Teman-teman

Monday, October 04, 2010

Takkan Begitu Sikapku

Sudah seminggu isteriku mengadu sakit gigi. Bila diajak ke klinik macam-macam alasan yang diberikan. Tunggulah. Nantilah. Yang sebetulnya ialah takut untuk berjumpa doktor. Akhirnya akibat tidak tahan menanggung derita, aku membawanya ke klinik. Seorang Dr lelaki keluar menyambut kami dan kemudian nurse memanggil isteriku. Tak sampai 15 minit isteriku keluar dan beritahu gigi gerahamnya terpaksa dicabut. Katanya lagi dr tersebut amat ganas maklumlah lelaki. Bila pulang kerumah sudah kelihatan merah dipipi. Hairan juga aku kenapa pipi isteriku kelihatan merah. lama kelamaan semakin cerah sehingga mula bertukar gelap. Katanya sewaktu mencabut Dr telah memegang kuat pipi isteriku. Mungkin ini yang menyebabkan pipi isteriku akhirnya bertukar menjadi darah beku. Aku mengajaknya kembali ke klinik untuk ditunjukkan kepada Doktor. " Nantilah abang kita jumpa doktor ". Akhirnya siapa yang berjumpa isteriku pasti bertanya kenapa jadi begitu. Terpaksa isteriku mencerita satu persatu. " Kami ingat Budiman tumbuk Rosnah ". Gurau mereka. Aku turut tersenyum dengan gurauan itu. janji mereka tidak berkata dibelakang.

Ada juga kakak-kakaknya yang datang kerumah. masing-masing terkejut bila melihat pipi isteriku kehitaman. " Apa kena pipi Nah ni ". Tanya mereka. Terpaksa diceritakan lagi sekali. " La kami ingat Budiman dera hang ". Sambil tertawa mereka didepan aku. Aku tahu itu cuma gurauan dan aku pula bergurau, " Saya suruh dia buat gulai guna cabai giling tapi dia buat guna cabai blender. Akhirnya desyum...ke pipi ". Apa lagi tertawa mereka dengan gurauanku. " Abang ni merapulah ". Marah isteriku.

Entri lalu aku cerita yang kami ke Parit Buntar menghadiri kenduri perkahwinan. Hari ini aku menerima panggilan dari ibu angkat aku. " Budiman makcik nak tanya. Anak-anak makcik tanya apa yang kena dengan pipi Rosnah. kata mereka seperti dicubit. Makcik kata takkan abang Budi nak buat macam tu dekat kak Rosnah ". Aku tertawa lagi tentang isu yang semakin hangat. Akhirnya aku terpaksa cerita kepada ibu angkat apa sebab terjadi begitu. Beristaghfar dia bila mendengar cerita aku. Aku talipon isteriku berkata yang isteriku sudah terkenal kerana hitam dipipi. " Esok Nah sebelum pergi ke gerai, cari cat warna koko dan cat dekat pipi agar tidak nampak kehitaman ". " Merapulah abang ni. Tak pa bila orang tanya, Nah akan kata abang ni baik orangnya. dia tak buat macam tu ". Aku tertawa gelihati mendengar penjelasan darinya.

2 comments:

hentian said...

orang sakit depa nu boleh buat lawak ya...

Ariff Budiman said...

Betui..betui.Itulah dunia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...