Teman-teman

Friday, October 29, 2010

Makan Gado - Gado

Aku memerhati isteriku memegang sebungkus kacang tanah yang telah digoreng. " Nah kacang tu boleh dibuat apa ". Sengaja aku menguji mindanya. Manalah tahu dia cepat menangkap apa yang aku hajati. " Abang nak makan cucur udang ka ". Soal isteriku. Aku tersengih sebab umpan aku mengena. Memang dia faham apa yang aku hajati. " Boleh juga sebab lama tak makan. Sekali abang nak buat gado-gado ". Kebetulan kangkung tumbuh segar dibelakang rumah makan bertambah selera nak makan.

Sementara isteri aku membuat cucur dan kuah kacang, aku kebelakang memetik kangkung. Dah terbayang dimata rupa gado-gado atau dalam bahasa jawanya disebut pecal. Selalunya gado-gado dimasukkan kangkung, kacang panjang, taukua dan lain -lain. Aku tak berani makan kacang panjang sebab ini akan membuat aku sedap dimulut tapi sakit dilutut.


Ini saja yang mampu aku makan. Biar tak banyak janji kangkung dan cucur ada sudah memadai bagi aku. Bila isteri hidang diatas meja, aku semacam tak makan seminggu terus menyambar. Memang rasanya begitu enak. Sudah berapa kali aku menambah. isteriku tersenyum sambil menggekleng kepala melihat kerakusan aku makan gado-gado. Bila kami sudah berpindah mungkin tak dapat suasana kangkung dtanam dibelakang rumah.

Kuah kacang ni banyak kegunaanya. Selain gado-gado boleh juga dibuat pasembor. Potong timun dan sengkuang sudah boleh dinamakan pasembor. " Esok Nah beli salad untuk dimakan bersama kuah kacang ". Hai bertambah naik berat badan aku setiap kali timbang bak kata doktor, " Ariff you are putting your weight ". Hai sekali sekala. Petang ni aku nak joging bersama isteri menaiki bukit yang tidaklah tinggi.

8 comments:

Syahazli said...

Sakit lutut???!?!........ada gout ka?!?!....saya pun tak makan kacang panjang, memang cepat menangkap sendi especially untuk orang yang ada gout macma saya nih.

Ariff Budiman said...

Saya sakit lutut akibat aktiviti lasak. Doktor nak buat operation untuk mencantum tulang yang terkeluar. Ala tulang tua. Cuma saya dok pertahan. Angin dah masuk dalam jadi kalau makan benda-benda macam ni menangkap la dia

bearcat said...

Alamak...esok nak buat gado-gado jugaklah...kecuq ayaq liuq tengok.

Ariff Budiman said...

bearcat..sedap la G oii. Pakjang makan bertambah

Marina Monroe said...

Aduh, kacang panjang tak makan, kuah kacang gado2 makan?? Category yang sama kan?? Tapi memang x tahan tengok gambar tuh, terliur kita kat sini..
he he he

Insan Marhaen said...

makan gado gado jangan sampai bergadoh.
makan pasembor jangan sampai tersembor.

hik... IM rindu kat Muhajjir. bebaru ni tengok gambar WN dok ralit katuk bonggo. senyum sendirian. dan pilu...

Ariff Budiman said...

marina monroe..Senang dicari bahan, senang dibuat dan senang dimakan. sakit belakang kira

Ariff Budiman said...

Insan marhein..Begitu pantas masa berlalu. Bila nak siar dalam blog IM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...