Teman-teman

Friday, March 11, 2011

Usaha Menyelamat

Setelah aku pulang dari gerai isteri aku, aku melalui perkuburan cina. Kelihatan begitu ramai orang sedang menyakikan sesuatu. Apalagi bergegas aku kesana untuk mendapatkan berita. Blogger katakan. Seekor lembu telah terjatuh didalam longkang. Pasukan dari Pertahanan Awam akhirnya terpaksa memanggil pasukan bomba.

Entah lembu siapa yang terjatuh. masing-masing geleng kepala bila ditanya. tak berani la tu

Orang ramai memnuhi ditempat kejadian untuk menyaksikan usaha menyelamat. bas dan kereta memperlahankan kenderaan masing untuk memastikan apa sebenarnya berlaku. begitu ramai wartawan seperti aku mengambil gambar. Aku bagaikan seorang wartawan professional berdiri diatas beam longkang untuk mengambil gambar yang baik. Kalaulah aku juga terjatuh entahlah. Terpaksa bertembung dengan lembu yang panik.

Datang pasukan Bomba untuk membantu

Pasukan bomba terpaksa menggunakan penyedut air untuk mengikat lembu. Selepas penyedut diikat kebadan lembu akhirnya lembu ditarik dengan menggunakan kekuatan tenaga manusia. Ramai yang membantu. Tercungap-cungap lembu.

Terpaksa menggunakan penyedut air untuk menarik lembu

Akhirnya berjaya juga lembu ditarik keatas. Terkangkang lembu kepenatan. Setelah mendapat kembali tenaga terus dengan bingkas dia berlari tanpa menoleh kiri dan kanan menyeberangi jalan. kereta terpaksa brek kecemasan. pasukan bomba mengejar lembu tadi. Tapi kenapa. Lembu ka dah selamat. Ya la betul tapi dilehernya masih lagi tersangkut tali penyedut air sewaktu melarikan diri.

lembu sedang ditarik naik keatas

Orang ramai gelihati melihat lembu membawa lari tali terus keatas bukit perkuburan cina. Hairan juga tali itu pun masih tersangkut dan tidak jatuh. Semasa aku pulang pasukan bomba masih lagi mendaki bukit untuk mendapatkan kembali tali mereka. Tahniah kepada pasukan Bomba kerana tugas anda begitu mulia. Mungkin lembu pun berdoa cara dia kerana terselamat. Aku terus pulang dan upload berita terkini untuk tatapan pembaca sekelian. layan saja lah. Berita fresh lagi. Surat khabar tak masuk lagi ni.

Akhirnya berjaya juga misi menyelamat lembu yang terjatuh

8 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Lembu tak bertuan? Boleh saja di sembelih dan di kendurikan..he he he

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Ya ya dah tak mau mengaku sembelih saja baru terketar-ketar tuan dia.

Unknown said...

Dalam byk2 badan beruniform di malaysia ni..sy paling respect & tabik pd bomba...sb bkn shj bila ada kebakaran & kemalangan khidmat diorang diperlukan...lembu terjatuh longkang pun dorang yg bertungkus-lumus menyelamatkan....hehehee

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Bener dan tepat sekali

kapten said...

best abg diman citer....

hentian said...

hai lembu... nasib baik kau hari ini yaer..

Ariff Budiman said...

kapten..betul ke best cerita ni. Tak sangka i

Ariff Budiman said...

Insan marhaen..Isteriku berkata bila menatap gambar. " nasib baik abang tak jatuh sekali dengan lembu. Tentu bomba buat benda yang sama dkt abang ".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...