________________________________________________________________
Gembiranya hati seorang lelaki apabila dikurniakan seorang isteri
Dia yang akan menjaga makan minumku
Membesarkan anak-anakku dengan didikan agama
Dan yang pasti dia yang akan selalu menemaniku
Itulah Siti Aishah nama yang diberi
Aku bersyukur diatas kurniaan ini Ya Allah
Sememangnya dia penuh dengan kasih sayang
Dia yang selalu menjaga sakitku
Walaupun kadang kala dia sendiri yang kesakitan
Namun aku diutamakannya ibarat menatang minyak yang penuh
Tanggal 18 December 2008 tatkala azan maghrib berkumandang
Dia telah pergi menyahut seruan ilahi untuk selamanya
Akibat tangan-tangan manusia yang dengki serta khianat
Meninggalkan kami yang masih mengharapkan belaiannya
Oh tuhan betapa pilunya hati ini
Betapa siksanya batin ini
Betapa sunyinya hidup ini
Orang yang aku kasihi telah mendahului aku
Aku terpinga-pinga antara mimpi dan kenyataan
Engkau menderita kesakitan
Namun kau masih tetap mengingati Allah
Engkau tidak pernah mengeluh apa yang dihadapi
Aku begitu terharu melihat apa yang engkau tanggung selama ini
Mahu saja aku membalas akan kejahatan
Yang kita terima ini
Tapi Ya Allah aku tak mampu untuk melakukannya
Aku takut aku sendiri akan terpesong
Lantaran untuk memuaskan hati ini
Kakak, adik tabahkan hatimu menghadapi
Saat yang menyedihkan
Buangkan segala dendam dihati
Ibu telah pergi dengan tenang
Lihatlah bagaimana tersenyumnya ibu
Lihatlah begitu ramai yang solat untuk ibu
Ya Allah berikanlah kami kekuatan
Untuk meneruskan kehidupan ini
Kakak, adik ayahlah sebagai ganti ibu
Selagi mana ayah termampu
Walaupun ayah sendiri begitu tersiksa
Begitu merindui ibu
Insyaallah disuatu ketika kita akan dapat
Bersua kembali dengan ibu
Kita akan dapat memegang jari-jari halus ibu
Kita akan dapat memeluk ibu
Kita akan mencium ibu
Kita akan bertemu dengan adik
Kakak, adik kelak kita akan menuntut didepan Allah
Inilah orang yang telah merosakkan
kebahgiaan kita
Inilah orang yang telah membunuh segala harapan kita
Ya Allah kami mohon padaMu. kau berikanlah
Balasan yang setimpal Ya Allah
Tapi yang pasti kakak, adik janganlah
Lupa untuk mendoakan ayah dan ibu
Kami menanti dari doa anak yang soleh
Kerana itulah saja harta kami
Ibu memang insan istimewa
Kerana syurga untuk ibu
3 comments:
Salam..
Sayu je membacanya.. Wonder gak andai saya yg pergi dulu nanti, mcmana agaknya suami saya... Tp one thing for sure, kalau/bila itu berlaku, saya nak suami dan anak2 meneruskan hidup dgn penuh semangat dan keberanian, mcm Sdr Ariff ni.. Berduka bersedih perkara biasa.. Tp hidup perlu diteruskan..
Terimakasih sudi melawat blog saya..
Entah macammana lah mak menghadapi pemergian arwah ayah 15 tahun yang lepas. Sekali pun tidak pernah menunjukkan kesedihan pada kami adik beradik. Namun hakikatnya siapa yang tahu...
Semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh isteri en Ariff dan tempatkan dia bersama-sama orang yang soleh. Yang penting En Ariff harus redha dengan pemergian isteri en Ariff muga2 dia akam masuk ke syurga dari mana2 pintu.
Besar dugaan Allah berikan kepada En Ariff dgn permergian isteri yang di cintai . Tapi itu tanda Allah mengasihi En Ariff. Banyak kan doa dan dekatkan diri kepada Allah s.w.t
Post a Comment