Membahayakan diri |
" Assalamualaikum bang ". Aku memberi salam
" Waalakumussalam Warahmatullah Hiwabarakatuh ". Lengkap jawapan salamnya. Janggut di pipinya kelihatan begitu kemas di jaga.
" Bang ni saya nak bagitau satu perkara dekat abang. Abang jangan marah ". Tercengang lelaki tersebut menanti apa perkara yang hendak aku kata.
" Bang lain kali kalau abang nak ludah, abang berhenti dulu motosikal. Tadi air ludah abang melayang dan terkena topi saya. Kalau kena badan saya sudah tentu saya kena mandi hadas besar ni ". Kataku dengan nada baik macam bergurau. Tersengih lelaki itu.
" Allahu Akbar...Minta maaf banyak-banyak ". Kata lelaki tersebut. Aku turut tersenyum bila dia meminta maaf.
" Bukan apa bang. Kalau kena pada yang bukan islam tentu depa kata islam tu pengotor ". Angguk kepala lelaki tersebut. Sebelum pergi aku meminta maaf padanya.
" Terima kasih terima kasih ". Kata lelaki tersebut. Lega hatiku sebab aku berjaya mengawal perasaan marahku.
Tiba di satu traffic light. Kelihatan angka yang dipaparkan di papan digital traffic light sebanyak 100. Lama juga la aku kena tunggu. Seorang lelaki cina menegur seorang gadis melayu yang bertudung. Lelaki tersebut berada di sebelahku.
"Adik...Jangan gantung beg di belakang. Banyak senang orang tarik. You gantung di depan ". Kata lelaki cina yang sekali sekala memandang kearah aku. Betul juga kata lelaki cina. Bahaya kalau di rentap beg. Kemungkinan gadis tersebut akan mengalami kemalangan. Namun aku melihat gadis tersebut hanya diam tanpa berbuat sesuatu. Tiada ucapan terima kasih. Tiada tindakan segera. Akhirnya traffic light bertukar hijau dan gadis melayu tadi terus memecut motosikal egonya. Geleng kepala lelaki cina. Mungkin dalam hatinya berkata, Inikah akhlak orang islam. Aku sempat mengejar gadis melayu dan snap gambarnya. Memang bahaya kalau begnya di rentap.
Jam 7.30 pagi di atas Jambatan Pulau Pinang |
Aku memasuki jambatan Pulau Pinang. Kelihatan matahari sedang terbit. Aku berhenti seketika untuk merakamkan gambar ini. Hilang seketika 2 insiden yang berlaku ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Moga-moga kita sebagai orang islam menjadi contoh untuk menarik minat mereka yang bukan islam bahawa islam itu indah dari semua sudut.
8 comments:
Kadangkala kita sedih dan malu sendiri melihat akhlak orang Islam yang lebih teruk dari mereka yang bukan Islam... :(
Selamat berpuasa Ariff. Mohon maafkan andai ada kata2 kakcik yang tidak menyenangkan selama ini, ya.
Kakcik...Betul tu. Sepatutnya orang islam akhlaknya memang terpuji.
tu la..pernah kawan satu opis berbgsa cina tanya pasal tabiat orang islam..tapi trah tau cara dia tanya pasal islam..trah cakap la .. kalau nk bertanya pasal islam jangan sesekali pandang pada tabiat 'orang' islam..nak tahu nape?dia tanya benda2 yang buruk saja psl orang islam..sukar untuk menjawap bagi trah sebab cetek ilmu...
Islam itu indah tetapi penganutnya yang sering memberikan gambaran buruk tentang Islam kepada yang bukan Islam. Contoh paling mudah di tempat kerja. Kadang-kadang amat memalukan sebab orang bukan Islam borong semua orang Islam macam tu.
islan itu indah , tapi penganut nya yang tidak faham
Thirah....bermula sekarang kita perlu tunjukkan akhlak islam lebih2 dlm bulan ramadhan sebab mereka yg tidak memahami islam mengatakan ramadhan ialah bulas malas sebab ia di hasilkan sendiri oleh org islam
Bearcat...Betul g. Org islam sendiri yg kadang2 menunjukkan sikap tidak baik pada mereka yg bukan islam
pB....Islam itu indah. Mari kita amalkan
Post a Comment