Teman-teman

Tuesday, April 19, 2011

Siapa Yang lebih Berakhlak

Sewaktu aku memasuki jambatan Pulau Pinang dari jauh sudah kelihatan awan begitu gelap diseberang. Ini bermakna hujan lebat sudah mulai turun. Aku memecut ketempat perhentian untuk memakai baju hujan. Baju hujan yang jenis seluar dan baju masalah sikit. Kita kena berhenti lalu menyarungnya. Kadang-kadang terketar-ketar bila hujan sudah sampai. kebaikannya baju tidak basah. Kalau yang jenis pakai didepan saja masalahnya kadang-kadang basah juga kesemuanya.

Setelah berhenti di tempat perhentian yang disediakan, aku pun mula memakai seluar dan baju hujan. Seorang lelaki melayu begitu marah sambil memaki hujan yang datang menyusahkannya. Pedih telinga juga aku mendengarnya. Kalau dia merungut seorang diri tak apa. Ini suaranya kuat seolah geram dengan Allah.

Akhirnya lelaki cina sebelah yang turut sama memakai baju hujan berkata, " Mau buat macam mana. Ini semua kerja tuhan. Tak ada hujan kita boleh mampuih ooo ". Ada benarnya kata dari lelaki cina. Pada pandangan aku lelaki cina itu lebih berakhlak dari lelaki yang beragama islam. Kalau hujan tak turun pun tentu ada yang merungut juga. Aku teringat sepotong ayat quran dari surah Al-baqarah ayat 22 yang bermaksud, " Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan dia menurun air ( hujan ) dari langit, lalu dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kamu mengetahui ".

Jadi fikir-fikirkanlah sebelum berkata-kata. Takut kita mengundang kemurkaan Allah. " la in Syakartum, Laa-adziidan Nakum. Wa la in Kafartum Inna Azabi Lasyadiid - Dan ( ingatlah ) tatkala tuhanmu memaklumkan: " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah ( nikmat ) kepadamu, dan jika kamu mengingkari ( nikmatku ) maka sesungguhnya azabku sangat pedih ". Surah Ibrahim ( 14 ) ayat 7

And remember! your Lord caused to be declared (publicly): "If ye are grateful, I will add more (favours) unto you But if ye show ingratitude, truly My punishment is terrible indeed." Abraham - 7

8 comments:

hentian said...

nanti tuhan bagi dia tak hujan-hujan, baru dia tahu...

Ariff Budiman said...

Insan Marhein...Betul betul betul

Kakcik Seroja said...

Manusia kian lupa akan kebaikan yang didatangkan di sebalik apa yang dikatakan keburukan itu!

Ariff Budiman said...

kakcik..betul kakcik. manusia tidak pernah mahu mensyukuri nikmat tuhan. Mereka mengkufuri nikmat tuhan.

Hajjah Noraini @Nanie said...

Akak juga pernah berada di situasi yg sama..ada orang marah2 sebab hujan...
terkejut akak mendengar sorang pompuan cina sambil berkata..
"Manyak susah jadi alah..panas pun olang komplen, hujan olang komplen, kasi mati sama lu baru tau"
Bermakna disini pompuan tuh lagi faham yg Allah yg berkuasa..sempat pulak dia ingatkan kematian juga hak Allah..
Orang tuh terus berlalu lari dalam hutan meninggalkan kami..

Ariff Budiman said...

marina Monroe..Cina tu kalau Allah berikannya hidayah sudah tentu dakwahnya begitu gigih. Saya orang melayu kebanyakkannya Islam Warisan

hrusli61 said...

Sebagai seorang pendakwah Jiman, kita cubalah hampir dia dan guna kebijaksanaan memberi kesedaran. Mungkin hari itu dia ada masalah.

Kita ingatkan Surah Al Asr. Bepesan dengan kebenaran berpesan dengan kesabaran. Baru "HOOLIUW OO"

Ariff Budiman said...

hrusli61..Betul cikgu tapi dengan situasi kelam kabut diatas jambatan memang tak sempat. bagus juga ingatan tu. Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...