Teman-teman

Saturday, October 30, 2010

Akibat Penangan Buah Dokong & Gado-Gado

Setelah selesai makan gado-gado, aku makan buah dokong pula. Isinya yang manis membuatkan aku terus makan. Terkejut isteriku bila melihat kulit dokong penuh dalam plastik. " Abang ni kalau boleh makan tak ingat. Nanti kalau sakit abang juga yang susah ". Lembut saja isteriku menegur namun idghamnya cukup sah. Nada bukan marah tapi nasihat. Itulah kata-kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Terus aku stop dan mengikat kembali pkastik buah dokong yang aku beli. " Budiman ini buah dokong Batu Kurau. Hang cuba rasa. Memang power ". Kata kawanku yang membuka gerai buah-buahan. Disitulah tempat aku melepak sambil menikmati buah yang kadang-kadang dah lasu. Setelah merasa buah dokong terus hati sudah berkenan. Dengan harga RM2 sekilo jauh lebih murah dari tepi jalan yang menjual sebanyak RM3 sekilo maka aku beli 3 kilo. Isteriku pula memberi tips kalau nak beli buah dokong. " Abang pilih yang muncung tajam diatas. Yang itu pasti manis ". Setelah merasa yang muncung tajam ternyata memang manis. Isteri aku amat suka dengan buah dokong jadi aku beri alasan beli untuknya manakala aku hanya tumpang sekaki. isteriku memang sedia maklum yang aku kalau jamah buah dokong melebihi 5 biji, sure jalan esok pasti tempang. Ini bukan 5 biji aku makan tapi menghampiri 1/2 kilo.

Setelah berada ditempat kerja dengan aircon pula yang sejuk aku sudah merasai denyutan di lututku. Semakin lama semakin kuat denyutannya. Setelah aku sampai dirumah, isteriku membuka pintu. Dilihatnya aku masih berdiri dan tidak bergerak tahulah dia yang lutut aku dah problem. Sambil tersenyum melihat aku terhincut-hincut berjalan, " Haa tulah Nah dah pesan. Abang makan juga. Sekarang siapa yang sakit ". Aku hanya tertawa kecil sambil menahan kesakitan. Seperti cara yang digunakan arwah Siti Aishah, isteriku Rosnah memasak air panas untuk diremdam kaki aku. Terasa segar bila kaki direndam didalam air suam.

Malamnya isteriku telah menjelajah keluar dari Penang, aku masih terkebil-kebil menahan kesakitan. Kesian pula aku nak kejutkannya. Besok dia nak berniaga. Sambil membaca surah Al-fatihah aku menghembus lututku agar dapat bertahan sehingga paginya. Aku mencari panadol yang khas untuk kesakitan bahagian yang joint. Walaupun sakit tetapi masih boleh bertahan. Ketika isteriku bangun untuk memasak untuk meniaga ketika itulah aku baru boleh tertidur. Diurutnya perlahan-lahan kaki aku dan akhirnya aku keluar juga dari daerah Pulau Pinang merantau jauh. Sedar-sedar dia baru selesai solat subuh. Aku bangun sambil terhincut-hincut. " Abang boleh kerja ka dengan keadaan kaki macam tu ". Aku hanya mengangguk kepala saja.

Sebelum aku ketempat kerja isteriku sambil tersenyum, " Bang malam ini ada pasar malam. Mau tak Nah beli buah dokong ". Aduhh...walaupun nadanya bergurau tapi tajamnya masuk hingga kedalam. Berdesup. " Tak payah abang sudah insaf ". Aku menjawab sambil tertawa gelihati dengan gurauannya. Suami isteri kalau tidak ada tangisan dan gurauan memang tidak sah maka pincanglah rumahtangga. Itu pendapat akulah. Pendapat pembaca semua mungkin lain.

4 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam, very sweet couple..saya tumpang gembira..

hentian said...

baru-baru ni kawan IM ada bagi tau pasal apple cider bagus untuk depa yang gear box ada problem.

mungkin boleh check dalam website...

Ariff Budiman said...

marina monroe..Terima kasih kerana tumpang gembira ya

Ariff Budiman said...

insan marhein...Baru dengar nama apple cider. Nanti saya check di website. Terima kasih tolong bagitau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...