Teman-teman

Friday, April 15, 2011

Why Why..

Aku bertugas malam. Entah kenapa pagi-pagi lagi sebelum isteriku kegerai dia menalipon aku.
" Abang... macam mana lutut abang. Sakit lagi tak ". Hairan juga aku kenapa dia bertanya sebab semenjak aku bertugas malam belum pernah dia menalipon aku seawal pagi.
" lutut abang orait. Alhamdulillah. Baik-baik saja ibu ". Sambil menanti jawapan seterusnya.
" Tengahari ini Nah tak mau makan nasi. Customer complain kata badan sudah gemuk semenjak kahwin ". Bertambah hairan aku pula apa kena mengena pula dengan lututku.
" Alhamdulillah..itu tanda abang bagi makan cukup ". Kataku sambil tertawa.
" Abang nak makan apa. Tengahari ini Nah nak beli ". kata isteriku
" Macam nilah. Kalau Nah tak mau makan tak payah beli. Abang masak sambal tumis telur sudah cukup. Nasi ada lagi ". Confident aku padahal mata mengantuk. Boleh ka aku masak.

" Malam ni kalau lutut abang tak sakit Nah nak buat Mee Udang ". Ternganga mulutku bila mendengar mee udang kesukaanku. Terus aku setuju. Sebelum aku melelapkan mata, aku goreng telur dan selepas itu aku menumis cabai untuk dibuat sambal tumis telur. Akhirnya berjaya juga mencipta sambal tumis telur buatan sendiri. Entah sedap ke tidak. Kalau aku punya taste memang A aku beri markah. Bila isteriku pulang dari gerai aku meminta dia merasa sambal tumis telur. " Pandainya abang masak. Sedap. Boleh masuk jaguh kampong seperti dalam astro ". Waduh semacam mahu pengsan aku dipuji begini. Walau bagaimana sedap sekali pun aku makan. Ia tetap tidak bertambah. Cukuplah. Berhenti sebelum kenyang.

Sebelum waktu maghrib isteriku pula begitu sibuk di dapur. Sekejap-sekelap aku kedapur untuk melihat apa perkembangan mee udang. Selepas maghrib akhirnya isteriku membawa semangkuk mee udang. Apalagi aku makan tak menoleh. kata orang kalau mertua lalu belakang pun tak nampak. Betullah tu. Kenapa lalu dibelakang. lalu la di depan baru menantu nampak.
" Macam mana mee udang Nah. Sedap tak tapi tak sama macam Aishah masak ". Tanya isteriku menanti jawapan.
" Mee udang Nah amat sedap. Sekarang ni abang hidup bersama Nah. Jadi apa yang Nah masak memang sedap. Masa abang dengan Aishah sudah berlalu dan ada sejarahnya. Kini masa abang dengan Nah. Insyallah apa yang Nah masak bagi abang memang sedap. Tak ada cacat celanya ". Takut juga kalau selama ini dia terlalu merendah diri padahal dia masak pun sedap juga. Masing-masing ada keistimewaannya.

Time aku tengah sedap makan, isteriku mengambil gambar. katanya untuk dimasukkan kedalam blog. " Apa nama blog abang. Nah nak baca cerita abang ". Tersentot aku bila dia bertanya lagi sambil tersenyum. Tu la yang gambar diambil aku tersenyum. Jemputlah makan semua.

8 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Alhamdulillah...Tima Kasih pelawa makan mee udang....sedap tuhh..

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Boleh pelawa saja. Memang sedap sehingga sakit lutut kembali.

Kakcik Seroja said...

Sedapnya. Alhamdulillah. :)

Ariff Budiman said...

kakcik..Jemput ler rasa

Bearcat said...

amboi sedapnya...tak jemput pun :-)

hentian said...

kalau IM la, ibu_suri kata nak baca blog IM, mee udang tu tetibanya tak ada rasa apa-apa...

Ariff Budiman said...

bearcat...Insyaallah nanti buat lain. Kita pakat share adik beradik sorang sikit. He he

Ariff Budiman said...

Insan Marhein..betul 3x. WN pun tak boleh nak telan bila isteri tanya nama blog.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...