Teman-teman

Sunday, October 17, 2010

Bila Hati Sudah Tertawan

Tatkala isteriku pulang dari berniaga, aku melihat wajahnya menampakkan kemuraman. Aku terus kedapur dan buatkan air kosong bagi menghilang dahaga dan keletihan. Setelah duduk berehat dia pun memulakan ceritanya. katanya ada seorang lelaki yang amat aku kenali dan dan berumur dalam linkungan umur yang sama berjumpa dengan isteriku. Terus dia bertanya isteriku andaikata anak gadisnya yang menolongnya digerai sudah ada yang punya. Dalam kehairanan isteriku bertanya untuk siapakah gerangan orang sudah tertawan dengan anak gadisnya. Katanya untuk dirinya. Katanya lagi dia nak mengikat tali pertunangan dengan anak gadis kami.

Aku yang mendengar beristighfar panjang. Sudah mempunyai 2 orang isteri dan masih mencari lagi untuk menambahkan kuota. Sepatutnya dalam umur begini perbanyakkanlah amal kita bak kata pepatah rumah kata pergi kubur kata mari. Jangan kita mengandaikan yang bila duit sudah banyak, kita boleh membeli apa saja. Aku masih ingat ketika baru berumahtangga dengan isteriku, dia menceritakan yang pernah suatu hari ketika dia memasuki keretanya setelah membeli barangan dipasar, tiba-tiba pintu kereta dibuka. Tergamam isteriku bila orang yang berada disebelahnya yang amat dikenali merayunya agar menerimanya untuk dijadikan isteri kedua. katanya, "Siang dan malam saya tak boleh pejamkan mata. Asyik dok teringat dekat Rosnah saja ". Kini bila aku berjumpa dengan orang itu dia pasti menundukkan mukanya. Mungkin malu andaikata aku sudah mengetahui akan rahsianya. Kalau program masjid dia lah menonjol.

Aku tersengih mendengar cerita isteriku. Patutlah bila selesai aku diijab kabulkan, kakak dan abang ipar mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima adik mereka. Mereka tahu yang kehidupan adik mereka diselubungi dengan dugaan. Kini sudah ada orang yang mengambil berat akan adik mereka. Dalam bergurau aku berkata kepada isteriku, " Kira abang ni bertuahlah. dalam banyak orang yang mengimpikan Nah, abang yang tersangkut ". Malu isteriku bila aku berkata demikian. Pernah arwah Siti Aishah menceritakan yang ramai kaum wanita merasa marah kepada suami mereka kerana asyik makan roti canai dan nan digerai isteriku. Berkata arwah isteriku, " Mengapa dimarahi kepada kak Rosnah. Dia mencari rezeki yang halal ".

Walaupun aku seorang lelaki, aku sendiri tidak mengerti akan jenis apa bila lelaki yang suka menambah calun isteri. Marah isteriku semasa menceritakan peristiwa itu. " Tu nak kahwin kerana nafsu bang. Bukannya apa ". Memang betul apa yang telah diperkatakan oleh isteriku. kedua-dua isterinya amat cantik dan mempunyai ketrampilan. Apa lagi yang dicarinya. Setiap kali bila bertemu dengan isteriku dia pasti bertanya, " Rosnah bahagiakah dengan Budiman ". " Dia tak bahagiakah dah ada dua isteri yang cantik ". Isteriku menamatkan ceritanya dan terus kedapur untuk memasak pula. Sekali sekala kena dengar juga luahan hati seorang isteri.

6 comments:

Insan Marhaen said...

heh..heh.. tak ada ke wanita bertanya WN, bahagiakah berkahwin dengan R?

Ariff Budiman said...

Ada IM. Emak saya. Budiman bahagia ke dengan R. Alhamdulillah mak bahagia

mokjadeandell said...

en.Arif
berwaspadalah pada insan insan macam itu kerana kadang kadang kehendak mengatasi segala galanya.Kasihan saya pada anak anda jika itu yang terjadi.Mohon dihindarkan .

Ariff Budiman said...

mokjadeandell.. Terima kasih diatas nasihat yang diberikan. Insyallah kami akan lebih berhati-hati

luahfikiran said...

SALAM,
ADA ORANG TU, HOBINYA MENAMBAH BINI ! BAGAIMANA AGAKNYA, KALAU DIA NI ADA ANAK PEREMPUAN DAN PAK HAJI AHMAD MASUK MEMINANG ANAKNYA UTK DIJADIKAN ISTERI NO. 3? DIA SETUJU TAK MENERIMA PINANGAN PAK HAJI TADI?

LF BERI CONTOH DI ATAS KERANA ADA ORANG TU BILA KENA DIRI SENDIRI, BARU NAK FIKIR PANJANG

Ariff Budiman said...

luahfikiran..Betul tuan. Kalau kena dekat keluarga sendiri baru tahu nak menilainya. Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...