Teman-teman

Monday, July 16, 2012

Siapa Yang Tak Mahu

'.

 Isteriku menalipon bertanya adakah aku nak makan pasembur. Mendengar perkataan pasembur saja aku sudah menelan air liur. Siapa yang tak nak. Sudah lama aku tak merasanya
" Balik kerja nanti abang tolong beli timun dan sengkuang ". Pesan isteriku. Selesai tugas aku singgah di kedai membeli bahan yang di pesan.Akuserahkan pada isteriku.


Jam 6 petang isteri beritahu yang pasembur sudah siap. Apalagi dengan lafaz bismillah aku terus makan makanan kesukaanku. Tersenyum isteriku melihat aku makan pasembur. Memang terasa begitu nikmat sekali
" Terima kasih Nah sebab buat pasembur untuk abang ". Kataku pada isteri yang hanya tersenyum menerima ucapan dariku.
" Nanti bulan puasa buat lagi ". Pasembur dalam pinggan pun belum habis aku sudah membuat permintaan lain. Sebabnya memang terbaiklah......Aku layan sampai habis..

6 comments:

Kakcik Seroja said...

Kakcik pula yang telan airliur! :)

Ariff Budiman said...

Ha ha Kakcik. Tak terkata apa2 saya

Anonymous said...

Pak budi tak baik tau. Suka duga kami tunjuk makanan sedap2 tapi tak bagi resepi. Kecur air liur. Nanti bulan ramadhan klu nak post pasal makanan postkan sekali resepi ya.

Ariff Budiman said...

Anonymous...Waduh maaf ibu. Nanti ya saya poskan

Bearcat said...

Mesti sedap sangat pasembur Maknjang sampai gambar pasembur gegar dek tangan cameraman yang tak sabaq-sabaq nak makan kekeke..

Ariff Budiman said...

Bearcat
Memang terketar2 sangat lapar. Ni pun ambil gambar guna ipad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...