Teman-teman

Friday, October 01, 2010

Pekena Nasi kandar

Sudah lama aku tidak makan nasi kandar. Ini disebabkan pernah suatu ketika tatkala aku memesan nasi kandar dibawanya dengan keadaan tidak mandi dan hingus masih berada dihidung. Aku menjadi tawar dan terus aku beri kepada binatang. Bila aku masuk kedalam didapati tandas berdekatan dengan tempat masak. Aku sendiri melihat bagaimana air mandi terkeluar dan memasuki ruang masak. Akhirnya setelah mendapat komplain dari orang ramai maka gerai itu diserbu oleh pejabat kesihatan Negeri dan terus menyita kedai itu. Ramai yang merungut setelah gerai itu ditutup sedangkan mereka juga tahu keadaan dapur yang begitu kotor. Pada saat itu aku telah menjadi tawar hati dengan nasi kandar. Pada suatu hari aku dan seorang rakan pergi kebandar untuk mencari peralatan memancing. Seperti selalu kami akan singgah disatu gerai mamak yang agak terkenal juga masakan nasi kandarnya. Baunya begitu wangi. Aku tidak minat lagi dengan nasi kandar tapi hanya memesan roti canai.

Ketika berada dikawasan aku dan juga beberapa orang disekitar dapat menghidu sesuatu yang busuk. tapi bau apa ya !!!!. Semakin dekat mamak membawa roti canai dan nasi kandar pesanan kami, baunya semakin kuat. Akhirnya kami terdengar seorang lelaki memanggil, " Mamak mai sini sat ". Mamak itu terus menuju kearah lelaki yang memanggilnya. Pemuda itu menyuruh mamak itu menghulurkan tangan dan terus keadaan menjadi kecuh. " Tuih!!! mamak. Itu tahi ada dekat cincin mamak la. Lu basuh tarak cuci ". kami semua terasa bagai nak muntah. Akhirnya terus meninggalkan tempat itu tanpa membayar duit. Akhirnya kami mendapat tahu gerai itu telah ditutup setelah diboikot oleh orang ramai.

Bermula hari itu aku terus tak minat dengan nasi kandar mamak. Bagi aku mereka adalah pengotor. Biarlah isteriku yang memasak. kalau tak sedap sekalipun makanan itu adalah bersih. Kini setelah aku berkahwin lain aku mula berjinak sekali lagi. Kadang-kadang bila isteriku pulang dari gerai dia akan membeli nasi kandar untuk dirinya sebab dia sudah tahu yang aku tak suka nasi kandar. Walaupun tak suka, aku tetap merasanya. sedap juga nasi kandar. lama tak makan. Akhirnya esok aku pula yang pesan sebungkus. Kini aku dah lupa akan peristiwa lampau.

Kelmarin aku pulang kerumahku dan baru aku sedari bersebelahan rumahku ada menjual nasi kandar. Dari jauh sudah kelihatan ramai yang beratur walaupun jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Pasti nasi dia sedap ni. Bisik hati kecilku. Apalagi aku pun turut sama beratur. Aku mengambil telur rebus dan kacang bendi saja dengan harga RM2. Aku bawa kegerai dan ingin makan bersama isteriku. Memang sedap nasi kandar ni. isteriku pun turut memujinya.

Hari ini aku seolah-olahnya sudah ketagih akan nasi kandar. Seawal jam 7 pagi lagi aku keluar bersama isteri namun aku terus menuju kedestinasi nasi kandar. Kelihatan sudah ada 10 orang beratur. Makin lama aku semakin dekat dan aku memandang lauk pauk untuk aku pilih. Yang aku tidak berkenan dihati ialah bila makanan dengan menggunakan tangan dan kemudian tangan yang terkena bekas kari di lapkan ke tuala. Maka tuala yang putih sudah menjadi kotor. Kini aku berada di saf yang kedua. Seorang pemuda meminta ayam kari dada. Maka dengan serta merta dikoreknya ayam dibawah dengan menggunakan tangan. kemudian bawang-bawang yang jatuh ditampal kembali keatas.

Melihat keadaan ini aku terus menjadi tawar hati untuk makan. Tiba giliran aku, dilapnya tangannya yang berlumuran dengan kuah kari Maka kain putih semakin kotor. Akhirnya aku hanya mengambil telor goreng lalu dibungkus. Aku pulang kerumah aku beri kepada kucing aku. Aku turut cerita kepada isteriku. Geli geleman dia mendengar cerita aku. Hairan juga aku adakah golongan ini memang pengotor. Mereka tidak meghiraukan orang ramai dengan sifat pengotor mereka. Orang ramai pula dapat menerima makanan diambil dengan tangan sedangkan senduk ada. Sungguh aneh....

1 comment:

Insan Marhaen said...

ai sey...WN, hang bikin cek rasa geli geleman sama...

tu belum kira ternampak tikus berkeliaran bawah meja....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...