Teman-teman

Sunday, February 15, 2009

Berat hati Nak Menulis

Aku amat keberatan untuk menulis bab ini. Tetapi aku tidak mampu menangkis personnal email yang ingin mengetahui kebaikan isteriku sehinggakan aku terlalu mencintainya. Juga mereka ingin juga aku menulis tentang kebaikan aku pula yang menyebabkan isteriku amat mencintaiku. Ini amat berat. Ada yang bertanya dalam perancangan untuk berkahwin dan ada yang sudah berkahwin.

Terus terang aku katakan yang aku ini bukanlah pakar motivasi dalam hal ehwal rumahtangga. Ramai yang boleh dan mampu menjawabnya. Kami berkahwin hampir 23 tahun dan selama inilah juga belum pernah kami bergaduh besar. Berkecil hati memang adat rumah tangga. Aku selalunya bila isteriku kecil hati terhadap aku, aku akan panggil Ya Humaira janganlah marah. Dia akan tersenyum dan akhirnya aku memohon maaf darinya. Selesai masalah.

Yang membuat aku begitu mencintainya ialah dia banyak melebihi keluarga aku terutama ketika emak dan ayah terlantar sakit tanpa mengabaikan keluarganya. Ketika ayah tenat dia dan kakak ipar yang lain bertungkus lumus menjaga ayah. Ketika emak aku sakit, dia yang menjaga emak sehingga emak aku amat sayang sekali dengannya. Dia memang pandai serba serbi dan itu merupakan anugerah dari Allah. Masalah dalam rumahtangga aku kira amat beres. Semuanya dia yang uruskan bermula dari langsir, kain baju, masakan dan lain-lain dia yang buat. Kini keadaan rumah aku macam tongkang pecah.

Walaupun aku dah izinkan kalau dia nak kemana namun dia masih juga talipon aku meminta keizinan. Bila setiap hari Jumaat aku selalu akan mengingatinya sebab pukul 9 pagi dia akan mengikuti tajwid Al-Quran di radio. Dia akan pesan, " Bang pukul 9 abang jangan talipon sebab Siti nak belajar mengaji". Kalau aku bekerja, setiap kali aku akan talipon dia bertanya khabar.

Aku suka memuji dia didepan jiran dan keluarga sebab memang dia patut dipuji. Bukan itu yang dia minta tetapi sebagai suami aku amat bersyukur dianugerahkan seorang isteri yang terlalu baik kepada keluarga kami. Kami berkahwin bukanlah atas dasar cinta tetapi dipilih oleh emak saudara. Setiap kali aku sembahyang aku mengucapkan syukur kerana aku amat tenang sekali bila bersama dengan isteri.

Pernah satu ketika aku melihat dia menangis. Terdetik dihati aku telah buat salah apa dengan dia. Terus aku meminta maaf dengannya. Tapi bukan itu yang ditangisinya. katanya, " Kalaulah Siti mati macam mana hidup abang nanti". Aku terus terdiam tanpa jawapan namun didalam hati, " Ya Allah andaikata isteriku pergi aku tak dapat hidup tanpanya".

Aku selalu membawanya kalau ada kelas agama sebab menuntut agama bukan hanya untuk suami sahaja. Banyak aku lihat di surau aku, bila ada kelas agama hanya suami saja yang datang manakala isteri sibuk di dapur. Bagi aku dapur bukanlah tempat isteri sahaja. Suami patut sama kedapur. Pernah aku tanya dia atas sebab apa yang dia sayang dekat aku. Katanya sebab aku tolong dia banyak di dapur terutama bulan Ramadhan. Isteri aku kalau bulan Ramadhan tempahan baju cukup banyak namun duit tu semua tak pernah ada ditangannya sebab dibelanjanya untuk keluarga kami.

Kalau bulan Ramadhan kalau shif aku kerja petang, sahur kira aku yang bangun sebab kesian dekat dia. Seronok sungguh dia bila aku kerja petang atau off. Pernah satu ketika aku bangun sahur dalam keadaan terhoyong hayang akibat pening. Gelak dia bila aku cerita. Katanya," Bukan senang nak jadi macam orang perempuan". Aku hanya mampu senyum saja. Perkara yang paling aku tak dapat lupa ialah bila aku janji sahur aku yang nak masak. Aku bangun dan tak tahu nak buat apa. Last sekali aku pecut motor beli nasi goreng dan aku letak dalam pinggan elok-elok. kemudian aku kejut dia. kata dia sedap abang masak. Namun rahsia ni aku tak boleh simpan lama.

Akhirnya pecah juga. Apa lagi perli sakan dia dekat aku. Last sekali dia kata dekat aku, " Terima kasih bang kerana sudi bangun. Beli pun tak apa. Siti bangga dapat suami macam abang". Apalagi aku bila dapat pujian dari isteri lalu aku cium pipinya tanda syukur. Aku rasa sudahlah setakat ni. nanti korang boring pula.

4 comments:

alizarin said...

indahnya sebuah perkahwinan...

nadinezuharra said...

Alhamdulillah,sejuk hati mendengar cerita ini..Masih ramai isteri yang berhati mulia,tak kurang juga suami yang bijak dalam memimpin keluarga..

Tolak ansur dan berpegang teguh pd agama kunci sebenar membentuk keluarga yang bahagia.

bearcat said...

Pak Njang ceritalah lagi.

Susah nak cari suami yang baik dan penyabar macam Pak Njang.
Moga jadi teladan pada suami-suami yang lain.

Arwah Mak njang boleh dijadikan idola untuk para isteri...

Ariff Budiman said...

Malu la nak cerita banyak- banyak. Nanti pakjang selang seli. Terima kasih kerana sudi membaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...