Teman-teman

Thursday, October 21, 2010

Bapak Rajin Ya

Adalah menjadi rutinku bila pulang dari kerja syif malam aku akan pastikan rumah dalam keadaan bersih. kasihan isteriku tidak sempat mengemas. Setelah mop dibahagian dapur aku membuka pula mesin basuh. Baju yang sudah dibasuh isteriku masih belum di jemur. Diluar rumah pekerja indonesia sedang membuat bilik atas arahan tuan rumah. Bilik itu akan dijadikan stor simpanan barang bila mereka berpindah kesini. Aku terpaksa meletakkan kereta diluar saja memandangkan sudah tidak ada lagi ruang.

Aku terus membawa keluar bakul yang berisi baju untuk di jemur. Pekerja indonesia tersenyum dan bercakap dalam bahasa jawa yang sedikit sebanyak dapat aku fahami maksudnya. Mereka sedang bercakap tentang aku bila melihat aku menjemur pakaian. setelah selesai kerjaku, aku disapa oleh seorang pekerja. " Bapak rajin ya. Jemur pakaian ". Aku tersenyum mendengar pujian darinya. " Biasalah siapa lagi kalau bukan suami yang membantu isteri ". Jawab aku selamba saja. " Pak kalau kami warga indon, kerja ini dilakukan oleh isteri saja. Lelaki enggak buat kerja itu ". Jelas pemuda itu. " Biar bener. Itu lelaki ego namanya. Tidak salah kita membantu isteri kita. Islam menggalakkan umatnya saling membantu ".

" Zaman sekarang isteri turut membantu suaminya mencari rezeki yang halal. Bila pulang kerumah harus pula meneruskan kerja rumah sedangkan kita sebagai suami bila pulang dari kerja boleh berehat. Isteri pulang dari kerja perlu memasak untuk keluarga. Jadi enggak salah kita ringankan sedikit beban dengan membuang ego kita ". Aku bercakap bagaikan seorang ustaz yang berada di hadapan anak murid. Terdiam pemuda indon tadi. Mungkin tidak ada modal lagi untuk menyanggah kata-kata aku. " Sebenarnya kita tidak perlu merasa malu kalau membantu isteri kita. Islam memandang mulia akan sikap ini ". Aku terus memberi ceramah kepada mereka. Jadilah walaupun pendek namun padaku aku sampaikan walau satu ayat.

2 comments:

Insan Marhaen said...

biasa saja sidai baju. bukan sidai maruah ya tak!

Ariff Budiman said...

Insan Marhein..Betoi IM. Ilmu tak hilang kalau sidai baju

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...