Teman-teman

Wednesday, April 20, 2011

Salah Tu. Perbetulkan Balik

Aku membuka peti surat dirumah pertamaku. Inilah rumah hasil perkongsian hidup aku bersama arwah Siti Aishah. Banyak sungguh surat menyurat. Aku membawa pulang kerumah keduaku. Terkejut isteriku bila melihat begitu banyak bil. Bil api, bil air, cukai tafsiran, indah water, bil talipon dan bermacam-macam bil. Aku membuka satu sampul surat yang amat penting sekali. Tak lain dan tak bukan surat cukai pendapatan. Terpaksa juga aku kena bayar cukai sebanyak RM800. Banyak tu.

" Macam nilah Nah. Abang terpaksa menyara 2 rumah dan 2 bini ". Kataku berseloroh. Tapi apa kena mengena dengan 2 bini pula.
" Aii...pembetulan bang. Sebenarnya 2 rumah 1 bini. Dari mana datangnya satu lagi". kata isteriku sambil tersenyum.
" kenapa. Nah tak suka ka abang kawin lain ". Kataku lagi dengan nada bergurau walaupun aku tahu perkataan itu amat sensitif bagi golongan wanita.
" Nah tak rela abang kahwin lain ". Sambil menggelengkan kepala. Mukanya nampak serius juga.

Cepat-cepat aku perbetulkan. Takut dek hanya bergurau akan melarut berpanjangan.
" Cukuplah abang mempunyai isteri yang baik. Nah merupakan anugerah kedua abang. Kalau abang kahwin lain pun abang tak mampu membahagikan kasih sayang. Kau tetap dihatiku ". Sambil meletakkan tangan didada. Tertawa isteriku dengan gurauanku. Sempat juga aku bergurau sebelum melangkah ke masjid.


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya: “dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. [Al-Rum: 21]

4 comments:

hentian said...

semalam IM dah kena cubit dengan ibu_suri. nantilah IM cerita..

Ariff Budiman said...

Insan Marhein...Cubit sayang tu

iBu...gUru said...

kalau isu sensitif tu.. ibu guru pun tak brapa suka nak dengaq ... kome cakap le sorang2.

Ariff Budiman said...

iBu..gUru..He he betul betul betul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...