Teman-teman

Thursday, October 28, 2010

Kerja Untuk Mati

Setelah pulang dari syif malam pasti aku singgah digerai isteriku. " Lepas ni abang nak kemana ". Tanya isteriku. " Seperti biasalah tawaf ". Jawab aku selamba. " Abang tak mengantuk ka tak tidur. Tidur la dulu bang ". Nasihat isteriku. " Takpa-takpa abang bayar bil dulu lepas tu abang balik tidur ". Cepat-cepat aku jawab. " Alaa.. tau la tu nak tawaf merata ". Sambil menggeleng kepala. Rasa rugi pula kalau aku terus tidur. Biar aku pusing pekan puas - puas baru aku boleh tidur dengan khusyuk. Semasa bersama arwah Siti Aishah begini juga rungutannya terhadapku. " Abang ni tak jemu-jemu ka ronda. Siti tak boleh. Siti banyak kerja ". Memang dia begitu sibuk. Menjahit pakaian adalah pendapatan sampingan. Selepas habis ronda aku akan membeli nasi bungkus. Tak payah la dia masak. Kesiannnnnn

Aku singgah di warung yang menjual ais kacang. " Bang cendul satu ". Aku dan abang aku memang tak boleh miss dengan ais kacang atau cendul. Abang aku kalau ceramah dia tak sebut cendul kira tak sah la. Aku bertemu dengan kawan lama sekampong. Kami terpisah akibat tuntutan pembanggunan. Kampong kami akan dibangunkan jadi kami terpaksa berpindah. Aku di barat manakala dia di selatan. Orang lelaki ni kalau bertemu, " Budiman hang berapa orang anak ". Itulah ayat killer pembuka kata bagi kami kaum adam. " Aku 2 orang bini dan 2 orang anak ". Sengaja aku bergurau. Ternyata dia terkejut bila mendengar aku mempunyai 2 orang bini. Akhirnya aku cerita yang isteri pertama telah meninggal dan baru berkahwin lain.

Semasa dikampong kami sama-sama main bola, sepak takra, silat dan tambahan ialah pakar jahit kasut. " Hang dok jahit kasut lagi ka Man ". Tanya kawan aku. " Tak. Malas bila dah bekerja ". Marah dia bila aku kata malas. " Hang ni pandai jahit kasut tapi tak mahu buat bisness. Aku dok buat lagi. Kadang-kadang bos kilang panggil aku tolong repair kasut. Jadilah Man macam tu. Aku kerja ni pun bekalan untuk nak mati ". Katanya-kata membuat aku terfikir lalu aku bertanya kembali apakah yang dimaksudkan dengan kerja bekalan untuk mati. " Zaman la Man batu nisan mahal. Jadi aku tempa siap-siap batu nisan yang berharga RM400. Tarikh aku tak letak lagi la ". Terdiam aku mendengar kata-katanya. " Kita ni tak lama lagi nak hidup. Bila kita mati batu nisanlah tempat anak cucu kenal. kalau kita letak batu nisan biasa nama tak jelas jadi depa tak tau siapa dan depa tak berdoa untuk kita. Sebab tulah aku tempa batu nisan yang mahal. Baru anak cucu aku tau yang itu adalah kubur aku . Hang kena buat macam tu Man. Baru anak-anak kita berdoa dan kita rasa ok sikit didalam kubur ".

" Yang betoinya dari apa yang aku belajar ialah selepas kita mati hanya 3 yang ikut kita. 1. Sedekah jariah kita. 2. Ilmu yang dimanfaatkan. 3. Anak yang soleh yang mendoakan untuk kita. Batu nisan tu sebagai alat untuk keluarga mengenali saja. Anak cucu kita boleh berdoa untuk kita bila-bila masa saja dan diaman saja mereka berada". Aku cuba memperbetulkannya. " Hang tau Man walaupun aku kerja untuk mati tapi sembahyang aku masih belum cukup. Kadang-kadang aku buat 3 kali sehari. Kadang-kadang 2 kali sehari. Sebabnya ialah tak sempat ". Hairan juga apa yang dimaksudkan dengan tak sempat dan aku terus bertanya. " Ya la. Kalau kita nak kebandar kita guna pakaian yang elok. Jadi nak bertemu dengan tuhan pakaian juga mesti elok. Aku kerja dan mungkin seluar yang dipakai terkena najis. Sebab itulah aku tak sempat nak salin dah masuk kerja ".

" Sebenarnya Hamzah, syaitan telah meniupkan was-was dalam hati kita. Sebab itu kita tidak yakin dengan apa yang kita pakai. Semuanya najis bagi kita sedangkan jelas najis tidak melekat dipakaian. Kalau dah tau tak yakin kita boleh bawa kain. Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih. Inilah bekalan untuk kita bila kita mati nanti. Islam itu mudah Hamzah Allah tidak memberatkan hambanya. Aku masih ingat bila time aku ke bendang. Baju dipenuhi dengan selut tapi tok wan aku suruh juga aku sembahyang. Katanya selut tidak najis. Time sihatlah kita nak buat ibadat Hamzah. Bila dah sakit dan mulut terketar-ketar baru timbul penyesalan tak ada guna lagi ". Panjang juga aku jawab. Kawanku hanya terdiam sebab dia menceritakan walaupun meningkat ke umur 52 tapi masih lagi sihat bermain sepak takraw.

Akhirnya sebelum aku pulang kerumah aku berkata, " Hamzah kalau bola takraw kita boleh lompat dan lipat dan kadang-kadang tergeliat juga pinggang kita. Solat yang difardhukan keatas kita 5 kali sehari dimana setiap solat tidak sampai 5 minit pun kita tak boleh lakukan maka sia-sialah Allah bagi kesihatan yang baik dekat kita tapi kita tidak mensyukuri nikmat yang dia bagi ". Sambil bersalaman aku berlalu pergi meninggalkan kawan lamaku diam seribu bahasa. Mata dah mengantuk dan aku pulang untuk melayan mataku pula.

10 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam, Harap2 nasihat yang En Man tinggalkan memberikan kesan terhadap diri Hamzah.

Ariff Budiman said...

Marina Monroe.. Mudah-mudahan. insyallah

hentian said...

sedap ke cendul hamzah tu, WN. teringin juga nak try...

Bearcat said...

Man? Siapa itu Man?
Bunyi macam pelik nama Man tu.

Ces, lain kali bubuhla nama samaran...kesian Encik Hamzah tu hehe.

Ariff Budiman said...

Insan Marhein..Sehingga menjilat jari

Ariff Budiman said...

bearcat..Man itu panggilan untuk pakjang. Masa dikampong dulu pakjang banyak nama. Nama hamzah tu bukan nama dia yang sebenar. Telah diubah suai

abu muhammad said...

salam,
respek pada tokwan akhi Arif, boleh solat dgn seluar berselut. kalaulah tanah itu kotor, mana mungkin kita tayammum dgn debu tanah :)

Ariff Budiman said...

Memang betul abu muhammad. kadang-kadang kita sendiri yang menyusahkan agama

Khahar said...

Saya suka Blog Abg Ariff Budiman kerana memeberi kefahaman duniawi dan ukhrawi serta nasihat yang berguna. Semoga Abg Ariff senantiasa sihat walafiat. Ameen.

Ariff Budiman said...

khahar..Terima kasih kerana menyokong blog yang hanya suka-suka. Dari mencari ketenangan setelah kehilangan isteri menjadikan saya sangat suka menulis. Cuma tulisan saya ni bukanlah syandard sangat. Bahasan pun lintang pukang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...