Teman-teman

Saturday, April 16, 2011

Lakukanlah. Semoga Allah Membantu

Disebabkan kekerapan menggunakan motosikal membelah jambatan Pulau Pinang maka
cepatlah kepincangan yang berlaku kepada motosikalku. Rantai bagaikan hendak putus dibuatnya. Risau juga andaikata berlaku sesuatu ditengah malam. Terpaksalah aku hantar servis dikedai pomen. Bila sampai tauke kedai motor dah senyum menyambut pelanggan.
" Tauke you tukar minyak, rantai dan brek " . Beritahu kepada tauke motor.
" OK no problem tapi i nak kasi tau sama you. Sekarang harga barang semua sudah naik. Ini semua sebab kes kastam rasuah ler ". Kata tauke kedai motor yang buat kepala aku pening.

" Apa kena mengena kastam dengan kenaikan harga barang ". Aku bertanya
" Itu kastam kasi masuk barang murah dan dijual dengan harga mahal. Tapi tak ada kualiti ". kata tauke kedai yang membuat aku lebih pening kepala.
" You mau rantai macam mana. Ada 3 jenis '. Kata tauke kedai dan aku bertanya apa jenisnya.
" 1. Rantai jenis murah. 2. Rantai jenis sederhana 3. Rantai ori ". Bersemangat penerangan dari tauke kedai. Akhirnya aku memilih rantai yang sederhana.

Itu bukan persoalannya. Yang ingin aku coretkan ialah betapa pentingnya sifat Intergriti atau amanah yang perlu diterapkan. Tidak kiralah dalam bidang kerja apa sekali pun . Dalam surah Al Baqarah ayat 188, Allah telah beritahu, " Janganlah kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil ". Sekarang ni rasuah semakin menjadi-jadi. Kadang-kadang bila aku menyelia kontrak, mereka minta nak pulang awal. Di hulurnya RM20. Kata mereka untuk minum kopi. Hai tak kanlah kopi sampai RM20. Aku cakap kalau ada hal nak pulang awal beritahu saja dan tak payah hulurkan wang. Tersipu-sipu malu. Esoknya mereka belikan aku sebungkus kopi tanda terima kasih. Terpaksa minum juga.

Jumaat kelmarin yang buatkan hati aku benar-benar terbakar. Seorang kepala kontrak berkata kepada anak buah dia.
" Lu orang keluar makan dan masuk balik 12.30 tengahari ". Sambil bercekak pinggang.
" Tapi hari ini Jumaat boss. kami mau sembahyang dulu " kata seorang pekerja Indonesia.
" Tarak-tarak. I'm your boss now. Masuk pukul 12.30 tgh. Tak ada sembahyang ". Sambil berjalan menekan nombor talipon bimbitnya. Aku dah mendidih. Dalam hati aku berkata " Nanti sat hang. Sat lagi hang dapat dengan aku ".

" Bapak macam mana kami mahu pergi solat. Sudah berapa kali kami tidak syolat Jumaat ". Kata seorang pekerja Indonesia yang membuatkan aku hampir-hampir mengalir airmata. Walaupun kerjanya berat namun bab solat amat di titik beratkan.
" Insyaallah bapak jangan risau. Kita akan pergi solat. Nanti saya ikhtiarkan ". Aku memberi pengharapan kepada mereka. Nampak ceria pada wajah mereka. Jam menghampiri pukul 1 petang. Aku memanggil kepala kontrak agar datang kepadaku dihadapan pekerjanya.
" Ok saya akan pergi sembahyang Jumaat dari pukul 1 hingga 2.30 petang. Jadi you all tak boleh kerja sehingga saya masuk kembali ". Aku melihat kepala kontrak dah tak senang duduk.

" Boss i punya time makan 12.30 kena masuk. Tak apa ka time you sembahyang i punya pekerja buat kerja ". Tanya kepala kontrak.
" No no no. Kalau i tak ada, tak ada siapa yang boleh kerja. kalau jadi apa-apa hal saya yang akan bertanggung jawab. Jadi saya tak mahu menanggung risiko tu ". Serius aku bercakap.
" Ok ok kalau macam itu kalau siapa mau sembahyang boleh pergi. make sure 2.30 you orang masuk kerja ". Kata kepala kontrak kepada pekerjanya.
" Bapak terima kasih sebab pertolongan bapak kami semua boleh sembahyang ". Ucap pekerja kontrak kepadaku.
" Tak tak bukan saya yang tolong tapi Allah yang merancang semua itu ". Aku cuba membetulkan keadaan. Aku melihat kepala kontrak semacam tak puas hati dengan aku. Aku terus pergi kepadanya.

" You kena pandai adjust masa. You pun tau kan yang hari Jumaat orang islam kena sembahyang, you adjust la time makan dia orang. Sekarang you tengok dia orang banyak suka sebab boleh pergi sembahyang. Lepas sembahyang dia orang akan berdoa minta tuhan Ala kasi rezeki. Bila tuhan Ala kasi rezeki sama dia orang sudah tentu you punya company untung sebab dia orang kerja sama you. Lagi satu kalau dia orang mau sembahyang pukul 1 dan pukul 4, you suruhlah dia orang sembahyang satu-satu. Jangan sembahyang semua sekali. Selesai seorang pergi seorang. Dia orang pun suka you punya kerja pun jalan. Betul tak ". Panjang lebar aku beri penerangan. kalau dia tak suka pun dia terpaksa dengar sebab apa-apa yang berlaku sudah pasti aku yang di cari.

" Betul-betul boss kata you. I silap. Banyak thank you. Jom kita makan. I belanja you ". Aku tersengih mendengar ajakan itu dan akhirnya aku menolak dengan alasan nak pergi sembahyang Jumaat. Kadang-kadang non muslim ni tidak faham kalau kita sendiri tidak berusaha untuk memahamkan dia. Berdasarkan hadis nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari, dari Abdullah ibn Amru ibn Al-Ash, Rasulullah saw bersabda, " Sampaikan dariku walau satu ayat ".Kalau dapat peluang lakukanlah. Allah membantu kita.

4 comments:

hentian said...

itu boleh kira dah berdakwah dah tu... banyak pahala WN dapat!

Ariff Budiman said...

Insan marhein..Ya ka itu dah kira dakwah.

Guru said...

Semoga pahala ini dikira dalam timbangan nanti...

Tumpang bangga

Ariff Budiman said...

a kl citizen...Insyaallah cikgu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...