Teman-teman

Saturday, October 02, 2010

Bila Tiba Musim Kenduri

Isteriku terpaksa pulang awal dari gerai kerana kami akan ke kenduri kahwin di Parit Buntar. Ia perkahwinan cucu kepada mak angkat aku. Jam 11 pagi kami bertolak dari Penang. Hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik aku dah menyapu pembersih cermin sebelum bertolak. Aku membelinya pada tahun 1995. Sehingga kini masih boleh digunakan lagi. Bila hujan menyentuh cermin ia akan berlari-lari seolah-olah di cermin mempunyai lilin. kadang-kadang aku tak perneh menggunakan wiper. Setelah berada dijalanraya selama sejam akhirnya kami sampai di Parit Buntar. Terasa tenang bila melalui kawasan tanaman padi. kehijauan padi membuat mata aku terasa segar sekali.

Rumah kenduri disebelah taliair. Diseberang jalan diletakkan DJ. Tapi yang malangnya suara DJ di tenggelami oleh suara tetamu yang hadir. Mungkin sistem speakernya yang kurang power. Orang ramai pula tak kisah sebab bagi mereka biarlah tidak bising dengan lagu asalkan dapat bersembang bila berjumpa sahabat handai. Entah kenapa hari ini aku memakai baju sedondong dengan isteriku. kami sendiri tidak menyedari warna biru yang kami pakai. Bila tiba dirumah kenduri kaum keluarga sebelah sana menggunakan tema warna biru. Tersenyum kami bila kami juga disangka kaum keluarga.

Setelah selesai makan kami minta diri untuk pulang. Ada satu lagi kenduri perkahwinan anak kepada emak saudara isteriku. Kali ini dibuat didalam dewan. DJ juga ada tapi suara speakernya pula telah membuat tidak mendengar bila bercakap. DJ ni pula suka lagu 60an. Macam syok sendiri pula memasang lagu 60an. Selepas tu ajak pula siapa yang berani nak berkaraoke dijemput. Aku sengaja mengusik isteriku. " Nah nak lagu apa abang nak nyanyi. Mau tak lagu Oh Fatimah ". " Jangan bang. Kita baru saja balik umrah. Tak kan ni hasilnya kita dapat bila pulang ". Ternyata aku bagaikan dipanah petir walaupun nadanya juga bergurau. " Dak aihh. Abang tak aktif dah macam ni. Abang melawak saja ". Tersenyum dia mendengar aku cepat-cepat menangkis. Aku diperkenalkan dengan ahli keluarga sebelah emak saudaranya. Malu juga sebab ramai yang datang bersalaman dengan aku. Ini bukan adik Dr Danial ka. Aku mengiakan saja. " Nah oii..bertuahlah hang dapat suami ni. Baru ni seronok sungguh tengok Dr Danial di halaqah tajuk Dajjal ". Lagi malu aku bila mereka berkata begitu. Siapalah aku dibandingkan dengan abang aku. Aku masuk kerja petang dalam keadaan keletihan. Bila pula aku boleh mengambil cuti untuk merehatkan badan dan minda aku.

2 comments:

Insan Marhaen said...

susah juga jadi adik dr danial ya.. hik..hik..

nasib baik tak jadi adik p ramlee..

Ariff Budiman said...

Nak buat macam IM. kena terima saja le

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...