Aku menerima panggilan talipon dari pejabat yang mengatakan bahawa nama aku telah dilih untuk sesi taklimat bakal haji selepas solat fardhu jumaat. Hairan juga mengapa aku yang dipilih. " En Ariff kan baru mengerjakan umrah jadi amat sesuailah untuk mendengar taklimat pula. Ala tak apa abang Ariff cuma pergi dengar saja ". Aku akur dengan arahan ini. Nanti kalau diengkar arahan ini KPI pula menurun dan hasilnya bonus akan berkurangan. Aku cerita kepada isteriku. " Tak apa la bang pergilah. Manalah tau TNB nak sponsur abang pula ke Mekah ". Aku tertawa mendengar akan kata-kata ini. " Bertuahlah staff TNB kalau di sponsur ke Mekah ". Aku menjawab kembali sambil memakai uniform. Selepas solat Jumaat aku bergegas ke pejabat yang akan bermula pada jam 2.45 petang. Bila dibuka saja pintu makan rakan-rakan yang lain terkejut melihat aku. " Bila Ariff bertolak ". Tanya seorang rakan. " Saya akan bertolak pada tahun 2020 ". Jawab aku sambil tersenyum.
Kami yang datang adalah pelengkap kepada sesi taklimat dan memberi sokongan kepada rakan-rakan yang telah mendapat jemputan oleh Allah. Aku masih ingat sewaktu mendaftar untuk mengerjakan haji dengan arwah isteriku. Akhirnya kami mendapat sekeping kertas bertulis tahun 2020 kami akan kesana. " Tak apa encik. Kalau duit encik sudah cukup encik boleh buat rayuan ". Kata petugas tabung haji. Begitu gembira arwah isteriku menceritakan kepada jiran-jiran. Akhirnya tidak kesampaian juga. Aku kembali sekali lagi ke tabung haji. " Encik, isteri saya Siti Aishah telah meninggal. Kami daftar untuk menunaikan haji dan dapat pada tahun 2020. Boleh kah saya gantikan isteri saya yang baru menggantikan Siti Aishah ". Staff tabung haji melihat akaun kami di skrin komputer. " Maaf lah encik. Tempat tak boleh ditukar ganti tapi kalau encik dapat panggilan encik boleh membuat rayuan untuk bersama isteri ". Lega aku mendengar penerangan staff tabung haji.
Begitu jauh fikiran melayang sehinggakan penceramah berada didepan tidak aku dengari. Cepat-cepat aku fokus kembali sesi taklimat. Kalau aku tak pergi pun sekurang-kurangnya ilmu mengenai haji dapat juga aku pelajari. Sesiapa yang belum lagi mendaftar untuk ke Mekah, bila mendengar saja taklimat ini pasti terdetik dihati yang suatu hari akan ke sana juga. Begitu juga aku. Terasa rindu dengan Masjid Nabawi, Baitullah, Maqam Rasul dan sejarah peperangan islam. Aku pernah berkata kepada isteriku Rosnah yang aku tidak akan ke Mekah bersendirian. Aku akan pastikan yang isteriku berada berasamaku. Aku lebih tenteram bersama isteri.
Setelah selesai sesi taklimat, kami ke sesi jamuan pula dan itulah rezeki kami. kelihatan mee kari, roti jala dan kuih muih yang membuka selera. Aku mengambil mee kari. Sambil makan aku terbayang muka isteriku Rosnah. kalaulah dia tahu aku makan mee kari pasti dimarahinya. Nak dijadikan takdir arwah isteriku juga begitu. Jika aku makan saja mee dia akan berdoa macam perli aku semoga lutut aku sihat. Sebabnya ialah kalau aku makan saja mee maka keesokan harinya pasti aku terhincut-hincut. Kataku isteriku Rosnah sedap di mulut sakit di lutut.
Setelah kenyang aku berangkat ketempat kerja. Aku menalipon isteriku menceritakan tentang sesi tadi. " Nah..abang makan mee kari tadi ". Slow saja aku mengatur ayat. " La abang makan mee ka. Ya Allah moga-moga lutut abang ok ". Aku tertawa gelihati bila memikirkan ayat yang sama juga dikeluarkan oleh isteriku. Sebab itulah kadang-kadang fikiran aku cepat melayang bila ada ayat yang dikeluarkan oleh isteriku mempunyai persamaan dengan arwah isteriku. " itu yang abang marah sangat ni. Macam mana depa boleh buat mee ". Sengaja aku buat lawak sikit sebab aku tahu dia pasti melatah. " Tak ada ka makanan lain. Abang makan mee ". " Ada roti jala dan kuih ". Jawab aku sambil ketawa. " Ha..itu yang betoi. Abang tak boleh pisah dengan mee. Semoga abang pulang dari kerja nanti kaki tak terhincut-hincut ". Aku hanya tertawa. " Insyaallah i'm ok ".
No comments:
Post a Comment