Teman-teman

Wednesday, January 21, 2009

Ceramah Palestin


Alhamdulillah pada tanggal 21 Januari 2009 aku dan Jawatankuasa Surau telah menganjurkan satu program ceramah tentang Palestin. Baju hijau tu akulah sebagai Pengerusi majlis. Penceramah undangan ialah Prof. Madya dr Md Roslan bin Hashim dari USM. Hadirin ramai yang terdiri dari anak remaja. Penceramah banyak memberi info terkini tentang Palestin. Aku masih ingat akan kata-kata rabai yahudi lebih kurang begini," Janganlah umat islam bermimpi untuk menawan yahudi sehingga solat subuh sama penuhnya macam solat Jumaat". Kalau subuh disurau aku boleh dikira adalah 15 orang dari 350 buah rumah.

Penceramah Prof. Madya dr Md Roslan bin Hashim

Seterusnya penceramah telah memberi sebuah hadis dari sabda rasulullah yang bermaksud," Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat islam maka bukanlah dia dari kalangannya". Seterusnya penceramah telah memberi serangan pemikiran yang telah berlaku keatas umat islam terutamanay di Malaysia. Ia dikenali sebagai 5 S. aku dapat catit hanya 4 sahaja.
1. Seks - Dekat Malaysia dah macam perkara biasa. yang paling juara ialah anak islam kita.
2. Smoke - Merokok. fatwa dah mengatakan bahawa merokok tu haram sebab ia memudaratkan. Setiap batang yang disedut telah menyumbang kepada pembunuhan rak yat Palestin.
3. Song - Dah banyak rancangan hiburan yang melalaikan sehinggakan kita boleh menangis bila sesorang terkeluar tetapi bila rakyat palestin menderita kita tak rasa apa-apa
4. Sport - Sukan sudah menjadi kegilaan di Malaysia. Kalau ada live lihatlah di kedai-kedai kopi. Penuh dengan manusia.


Sebahagian hadirin yang hadir

Sumbangan telah dapat dikumpulkan sebanyak RM1301.90 dan duit arab sebanyak 60 rial

5 comments:

kak ja said...

Aktif surau ni.. baguslah.. sama mcm surau tempat saya ni..

Berckp pasal Israel-Palestin ni, dada ni rasa nak pecah!!

Kembara Hati Sang Jejaka said...

teringin nak jadi cm MRH, TOP Speaker...

go MRH...teruskan perjuanganmu..

sakinah said...

S yang lagi satu:
Screen-Semakin banyak lambakan vcd dan filem lucah di negara umat Islam

hj atan said...

mlm sabtu ni 24 jan di Surau Tmn Baru pulak.Saya jadi MC..nampak gayanya MC kena cedok apa2 yg ada dlm penulisan ini.,tq awai2 la kat budiman...

Anonymous said...

dr roslan tu bekas lecturer saya tu, alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...