Teman-teman

Monday, October 25, 2010

Dayus Lelaki Bersikap Begitu

Sudah 13 jam aku bertugas dari 24 jam. Entah kenapa perut asyik meragam kelaparan. Aku mengambil keputusan untuk keluar membeli makanan. Ditakdirkan jalan yang aku lalui ada pasar malam jadi jenuh la mata memilih beraneka jenis makanan. Dalam banyak makanan dijual, aku hanya terpikat kepada satay. Setelah membeli sebanyak 10 cucuk aku pulang semula ketempat kerja. Aku berhenti di lampu isyarat. Selang 3 biji kereta aku melihat pasangan sedang bertengkar didalam kereta. Silelaki kelihatan menunjuk-nunjuk jari kearah pasangannya. Namun pasangannya hanya mendiamkan diri.

Dalam hati aku berkata lantak kau orang la nak bergaduh. Lampu menyala hijau. Kereta itu terus memecut. Tiba-tiba kereta berhenti lalu keluar silelaki menuju kepintu pasangannya. Dibukanya pintu lalu diheret keluar lalu menampar dan menendang pasangannya. Pasangannya yang bertudung hanya mampu menahan kesakitan. Entah kenapa secara automatik aku terdetik berdoa agar Allah melumpuhkan kaki lelaki itu. Aku tidak dapat berbuat apa-apa. Uniformku membataskan segalanya. Kalau aku berhenti dan menegur tentu akan berlaku ketegangan dan akhirnya mungkin insiden lain yang akan berlaku.

Padaku memang lelaki begini dayus orangnya. Pasti mereka merupakan pasangan suami isteri. kalau kekasih sudah pastinya diberhentinya kereta lalu memujuk akan kekasihnya. " Jangan begini sayang. Marilah kita selesai masalah ini bersama ". Kalau adik atau anaknya diperlakukan begini bagaimana perasaannya. Aku cerita kepada isteri apa yang terjadi dan sumpahku. " Abang sumpah macam tu dekat dia. Kalau betullah Allah makbulkan doa abang macam mana ". Isteri aku meluahkan kerisauannya. " Entahlah abang pun secara tiba-tiba berdoa macam tu. Allah berikan kaki kepada kita bukan untuk menendang mereka yang banyak berjasa kepada seorang lelaki yang bergelar suami ". Terdiam isteriku mendengar akan kata-kataku.

Aku pun sehingga sekarang masih belum menarik kembali doaku. Walaupun aku pun jenis lelaki kasar yang pernah suatu ketika mempunyai sikap panas baran tetapi belum pernah terlintas dihati nak melakukan begitu. Rugilah manusia yang dianugerah panca indera menggunakannya untuk memuaskan hatinya. Berbincang merupakan jalan yang terbaik. Mengapa memilih jalan yang singkat. Fikir-fikirkanlah

5 comments:

Insan Marhaen said...

ye lah.. IM pun tak faham jenis lelaki gitu.

IM pernah jumpa pasangan naik motor tiba-tiba berhenti. si lelaki buka helmetnya dan mengetuk kepala pasangannya. bergaduh mereka bedua di tepi jalan.

ish...

Ariff Budiman said...

Ni yang dinamakan spesis tak guna

kapten said...
This comment has been removed by the author.
kapten said...

ermmm memang wujud lelaki rupanya lelaki mcm tue...ingtkan tak..ingtkan hanya wujud dalam watak2 novel jer. abg diman baca paper metro? suami yg kencing dekat muka isteri dia....moga2 saya dijauhkan dari sifat2 lelaki dayus.....

Ariff Budiman said...

kapten..Saya baca Metro tu. isteri saya menangis bila membacanya. Semoga mereka yang bergelar lelaki seperti spesis ini mendapat hidayah dari Allah. Cuba renungkan kembali semasa ijab kabul kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...