Teman-teman

Tuesday, March 22, 2011

Haruskah Aku Berbohong Demi Bangsa

Cuaca kelihatan mendung. Awan tebal sedang bergerak menutupi bukit. Ini menandakan yang hujan akan turun pada bila-bila masa. Entah kenapa perut pula terasa lapar. Baru aku menyedari tengahari tadi aku menjamah nasi begitu sedikit sekali. kadang-kadang isteriku menegur kerana aku makan terlalu sedikit. Kalau dulu memang aku makan sungguh berselera. Aku sendiri pun tidak mengerti mengapa aku jadi begini. Aku makan hanya bila terasa lapar dan aku berhenti sebelum kenyang. Berat badan aku menurun sehinggakan seluar terpaksa diperkecilkan

" Abang nampak slim berbanding dulu masa kita kahwin ". Puji isteriku.
" Ya ka. Nah nak makan apa abang nak belanja. Hari ini ada pasar malam ". Aku sudah termakan dek pujian isteriku.
" Abang beli nasi kerabu dan kita share dua orang ". Begitulah selalu kalau dibeli nasi kami beli hanya sebungkus saja dan ditambah lebih nasi. Dalam bungkusan itulah juga kami makan bersama. Kadang-kadang terasa semacam ada perebutan. Memang indah sekali.

Terasa hujan sudah menyapa tanganku ketika aku keluar kepasar malam. Harap-harap sempat aku beli memandangkan pasar malam berada dibelakang rumahku. Kenderaan bergerak perlahan menyebabkan jalan kepasar malam sedikit sesak. Sebuah kereta Kembara memberi lampu signal ingin membelok kekiri. Sebuah kereta proton Wira yang dipandu seorang wanita cina mengikuti dari belakang dan aku berada di belakang kereta wira tersebut.

Kereta wira terus membelok kekanan memandangkan kembara telah memberi lampu signal kekiri. Tiba-tiba kereta kembara terus masuk kekanan dan apalagi berlakulah perlanggaran. Sambil tergesa-gesa keluar dari kereta kembara, seorang wanita melayu bertudung terus menyanggah wanita cina yang kelihatan tenang.

" You tak nampak ke i nak masuk kanan. Sabar la sikit ". Sambil bercekak pinggang memarahi wanita cina yang kelihatan tenang. Mungkin wanita cina itu risau juga sebab kawasan itu adalah kawasan penempatan orang melayu.

" Sorry..you bagi signal kekiri tadi jadi i masuk kekanan le. Kenapa you masuk kanan ". lembut saja wanita cina memberi penjelasan. Aku hanya memerhati saja gelagat mereka.

" Sepatutnya you kena perlahan kenderaan dan biar i masuk dulu baru you masuk. You yang salah tau ". Garang sungguh wanita melayu bertudung seolah-olahnya dia yang betul.

" Kakak..sebenarnya kakak yang salah. Kakak yang bagi signal kekiri. Saya pun nampak ".
Aku membetulkan keadaan walaupun aku tahu yang aku tolong itu bukan orang melayu tetapi bangsa cina.

" So how kakak. You nak settle ke atau nak repot polis ". Tanya wanita cina tersebut.
" Ala settle la kakak. Kakak yang salah lagipun kereta dia kena bukanlah teruk sangat ". Aku seolah-olahnya pegawai polis yang memberi arahan. Akhirnya wanita melayu tersebut akur dan memberi contact number untuk urusan claim. Setelah wanita cina mengucapkan terima kasih kepadaku kerana menolongnya dia berlalu pergi. Aku terus memandang wanita melayu pula. Masam mukanya memandang aku.

" Ingatkan nak tolong bangsa sendiri. Ni pi tolong cina pula ". Marah betul dia padaku.
" Sebenarnya kak..Islam itu bukan untuk melayu. Ia merupakan rahmat untuk semua orang. Kalaulah dinegara kita mengamalkan undang-undang islam, orang bukan islam tidak akan merasa takut berada dibawah undang-undang islam. Orang bukan islam akan mendapat pembelaan yang adil ". Aku menjelaskan pada orang yang sedang kemaruk marahnya.

" Pergi mampus dengan undang-undang awak ". Semakin marah dia padaku yang memberi tazkirah.

" Kak..sebenarnya undang-undang islam tidak pernah mampus. Yang akan mampus ialah kakak sendiri. Kakak sedar tak kakak mempersendakan siapa hanya kerana saya tolong orang cina. Kalau kakak tak sedar apa yang kakak cakap semoga Allah maafkan. Kalau kakak sengaja cakap harap-harapnya semasa memandu kakak tak masuk longkang ".

Akhirnya dalam lembut aku hentam dia. Apalagi berdentum bunyi pintu ditutup dan terus pergi. Akhirnya dia juga yang tak ke pasar malam. Seperti biasa aku memilih ikan goreng dan cabai yang disumbat ikan. Memang sedaplah. Ketika aku pulang hujan turun dengan lebatnya. Sambil makan sambil aku cerita insiden yang terjadi.

" Abang ni bagi tazkirah salah tempat ler. Orang tengah marah mana nak dengar. Abang ni selalu ada saja cerita lucu ". ". Ketawa isteriku mendengar cerita aku. Ya la sambil makan kalau tak berborak mana ada seronoknya kan kan...

6 comments:

Halle said...

U r really a great man...

Ridzuan Harun said...

Alhamdulillah dan syabas. Kita adalah da'i walau dimana kita berada. Kalau tunggu kakak tu tenang baru nak beri peringatan lembut tu maka alamat terlepaslah kerana dia pun dah entah kemana.

Hajjah Noraini @Nanie said...

Orang tengah marah, nasihat akan di ambil seperti mencurah air di daun keladi..

Murni Alfathunnisa said...

sedapnya nasi kerabu...teringin dah, nak pi cari tang mana ni....huhu

DarkKnight said...

yes, you are a great man indeed!

Ariff Budiman said...

Salam semua. Sebenarnya aku malu bila ada yang mengatakan yang aku a great man. Sebenarnya Allah is great. Aku dan sesiapa saja hanyalah seorang individu muslim yang menjalankan tanggungjawab yang akan dipersoalkan diakhirat kelak. Terima kasih kepada semua yang memberi komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...