Teman-teman

Sunday, February 22, 2009

Aku Insaf Dan Mendirikan Rumahtangga

Dunia muzik aku belum berakhir rupanya. Walaupun aku dah mengambil keputusan untuk meninggalkannya. Entah pada suatu hari ketika sedang aku berada di luar masjid, aku dihampiri oleh seorang abang. Pendek rambutnya lalu memperkenalkan dirinya dari Band Askar Melayu Diraja. Tujuan dia datang mencari aku ialah untuk melamar aku dan rakanku sebagai penyanyi bagi band mereka. Kalau setuju aku diminta hadir pada besok hari.

Gembira tak terkira hati ini bila mendapat tawaran. lepas solat Isyak aku bergegas pulang untuk memberitahu emak. Emak aku hanya diam saja. Aku tak sedap perut aku tanya ayah pula dan akhirnya ayah izinkan jikalau aku tahu menjaga diri. Aku berjanji. Keesokan harinya aku dan rakan berbasikal masuk kedalam kem askar untuk menjalani latihan. Kami mendapat tahu bahawa tujuan kami berdua diambil ialah untuk menyertai pertandingan Battle Of The Band.
Walaupun aku menerima tawaran ini, hati aku masih lagi memikirkan bagaimana masyarakat akan berbunyi kelak. Abang jadi ustaz, adik jadi penyanyi. Aku tak dapat bayangkan.

Setelah membuat latihan selama dua hari, kami mendapat berita yang nama kami telah digugurkan atas sebab desakan dari warga kem yang mengatakan bahawa kami tidak layak sebab bukan dari kalangan mereka sedangkan mereka pun ada penyanyi. Aku menerima berita ini dengan hati yang pedih dan putus asa. Masa itu aku tidak mempelajari hikmahnya. Mulai saat itu aku hanya bersendirian. langsung tak ada mood. Musnah semua harapan aku.

Aku mendekati kembali rakan baruku ditempat kuliah diadakan setiap hari Ahad. Ternyata selepas habis kuliah akan ada selingan nasyid dari Grup Aprisiasi Seni dari USM. Penyanyi solonya memang aku puji sebab mempunyai suara yang merdu dan lantang. Aku Berdoa kepada Allah satu hari ini aku akan menjadi sepertinya. Kini aku telah meminati bidang nasyid.

Entah mengapa dengan tidak semena-mena dan tanpa perancangan aku menyuara hasrat aku untuk menamatkan zaman bujang kepada emak dan ayah. Terkejut mereka lantas bertanya sudah ada ka calun. Aku jawab belum dan meminta agar emak yang tolong carikan. Emak kata tengoklah macam mana. Aku tahu kalau emak berkata begitu mesti dia akan bertanya adik beradik. Selepas 3 hari aku beritahu oleh emak saudara yang terdapat seorang gadis yang baik juga suka mengikuti kuliah setiap hari Ahad. Umurku ketika itu 26 tahun.

Akhirnya setelah kata sepakat dicapai, aku pun melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan ibubapa yang bernama Siti Aishah yang berumur 20 tahun ketika itu. Alhamdulillah kami bahagia sebab mempunyai fikrah yang sama. Tiba-tiba aku terdengar yang group baru aku nak tubuhkan kumpulan nasyid. Apalagi aku pun terus mendaftarkar diri. Setelah dibuat brain storming, aku dilih sebagai pemain bonggo sebab masa tu aku saja boleh pukul. Kami kerap juga membuat latihan. Akhirnya kami semua sepakat untuk menamakan kumpulan nasyid kami sebagai Al-Muhajjir. Ketuanya ialah Saudara Abu Haniffah dari blogger Insan Marhein. Juga Saudara Rusli Hashim dari Blogger Jendela Hati.

Mereka berdua ini boleh dikatakan sebagai penghidup kumpulan ini. Rajin berusaha dan memberi komitmen sepenuhnya. Tanpa usaha bersungguh dari mereka berdua sudah pasti kumpulan kami tak kemana. Setelah isteriku melahirkan anak pertama, rezeki kami datang mencurah-curah. Banyak sungguh persembahan yang kami terima. Dari asal kami membawa lagu dari kumpulan artis nasyid yang sudah membuat recording kami mengambil keputusan untuk mencipta lagu sendiri. Maka terciptalah lagu kami yang pertama yang berjodol Ku pohon HidayahMu hasil ciptaan aku dan lirik dari blogger Insan Marhein.

Tempahan datang banyak dari luar Penang. Kami turut membawa isteri masing-masing kemana saja ada persembahan nasyid. Anak-anak kami membesar bersama-sama dengan nasyid. Seronok sungguh ketika itu. Kami menjadi terkenal berkat doa dari isteri-isteri kami yang tidak pernah kami lupakan. Mereka pun dapat merasai bagaimana menjadi isteri artis nasyid. Kami juga pernah membuat persembahan bersama M.Nasir.

Kami mengambil keputusan untuk mendaftar menjadi ahli dengan Badan Kebajikan yang bernama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia ( JIM ) dan secara tidak langsung kami merupakan duta JIM Pulau Pinang ketika itu. Yang paling manis kami telah dijemput untuk membuat persembahan didepan Gabenor Negeri Pulau Pinang sempena menyambut hari lahirnya. Kami membawa lagu yang menceritakan tentang kematian. Selesai persembahan kami dihampiri oleh Menteri Kesihatan iaitu Farid Arifin. Aku masih ingat lagi kata-katanya," Hangpa bawa lagu mati no". Tersengih kami semua.

JIM Pulau Pinang terus dikenali melalui nasyid yang merupakan salah satunya hiburan alternatif islam yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat.
Jemputan yang kami terima hinggalah ke negeri Perak

12 comments:

hrusli61 said...

Diantara lirik "Ku Pohon Hidayah Mu"

Masih ada yang tak mampu aku lupakan. Dosa-dosa yang ku buat sekian lama...

Disaat saat sepi begini ku terlantar sakit. Tak siapa sudi datang menziarahi...

Aku menangis sendiri menyesali diri ini. Baru ku sedari dunia ini kecil..

Sehening air wudhuk aku sembahyang, ke api neraka nan panas jangan Kau campakan.

Syahdu .. Syahdu ...

alizarin said...

wahh...penulis lirik dan penyanyi nasyid rupanya en arif budiman nie..sekarang taknak sambung jadi penyanyi nasyid balik ke

Izza - Jiejah said...

oowhhhhh begitu ceritanya ..
bangga plak saya kenal anda² semua hehehehe

Ariff Budiman said...

Cita-cita macam tu la. Kini kami suara dan makin sumbang. lama tak asah. Tak pa la nanti kita perturun dekat generasi baru

nadinezuharra said...

mm,lucu di perenggan kedua..
"Emak aku hanya diam saja. Aku tak sedap perut aku.."
selalu org guna -tk sedap hati,rupanya tak sedap perut pun ok jg ya.. :D

*kalau ada lagi simpanan audio lagu Ku Pohon Hidayah Mu,sudilah kiranya sdr Budiman menguploadkannya dlm blog ni.. tq : )

Ariff Budiman said...

Kita punya banyak dialek. Setiap negeri ada keunikan bahasa mereka sendiri. Bahasa penang macam ni la. Kalau saya dapat kaset tu insyaallah akan saya upload.

nadinezuharra said...

p/s: saya nak minta izin ambil sebahagian ayat sdr dalam entri "Boy!! Leman....Janganlah Lompat"
untuk blog saya,bolehke sdr Budiman..? : )

Ariff Budiman said...

Insyaallah silakan untuk kbaikan. terima kasih. Bahas rojak saja tu

Anonymous said...

paling kecoh bila nyanyi kat Fort Conwallis. Mikrofon tak berbunyi. Siaran lansung kat radio penang pulak tu. kat Tg Bungah pula, blackout.

hu..hu..

Anonymous said...

asam garam kehidupan....nyanyi sampai blackout ka...blackout dulu so x lei nyanyi...hehe...gurau jer

hrusli61 said...

Aku sempat berbual dengan insan marhaem, Lagu "Ku pohon hidayahMU" adalah kisah benar yang diambil idenya dari saudara kita Mohd Rodhi Derani. Mas itu dia baru baik sakit. Beliau sering kita panggil dengan gelaran "Kala Subuh"

Jiman kau lupa ke lagu mula-mula dahulu "Warna Kehidupan" insan marhaem cipta. Dia habaq semasa dia di Ipoh dahulu di belakang Stadium Perak.

alhan said...

memang berbakat menulis. penceritaan kisah2 kehidupan lampau yang sangat menarik. Memang boleh bukukan cerita di warna nostalgia ni. Paling lucu memang cerita boy leman jangan lompat tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...