Teman-teman

Saturday, February 07, 2009

Boy!! Leman....Janganlah Lompat

Ketika aku sedang bertugas, terdengar suara semacam berlaku pertengkaran. Aku mencari dari mana arah bunyi itu. Rupanya seorang makcik tua sedang mengembala lembu dan kerbaunya. Aku kira semuanya dalam lingkungan 25 ekor. Banyak tu. Aku menghampiri makcik tu. " Hang buat apa". Tegur makcik tu. " Jaga-jaga sikit kayu tu makcik, jangan sampai dekat dengan talian hidup". Makcik tu nampak tak faham. Aku risau juga dengan orang kampung yang tak faham bahaya mereka bekerja dibawah talian hidup. Silap haribulan kayu tersentuh talian , alamat hitam legam la anggota badan.

Asyik sungguh lembu dan kerbau dok makan rumput. Ada yang berlari-lari. Tiba-tiba makcik tu tempik, " Boy, Leman janganlah dok lompat. Makan elok-elok". Aku tertawa sendirian bila mendengar makcik tu berkata jangan lompat. Sekarang ni perkataan lompat amat popular sekali. Yang anehnya kerbau yang bernama Boy dan Leman tak lompat dah. Tunduk tersipu malu bila tuannya menegur. Berbeza dengan manusia. Rasa bangga bolih melompat-lompat.

Aku pun apa lagi pegang kamera dan pergi kearah kerbau itu untuk nak ambil gambar mereka. Aku panggil Boy, Leman tengok sini. Apa lagi kerling semacam dekat aku. Nampak macam marah. Aku lihat kaki mereka sedang menendang tanah. Ni tak bolih jadi. Kalau aku tunggu silap haribulan aku tak sampai Jumaat depan.

Aku terus mendapatkan makcik tu. Umurnya sekitar 60an. Masih kuat lagi Allah beri dekat dia. " Hang nak tangkap gambar burung ka". Kata makcik tu. " Tak saya nak tangkap gambar makcik. Bolih ka ". " Aku tak buloq". Maknanya tak mau la. Terus makcik tu lari masuk dalam hutan.

Pak guard nampak aku dok tangkap gambar makcik tu. " Hai en Ariff, berkenan ka dekat makcik tu". Tersengih pak guard tu. Ni mulut tak ada insuran. Mentang-mentanglah aku kosong sekarang. Dalam hati aku berkata," Kurang asam pak guard, nanti aku minta suruh buat surat tunjuk sebab baru tau". Aku beliak mata dekat dia. " Minta maaf en. Ariff saya bergurau saja tadi". Aku pun bergurau juga. Kata aku," Tua tak apa janji kaya". Dunia blogger ni macam wartawan la. Kalau ada cerita atau gambar menarik pasti nak dirakamnya. Orang lain mungkin tak faham. Dari seronok-seronok kini menjadi hobi. Kemana saja aku pergi, kamera pasti akan dibawa bersama.

Makcik tu lari masuk dalam hutan. Takut gambar dirakam

5 comments:

insan marhaen said...

Ha...Ha... Lompat ai kerbau lompat... aiyaaa...

alizarin said...

Teringat masa kena kejar lembu masa kecik2...sampai sekarang takut kalau jumpa lembu, lagi2 yang bertanduk...ngeriii

Anonymous said...

tak buloq...haha superb makcik ni....

Anonymous said...

Salam

dah jadik macam kakak,pergi mana pun kamera x lekang,tapi x tangkap gambar pun,hahaha

bearcat said...

yepada izat....tak tangkap gambaq? hahaha.

meh tengok beribu gambaq ada...hangpa semua yang tak sedaq bila haku ambik gambaq hangpa semua keh keh keh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...