Teman-teman

Tuesday, October 26, 2010

Beli 3 Bang Dapat Free 1

Isteriku mengajak membeli barangan perniagaannya yang telah habis. Pasar yang dibuka sebelah petang memudahkan mereka yang bekerja di waktu pagi. Kebetulan hari tu aku mengambil cuti rehat jadi aku setuju 100% maklum sajalah bukan senang nak dapat kepasar bersama. Kami pusing keliling dan akhirnya isteriku menunjukkan ikan sembilang yang masih lagi hidup. " Abang tak mau dah ikan semilang. Dah jemu makan ". Ketawa isteriku bila sampai tahap jemu aku dengan ikan sembilang. Dulu pantang di panggil aku akan brek mengejut. Akhirnya kami beli ikan siakap untuk dibakar.

Setelah selesai membeli barangan dapur dan perniagaannya kami berangkat pulang. Ketika membuka pintu kereta datang seorang pemuda india lalu membuka begnya. " Bang kereta abang banyak calar. Tengok saya boleh bagi hilang kesan calar ". Disemburnya tempat yang ada kesan calar. Ternyata memang hilang. Pernah aku merungut pada isteri yang kereta aku dipenuhi dengan kesan calar hasil dari kesan kucing yang suka beromen diatas keretaku. Bila kucing dah selesai tiba giliran ayam pula mengambil tempat. kadang-kadang terdapat telor ayam diatas keretaku. Tuan ayam dah pesan kalau bertelor atas kereta makanlah telor tu. Jadi rezeki juga dapat makan telor ayam kampong.

Aku belek tin yang disebur tadi. " Berapa harga dia ". Aku bertanya. " Dekat abang saya RM25 ". kata pemuda india. " Apa RM25. Saya pernah beli sebelum ni harga dia RM10 saja ". Lepas kata aku bisik pada isteri yang aku beli pada tahun 90an. " Macam inilah kalau RM15 saya beli ". Ternganga pemuda india bila aku minta harga begitu. " Oyo bang mana boleh macam tu. Rugilah saya. Macam ini saya kasi sebotol RM20 ". Akhirnya aku menolak secara elok lalu masuk kedalam kereta. Pemuda india mengetuk cermin kereta. Ketika itulah aku teringat sewaktu bersama sepupu nak mengubat ketua gangster. Dia mengajak aku membaca ayat, " Rabbish rahli sadri.....". katanya untuk melancarkan lidah agar tidak terasa takut dan kekok. Setelah selesai aku membaca ayat tersebut aku keluar dari kereta semula.

" Macam ini bang. Abang beli 3 dengan harga RM50 dan saya bagi sebotol free ". Tegaru-garu pemuda india tersebut sambil mengira kembali dalam bahasa tamil. Aku tersenyum kepada isteri. " Boleh la bang. Jadi sebotol harganya RM12.50 ". Kata isteriku. " Ok saya ambil 4 botol dengan harga RM50 ". Sambil mengeluarkan wang. Pemuda india belum mahu menyerah botol tersebut. Dipanggilnya rakannya. Datang pula lagi 2. Sambil 3 orang bercakap isteriku mengajak pergi. Katanya dah nampak pelik. Aku masih berdiam diri dan bertenang. Datang salah seorang dari mereka yang berbadan tegap. " Bang kawan saya silap kira tadi. Sebenarnya 4 botol RM60 bukannya RM50 ".

Akhirnya sekali lagi aku menolak secara lembut. Bukannya aku terlalu inginkan benda itu tapi yang aku tertawan ialah kegunaannya. " Tak apa kalau macam tu saya tak jadi beli. Saya hanya ada RM50 saja. kalau you tak boleh beri harga tu pun saya tak marah ". Lembut sungguh aku mengatur ayat. Pemuda india bercakap-cakap dalam bahasa tamil sesama mereka. Akhirnya, " Ok la bang. Saya jual juga 4 botol RM 50 ". Aku terus memberi wang dan masuk kedalam kereta. Kami melihat pemuda india yang berbadan tegap asyik menampar kepala rakannya. " Depa tersilap kut bang. Sebab tu depa tampar kepala kawan depa ". Aku terus memandu kereta melintasi pemuda india yang memerhati akan kami. : Bukan tersilap tapi untung tak banyak ".

6 comments:

hentian said...

yang untung banyak WN. tapi.... nak buat apa sampai 5 botol?

sedekah kat IM satu pun ok juga... ikram muslimin!

Anonymous said...

lawaklah bang budiman..

saya nak tanya sikit bang bolehkah kita gunakan garam dan lada hitam untuk halau jin sesetengah orang kata tak boleh sesetengah kata boleh, yang mana satu betul?

terima kasih banyak2

Ariff Budiman said...

Insan Marhein...Semua tu ada kegunaannya. IM mau 1 boleh tak ada masalah

Ariff Budiman said...

Anonymous.. Baru-baru ni saya ada menonton di siaran tanyalah ustaz. Ada yang bertanya soalan ini. Kata ust dibolehkan sebab Allah menjadikan benda-benda semua ini ada kegunaaannya. Lagipun syaitan lemah akan benda-benda ni. Allahuallam

Anonymous said...

terima kasih bang,

sebenarnya saya bukan duk kat m'sia cuma kesian kat kawan saya sekeluarga(juga bukan duduk kat m'sia) selalu diganggu tiap2 malam paling teruk baru2 ni terdengar bunyi benda kat tangga macam org berjalan2 kat dinding rumah kena ketuk, anjing menyalak tiaip2 malam selepas maghrib paling teruk katil bergegar dan ditariknya kain bila dicabar, saya tak boleh nak buat apa cuma tolong sekadar yang mampu baca ayat2 suci alquran tu pun berhenti kejap malam tu malam berikutnya datang lagi entahlah...

saya cuba mencari jawapan tentang garam lada hitam online terjumpa satu forum ada satu golongan ni sampai mahu mencari kesalahan ustaz2 terutama dari darussyifa sampai mengatakan kaedah tersebut salah disebabkan nabi tak pernahpun menggunakanya..entahlah saya pun tak tahu

dan lagi kami tak adapun ahli yang pakar dalam benda2 jin syaitan ni iyalah duduk jauh dari m'sia, tapi bestlah saya selalu ikuti blog abang cuma ni rasa2 kali kedua saya bagi komen oklah tu aje terima kasih banyak2

Ariff Budiman said...

Anonymous..Begitulah adat manusia suka mencari salah orang. Tak apa insyaallah akan saya upload bacaan al-quran khusus untuk menghalau syaitan yang berada didalam rumah. Akan saya letak di blog saya. pasanglah setiap hari. Sewaktu arwah isteri disihir saya memasang bacaan al-quran ini. terdengar berdentum benda jatuh diatas bumbung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...