Teman-teman

Wednesday, October 27, 2010

Isteriku Sudah Mula Hilang sabar

Isteri menalipon aku tatkala aku berada di tempat kerja. " Assalamualaikum bang. Kawan abang datang tadi. Dia bawa sorang lagi kawan abang. Dia nak rekomen anak kita dekat seorang lagi kawan abang. Dia kata kira jadilah. Kesian dekat kawan abang yang bujang ". Aku yang mendengar bagaikan dirasuk sesuatu. Betapa geramnya hati ini. Tidak ada sifat malu langsung mereka. " Awat depa ingat anak kambing ka boleh senang-senang nak beli ". Aku dah mula meradang. Kalaulah aku berada disana sudah tentu aku menasihati mereka agar carilah yang sepadan. Jangan mengikut hawa nafsu.

" Macam mana abang kalau depa mai lagi ".Kata isteriku." Kata dekat depa ayah dia ada. Kalau mau contact ayah dia ". Aku minta isteriku berkata demikian dan aku tahu sudah tentu mereka ridak berani. Isteri yang jarang marah sudah mula merungut. Atas nasihat aku, aku minta andaikata mereka datang lagi tegurlah mereka secara elok. Biarlah cari yang sepadan dengan diri. Jangan over acting. Kami bukan mata duitan

4 comments:

Syahazli said...

Awat yang jadi lagu tu

Insan Marhaen said...

nasib baik pun WN takda di situ. kalau tak, hah... kena Gayong la depa tu...

Ariff Budiman said...

Syahazli..Dah memang kaki gatal. Pantang tengok perempuan cantik sikit

Ariff Budiman said...

Insan Marhein..WN bagi buah kilas sawa berendam. IM masih ingat lagi buah tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...