untuk Marya sekeluarga juga
Terima kasih banyak2 krn sudi menolong trah en ariff..semoga Allah sahaja mampu membalasnya..dan selamat menyambut bulan ramadhan..ketemu jua kita dgn bulan mulia...
Thirah..Sama-sama. Selamat menyambut Ramadhan juga buat Thirah sekeluarga
Post a Comment