Teman-teman

Wednesday, October 20, 2010

Manusia Hanya Mampu Merancang

Ketika aku berada dirumahku, jantungku bergerak begitu pantas sekali. Naluriku berkata mungkin ada perkhabaran berita yang aku akan terima. Begitulah yang selalu aku hadapi tatkala akan berlaku sesuatu. Aku tidak lama berada dirumahku. Aku bergegas pulang kerumah isteriku yang setahun lebih aku bersamanya. Setibanya dirumah seperti yang telah aku jangkakan kelihatan 3 orang sedang berbicara sesuatu dengan isteriku. Setelah bersalaman dengan mereka, aku diberitahu yang rumah yang aku duduki selama ini akan dihuni kembali oleh anak tuan rumah dan ini bermakna kami terpaksa mencari alternatif lain. Dari maklumat isteriku rumah yang mereka telah diami kini telah menjangkau 16 tahun semasa arwah suaminya masih ada.

Terdiam aku sambil memikirkan bagaimana disaat ini aku terpaksa mencari rumah baru untuk diduduki. Tak ku sangka yang aku terpaksa menghadapi saat ini. Ketika aku bersama dengan arwah Siti Aishah kami dapat membeli sebuah rumah yang tidaklah sehebat mana. Aku berkata kepada arwah isteriku, " Siti inilah harta yang dapat abang beri kepada Siti dan anak-anak. Jikalau abang tiada jagalah rumah ini dengan baik ". " Terima kasih bang. Insyaallah bang kita akan menjaganya bersama ". Ucapan terima kasih dari arwah Siti Aishah membuat hati aku begitu bersyukur. Siti Aishah tidak cerewet akan keadaan rumah. Rupanya aku bermimpi disiang hari. Siti Aishah tidak sempat untuk terus memiliki rumah kami. Namun aku menyakini yang Siti Aishah telah mendapat rumahnya yang amat mulia disisi Allah swt.

" Nah sama-samalah kita berdoa agar Allah permudahkan kita membeli rumah baru ". Aku beritahu pada isteriku. Aku amat terkesan dengan peristiwa ini. Tak kusangka diumur begini aku masih lagi bergelut mencari tempat dari hujan dan panas mentari. Melihat aku termenung memikirkan hal rumah, isteriku merapatiku. " Sabarlah bang. Nah sudah merasai banyak kali. Semasa hidup bersama arwah suami. Sudah berapa kali kami berpindah randah ". Aku melihat airmata bergenang dikelopak matanya. Memang benar akan kata-kata isteriku. Aku begitu menyanjunginya disebabkan kesabaran yang telah ditempuhinya berbanding aku.

Tatkala arwah suaminya meninggal, anak-anaknya masih kecil. Terlalu awal untuk berpisah dengan ayah mereka. Namun semangat seorang ibu amat kuat demi untuk membesarkan anak-anaknya. Aku pernah melihat bagaimana isteriku ketika itu menarik beg yang dipenuhi dengan tepong kekedai untuk berniaga. Namun aku tidak dapat melakukan apa-apa sebab ketika itu aku bersama Siti Aishah. Hanya perkataan kesihan yang mampu keluar dari mulut aku. Setelah bertahun lamanya dia bersabar dengan dugaan yang Allah berikan akhirnya dia masih mampu berdiri megah setelah menongkah arus cabaran hidup. Sudah berapa kali mereka yang bersimpati dengannya ingin mengambilnya sebagai calun isteri. Namun ditolaknya dengan baik atas alasan tidak layak dan anak-anak masih kecil.

Aku belajar bersabar setelah mengetahui bahawa isteriku lebih menderita hidupnya ketika diuji. Namun dia menerima ujian itu tanpa sangkaan buruk terhadap Allah. Diraut wajahnya tidak mengambarkan dia mempunyai masalah. Padaku dialah wanita contoh dan aku begitu bersyukur mendapat isteri setabah dirinya. Abang kagum padamu isteriku Rosnah.... Inilah anugerah kedua Allah berikan kepada abang.

8 comments:

hrusli61 said...

Begitulah hidup ini ada siang dan malamnya.

Namun waktu malam itu ada pula hikmahnya.

Banyakan bermunajat kepada Allah SWT.

Masih ingatkah senikata nasyid MUNAJAT yang disampaikan oleh Nada Murni.

pB said...

salam


Semoga dipermudahkan segala urusan

ummiyati said...

Mudah-mudahan dipermudahkan Allah. Hidup ini penuh dengan kejutan-kejutan.

Ariff Budiman said...

hrusli61...Terima kasih diatas nasihat yang cikgu berikan

Ariff Budiman said...

pB..Mudah-Mudahan Allah permudahkan. Terima kasih

Ariff Budiman said...

ummiyati...Memang hidup ini kita tidak dapat menjangkakannya

Insan Marhaen said...

dugaan lebih berat dari ini pernah ditempuh dengan jaya. setakat pindah rumah mungkin ada hikmahnya. dapat rumah baru mungkin boleh mulakan hidup baru yang nutral sejarah silamnya. yang tidak ada kenangan hiba...

Ariff Budiman said...

Insan Marhein..Betoi mungkin ada hikmahnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...