Teman-teman
Sunday, June 29, 2008
SEJARAH PERTAMA KALI BELAJAR SILAT ( 2 )
Cerita tentang bagaimana aku dan rakan-rakan ditipunya tak pernah padam. Satu malam suasana kampung sungguh damai. Bulan penuh mengambang. Dapat lihat bayangan pohon kelapa melambai-lambai. aku dan seorang rakan si Dali berjalan untuk kepekan. Tiba-tiba terdengar deruman bunyi basikal motor. Vrumm.... terus melintas depan kami. Sempat juga ketawa kepada kami. Aku berkata pada rakan, malam ni dia akan mendapat habuan dari hasil yang dia lakukan. Aku memberi cadangan pada rakan agar mengubah batang kelapa yang telah dipotong dan diletak mengikut bayangan pokok kelapa. Sekali pandang memang tak perasan.
Selesai tugas kami berjalan keluar. Kemudian dari jauh kami lihat tok guru samseng mengayuh basikal dengan lajunya sambil membunyikan mulutnya. Vrumm.... terus masuk kekampung. Prang... prup prap dan jeritan adoi..... kedengaran. Aku berkata kepada rakan jerat kita mengena. Sebentar kemudian kelihatan tok guru samseng datang kearah kami sambil tangan terkial-kial menanggung sakit. Katanya," Sapa punya kerja letak batang kelapa atas jalan". aku hanya menggelengkan kepala sambil berkata tak tahu. Tok guru samseng terus beredar. Kami tak sabar nak lihat apa sebenarnya berlaku.
Mak datuk basikalnya berkecai. Rim basikal tersangkut atas pokok limau. Tak tahan melihat keadaan basikal tok guru samseng kami ketawa hingga bergolek diatas tanah. Kataku kepada rakanku biar kita bergolek diatas tanah namun mulut harus ditutup. Pecah rahsia nahaslah kami. Akibat kemalangan itu tok guru samseng mendapat kecederaan kekal. Jari kelingkingnya patah sehingga kata doktor tak boleh repair lagi. Bermula kejadian itu tok guru samseng jarang keluar malam dan tidak pernah lagi menunggang basikal. Emaknya berkata dia akan train anaknya agar menjadi lebih samseng lagi.
Kini tok guru dah meninggal dunia akibat kemalangan dilaut sewaktu menggunakan jet ski. Mungkin dia bawa laju. Padaku walau perasaan marah amat tebal namun kawan tetap kawan. semoga Allah menempatkan arwah bersama-sama dengan orang yang soleh. Perasaan dendam tidak baik diamalkan terutamanya kita yang beragama islam. Bermula perkara itulah aku tak berani mengucapkan yang aku berdendam dengan seseorang sebab syaitan akan sentiasa mengingatkan kita. Kalau marah kita buat tak kisah sudahlah. Moga Allah ampunkan dosaku sewaktu berada dialam remaja.
Sekian
ariman
Thursday, June 26, 2008
SEJARAH PERTAMA KALI BELAJAR SILAT ( 1 )
Satu hari seorang kawan yang boleh dikatakan samseng tinggal dihujung kampong mempelawa akau dan rakan - rakan untuk menyertai silatnya. Dia sendiri yang akan mengajar kami. Katanya dia menjadi berani sebab silat yang diamalkannya mampu menjinakkan lawan. Terbukti juga sebab ramai rakan - rakan dan aku sendiri kecut bila berhadapan dengannya. Misainya tak usah kata la. A Galak kalah lagi.
Seperti yang dijanjikan kami semua diarah berkumpul jam 3 pagi di perigi dimanatempat arwah adik aku jatuh. Tepat jam 3 pagi kami semua sudah berada sekitar perigi. Periuk belanga bekas kenduri kahwin masih ada disitu dan belum lagi dibasuh. Datang 3 adik beradik tok guru samseng. Siap pakai selepang dengan keris tersisip dipinggang. Kami diarah membuka baju dan seluar. Sambil duduk mengcangkung terasa air jatuh dari kepala menuruni pipi dan mulutku. Aik!!!! pasal apa berbau semacam saja. Rasa gulai pun ada. Dalca pun ada. Tak apa nak belajar punya pasal. Habis aku dimandikan tiba pula giliran rakan - rakanku pula. Yang menghairankan aku kenapa sewaktu mereka menjirus air, ketiga - tiga adik beradik ini asyik ketawa sesama sendiri.
Selesai melaksanakan tugas terdengar ketawa berdekah - dekah dari mereka. Kini barulah aku tahu rupanya kami telah ditipu dan disimbah dengan kuah basi. Terpaksalah kami mandi air perigi dalam keadaan kesejukan. Mahu saja aku menendang mereka bertiga tapi perasaan kecut masih lagi menebal. Aku berkata pada rakanku," Tak apa hari pembalasan akan tiba". Mereka bertiga berlalu pergi sambil ketawa tanpa ada perasaan menyesal sesama kawan. Aku hanya memendam perasaan bengkak di hati dengan gelagat mereka. Rakanku berkata," Buat tak tau sudahlah". Dalam hati kecilku berkata tak dapat cara kasar, cara halus mereka akan terimanya.
ariman
Friday, June 20, 2008
KALI PERTAMA BERTEMU LANSUIR
Lepas solat Maghrib seperti yang dijanjikan kami dalam 10 orang bergerak menuju ke pasar malam. Juadah yang kami beli diratah disitu juga. Jam menunjukkan pkul 9.30 malam. Peniaga sibuk menyusun kembali. Makna nak tutup la. Kami beredar dari situ. Aku berkata mari kita race sapa sampai dulu. 1 2 3 maka kami semua mengayuh dengan lajunya. Aku bersungguh-sungguh mengayuh. Mana boleh ketua kalah.
Kami melintasi jirat cina. Kawan-kawan yang lain berada di depan. Aku termengah-mengah. Dah kenyang pula tu. Tiba - tiba terasa rantai basikal ku tersangkut dan pranggggg!!!! putus. Aku melambung jatuh. Kawan-kawan nun jauh meninggalkan aku. Aku mencari kembali rantai yang putus. Baru aku terasa bahawa aku terjatuh dibawah pokok yang besar. Aku terus mendongak keatas. Mak datuk lembaga putih sedang mengibar kainnya dan memandang kearahku. Yang buat aku tak tahan ialah hilaiannya begitu menggerunkan.
Apalagi silat yang aku belajar iaitu kalau musuh datang tak dapat lawan terus cabut. Aku cabut lari macam ular kena pukul. Langsuir terbang mengikuti aku sambil mengilai. Keadaan begitu gelap sekali. Peluh sejuk membasahi badan. Sampai dirumah kawan-kawan lain dah tidur dan tidak tahu apa yang berlaku kepada aku. Seminggu aku demam akibat terkejut. Emak & ayah tidak tahu apa yang berlaku. Kata ayah tu demam biasa saja. Kalau ayah tau tentu aku kena spring charge. Kalau boleh masa di pusing balik, teringin nak ligan hantu lagi. Kini hantu pula yang suka mengusik aku.
Sekian
Ariman
Tuesday, June 17, 2008
SAJAK KASIH SAYANG IBU BAPA
HARI BERGANTI HARI
MINGGU BERTUKAR MINGGU
BULAN TERUS MENJELMA
SAAT YANG DINANTIKAN MAKIN TIBA
IBU RESAH AYAH GELISAH
MENANTI SAAT KELAHIRAN
ANAK YANG AKAN MEMBAHGIAKAN MEREKA
GEMBIRANYA IBU
BERSYUKURNYA AYAH
MENERIMA TETAMU YANG DINANTI
ITULAH AKU YANG BARU MENGENAL DUNIA
AKU DICIUM IBU AKU DITATANG AYAH
UMPAMA MINYAK YANG PENUH
AKU DIBESARKAN DENGAN PENUH KASIH SAYANG
IBU BERLARI MENDENGAR TANGISANKU
AYAH MASIH LAGI MEMBANTING TULANG
UNTUK MENYARA HIDUPKU
AKU DIRUMAH SELAMAT DALAM
DAKAPAN IBU
KINI AKU TELAH DEWASA
IBU AYAH MASIH TETAP MENYAYANGIKU
PERNAH SATU KETIKA
IBU TERSENTUH DENGAN TINGKAHKU
SEMALAMAN IBU MENANGIS
BERENDAM AIR MATA
AKU HAIRAN KENAPA IBU BEGITU
AYAH DATANG MENGHAMPIRIKU
DINASIHATNYA AKU
OH TUHAN AKU BERDOSA PADA IBU
OH TUHAN AKU DERHAKA PADA AYAH
AKU MENJADI ANAK YANG
TIDAK MENDENGAR KATA
MAAFKAN AKU IBU
MAAFKAN AKU AYAH
AKU TIDAK SEDAR TINGKAHKU SELAMA INI
BEGITU MENYIKSA KALIAN
AKU BERJANJI PADA MU IBU
AKU BERJANJI PADA MU AYAH
SATU HARI NANTI AKU AKAN MENJADI
ANAK YANG AKAN MEMBANGGAKAN KALIAN
KASIH SAYANG YANG KALIAN CURAHKAN
AKAN KUSEMAT SEDALAM DALAMNYA
DILUBUK HATI
AKU MENGERTI KINI
KASIH SAYANG AYAH DAN IBU
TIDAK DAPAT DIJUAL BELI
IBU AYAH BERSYUKURNYA AKU
MENJADI ANAKMU
PENGORBANANMU AKAN KU KENANG
SELAMA LAMANYA HINGGA
AKHIR HAYATKU
NUKILAN
ariman
Wednesday, June 11, 2008
SELAMAT HARI IBU DAN BAPA
“ Ibu, Ibu engkaulah ratu hatiku “. Itulah ungkapan yang diberikan dalam bait-bait lagu hasil gubahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Betapa agongnya seorang yang bergelar ibu. Rasulullah ketika ditanya sahabat siapa yang perlu ditaati selepas Allah dan rasulnya. Jawab baginda ialah ibu sebanyak 3 kali dan dituruti dengan ayah.
Ayah sewaktu mudanya semasa perang dunia kedua telah dibawa oleh askar Jepun ketempat pembinaan landasan keretapi maut. Ayah sempat melarikan diri dari tahanan dan pulang ke kampong. Kepulangan ayah membuatkan sanak saudara terkejut kerana menyangkakan yang ayah pasti mati disana. Namun perancangan Allah mengatasi segalnya. Ayah pulang tapi dalam keadaan lemah dan berbau busuk akibat kecederaan sewaktu dalam tahanan.. Ayah dipelihara oleh ibu angkat. Ibu angkat ayah kini berusia 100 tahun lebih dan masih lagi hidup namun tidak lagi mengingati apa-apa.
Ayah ditemukan dengan ibu dan melahirkan kami semua. Tugas ayah ialah menjadi kapten kapal. Ayah akan merantau di pelusuk negara. Sebulan sekali ayah akan kembali menjenguk anak-anak. Namun kemesraan tidak ada sebab kami lebih rapat dengan ibu. Ibu yang memegang amanah dari ayah untuk membesarkan anak-anak. Ayah pandai menyesuaikan dirinya dengan anak-anak ketika berjauhan. Kami akan menanti ayah pulang sebulan sekali sebab hari itulah kami akan menikmati segala hidangan yang enak di Padang Kota. Kata ayah kami nak makan apa saja pun boleh. Selepas solat Maghrib kami akan menaiki teksi ke Padang Kota. Aku berlari-lari. Terasa cukup gembira sekali.
Satu hari kami dikejutkan dengan berita ayah ditimpa musibah. Kebanyakan kelasi kapal mati akibat termakan kulat beracun. Namun ayah, Allah masih sayang lagi sebab mempunyai tanggungan anak yang ramai. Ayah lumpuh dan tidak dapat bergerak. Ibu terpaksa mengambil tugas ayah mendidik anak dan menjaga ayah. Bermacam-macam ikhtiar dibuat, namun ayah masih lagi tidak dapat berjalan Namun manusia merancang dan Allah juga merancang dan perancangan Allah mengatasi segalanya. Seorang sinsei cina sanggup mengubati ayah dengan kaedah rawatan akupuntur Alhamdulillah ayah dapat berjalan semula tetapi tidak seperti sediakala. Kaki ayah tidak kuat lagi.
Ayah terpaksa berhenti menjadi kelasi kapal dan membela ayam untuk meneruskan hidup kami. Seronok juga setiap pagi kami akan mengutip telor ayam. Hasil jualan telor ayam kami semua dibesarkan. Setelah kaki ayah kuat sedikit ayah ditawarkan pekerjaan sebagai guru di sekolah pelayaran di Marine’s Club di Padang
Pada tahun 2004 ayah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dihadapan anak-anak. Ibu terpaksa meneruskan hidup tanpa ayah. Tapi anak-anak ibu pun dah besar dan kami pula yang menjaga ibu. Baru-baru ini ibu telah dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas sebab terhidu gas semburan ubat nyamuk. Ibu tidak sedarkan diri selama sebulan. Kata doktor kami perlu bersiap sedia menghadapi kenyataan bahawa ibu dalam keadaan tenat sekarang. Bila-bila saja ibu akan tiada. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Ibu kini sembuh seperti sediakala. Namun ibu susah untuk mengingati kembali kisah lama. Ibu menjadi pelupa. Yang melegakan kami semua ialah ibu tidak lupa akan suruhan Allah. Walaupun ibu terpaksa sembahyang sambil duduk. Kami anak-anak dan cucu-cucu ibu berdoa kepada Allah semoga Allah pelihara dan memberi keberkatan kepada ibu dan ayah. Berikut adalah lirik lagu yang di tulis oleh seorang rakan yang telah aku jadikan dalam lagu nasyid.
Ibu yang ku sayangi.
Doakan anakmu
Kini di rantauan jauh sekali
Mencari ilmu untuk bekalan
Mengharungi hidup penuh cabaran
Ibu yang ku sayangi, ku mohon restu mu
Agar meredhoi jalan hidupku
Tanpa restu mu Allah murkai
Tanpa izin mu Allah laknati
Ibu oh ibu jangan kau menangis
Anakmu pergi bukanlah lama
Untuk mengisi ilmu di dada
Jika diizinnya bersua jua
Oh tuhanku syukur nikmatmu
Ku mendapat ibu belainya agong
kasih sayangnya tiada ternilai
Seisi dunia bukan tandingnya
Ibu yang ku sayangi
Kau ibu mithali
Tabah menghadapi hidup berliku
Ayah pun telah lama
Menemui ilahi
Meninggalkan kita
Hidup sendiri
Ya Allah Rahmati ibu
Ya Allah Rahmati ayah
Tempatkan mereka
Dalam syurgamu
Bersama kekasih, kekasihmu Ya Allah
Sekian
ARIMAN
Saturday, June 07, 2008
APAPUN JOM SOLAT DULU
Solat termaktub dalam rukun islam yang lima dan satu pengiktirafan bagi mereka yang betul-betul beriman dengan rukun iman. Orang yang mengabaikan solat seolah-olah dia telah " menderhaka" terhadap Allah dan Rasulnya. Nabi bersabda:"Solat adalah tiang agama, maka barangsiapa yang menegakkannya bererti ia telah menegakkan agama, dan barangsiapa meninggalkan solat bererti ia telah merosakkan agama".
Apapun kita nak buat, utamakan solat dahulu, barulah segala urusan kita berjalan dengan lancar dan diberkati oleh Allah swt. Ingatlah, bahawa segala amal perbuatan kita, cakap kita, kerjaya kita, rezeki dan nasib kita semuanya ditentukan oleh Allah swt. Utamakanlah Allah dalam hidup kita dan jadikan Al-Quran teman setia anda dalam mencari panduan hidup yang diredhoinya.
Solat, Quran, Zikir dan menghadiri majlis-majlis ilmu islam adalah satu bentuk pengisian rohani untuk membina rasa kasih sayang dengan Allah yang mencipta kita selama ini. Dengan solat jiwa kita menjadi tenang, hidup tidak keluh kesah dan terumbang ambing. Orang yang bersolat dengan ikhlas, khusyuk dan berusaha membina akhlak mulia, hidupnya bahagia walaupun dia miskin dan wajahnya kelihatan berseri dengan cahaya iman.
Kalau kita tidak makan beberapa hari kita akan kelaparan, menjadi kurus dan sakit. Itu cuma kesan dari segi fizikal tubuh badan sahaja. Bayangkan jika kita tidak solat beberapa lama, roh kita akan kelaparan dan menderita, kurus dan sakit sepanjang masa. Hati menjadi tidak damai, gundah gulana, masalah diri dan keluarga bertimpa-timpa. Kita jadi jahil, sesat dalam kehidupan, sombong dan tidak ada rasa cinta dengan islam.
Sabda Nabi: " Barangsiapa memelihara solat, maka ia akan mendapat cahaya, petunjuk keselamatan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang tidak memelihara solat maka ia tidak akan mandapat cahaya petunjuk dan keselamatan. Dan pada hari kiamat ia akan bersama-sama dengan Qarun, Firaun dan Ubai b. Khalaf( munafik di zaman Nabi ).
Sebaik-baik solat ialah ialah bersolat jemaah di masjid, Musolla dan surau, kerana ganjaran dan hikmahnya begitu besar sekali. Jadi marilah kita makmurkan rumah Allah setiap waktu 5 kali sehari di samping kita dapat merapatkan tali silaturrahim sesama umat.
HMT
Friday, June 06, 2008
SIKSANYA MATI SEORANG KAKI BOTOL
Kenanganku mengimbau ketika aku di bangku sekolah rendah lagi. Jiranku merupakan seorang kaki botol. Balik kerja sure anak bini kena hentak kalau silap. Matanya merah ketika ia minum. Memang tabiatnya tak dapat dibuang. Puas siisteri nasihat tapi tak dengar cakap. Kalau dia minta aku buat sesuatu, matanya pasti terbeliak. Pula tu tugasnya ialah seorang pendidik.
Satu hari dia pengsan sebab alkohol dah terlalu banyak. Dia di bawa ke hospital. Kemudian dapat berita dia meninggal. Persiapan di buat dirumah. Sebentar saja ambulan sampai dan membawa masuk mayat kedalam. Aku ni suka sangat ingin melihat mayat. Aku ikut mereka yang membawa mayat dan diletakkan diatas katil. Bila kain dibuka terkejut aku sebab mukanya bewarna hitam pekat. Baunya pula amatlah busuk. Buih keluar dari mulutnya.
Bila pak cik yang bagi mandi mayat melihat aku, dia terus suruh aku beredar sebab katanya budak-budak tak boleh tengok. Selepas aku besar dan juga mendengar kuliah agama barulah aku fahami bahawa ninum arak itu merupakan satu dosa besar. Kata ustaz kerana araklah seseoarang itu boleh berzina, membunuh dan lain-lain lagi. Semoga umat islam sedar betapa bahayanya arak, dadah dan juga dedah. Wallahualam......
Sekian
ARIMAN
Sunday, June 01, 2008
ADIKKU SUDAH TIADA

Suatu pagi hujan turun renyai-renyai. Entah kenapa pagi ini adik buat perangai. Semua orang di marahi. Emak nak ke pasar pun adik tak kasi. Adik marah dekat mak dan berkata " Adik tak mau kawan dengan mak. Adik nak pergi jauh-jauh". Adik meminta aku memainkan lagu Broery Marantika. Lagu RinduKu RinduMu. Lagu tu memang kesukaanku. Suara Broery begitu memukau. Bila hari-hari asyik mendengarnya adik juga terikut. Berkali-kali adik minta diulang lagu itu. Aku hanya akur saja sebab diluar hujan masih turun.
Hujan dah pun berhenti. Aku mengajak adik ke tandas untuk mandi. Kami berlari-lari menuju keluar. Tiba-tiba aku terpandang pintu jelapang tempat simpanan beras terbuka. Aku menyuruh adik masuk dulu ke tandas sementara aku pergi menutup pintu. Dari jauh adik mencari ku. Terdengar suara nyaring memanggilku. " Abang, abang dimana." Abang di belakang dik". Selesai saja menutup pintu aku terus ketandas. Aiii mana adik. Tadi dia ada. Aku memanggil namanya. Namu tiada jawapan. Aku bertanya kakak dan adik-adikku yang lain. Mereka kata tidak nampak akan adik. Panik juga mencari.
Segenap rumah kami semua mencari namun tidak berjumpa atau terdengar suara adik. Adik yang perempuan menangis-nangis mencari adik. Aku pusing segenap ceruk kampung mencari adik. Namun tidak berjumpa. Aku melalui satu tempat iaitu telaga dimana aku kerap bersama adik ketika selesai mencari ikan akan membasuh kaki di telaga itu. Seorang kawan sedang mandi distu. Beliau menegurku apa yang sedang aku cari. Aku menceritakan tentang kehilangan adik dan bertanya samada melihat adik. Kawanku hanya berkata tak nampak. Kami berborak disitu. Tiba-tiba mataku terpanah akan satu kasut selipar yang mirip adik aku. Aku berkata kepada kawanku, " Dali tu kasut adik aku, jangan-jangan adik aku ada didalam tak".
Tanpa berlengah aku terus terjun ke dalam telaga. Pengalaman mandi dan menyelam di dasar sungai Datuk Keramat membuat aku tidak ada masalah. Aku terus menyelam dan aku terkejut bila melihat sekujur tubuh sedang tersangkut dibawak lekukan telaga. Dalam hati aku berkata itu adik. Aku maraung dalam telaga namun air mata tidak kelaur. Hampir aku lemas bersama adik. Aku merangkul adik dan dengan sekali nafas aku melonjak keatas bersama adik. Kawanku tergamam melihat aku membawa adik keatas.
Aku mengangkat adik keatas lalu menekan perutnya. Aku tak tahu melakukan pertolongan cemas. Aku hanya menekan perut adik untuk mengeluarkan air dan menekap mouth to mouth seperti apa yang aku lihat di TV. Terdengar suara adik menyebut " Mak". Keadaan di situ menjadi kelam kabut dengan jiran. Sebentar saja ambulan dan datang. Aku terus naik bersama adik ke hospital. Aku menyuruh kawanku memberitahu kaum keluargaKu.
Di hospital aku menanti akan berita dari doktor. Doktor datang kearahku. Katanya adikku tidak dapat diselamatkan lagi. Aku menangis sesungguh hati. Polis, press dari surat khabar cina datang mengambil statement dari aku. Polis mendesak aku tentang kenmatian adik seolah-olahnya aku yang membunuh adik. Ayah datang kearahku. Aku meraung mengatakan aku tidak membunuh adik. Orang ramai memberi tumpuan kepadaku. Ayah minta aku bertenang dan mengingati Allah. Kata ayah semua itu Allah yang atur.
Aku membawa adik pulang selepas selesai bedah siasat. Dirumah kaum keluarga sedang menanti akan berita adik. Van mayat memasuki jalan kampung. Aku takut macam mana nak bagitau mak. Ramai orang sudah berada di perkarangan rumah. Bila mayat dikeluarkan adik perempuanku meraung dan merangkul mayat adik. Jiran-jiran tidak dapat menahan sedih. Bagi mereka apa yang telah kami sekeluarga alami dapat dirasai mereka. Press dengan gambar terus mengikuti aku. Macam-macam soalan diajukan kepadaku. Seluruh kampung bersedih. Mak lagi sedih sehingga terjelopok duduk. Kata-kata dari adik nak tinggalkan mak masih terngiang ditelinga mak.
Adik dikebumikan pada hari itu juga. Aku tinggal sendirian di kubur menemani adik. Aku tak boleh berpisah langsung dengan adik. Akibatnya aku gagal dalam peperiksaan LCE. Ayah memberi semangat kepadaku. Semenjak hari itu dan sehingga kini wajah adik tak ku hilangkan dari fikiran ini. Dan lagu Rinduku Rindumu amat terasa sekali bila aku mendengarnya. itulah lagu terakhir aku bersama adik. Adik diatas riba aku dan aku menciumnya dan itulah ciuman terakhir dari seorang abang.
Sekian
ARIMAN
TERKENANGKAN ZAMAN REMAJA
Suatu malam kami semua berpakat selepas selesai mengaji quran kami akan mengejar penanggal. Aku sebagai ketua menyuruh mereka menyediakan pelepah kelapa sawit sebab ia berduri dan penanggal amat taku sekali dengan ia. Selepas selasai mengaji projek berjalan. Kami melalui sawah ke hutan pokok getah. Terlihat cahaya penanggal dari jauh. Hati begitu seronok sebab malam ini akan raya sakan kami mengibas penanggal dengan pelepah sawit. Bila ia hampir apa lagi kami semua terus serbu. Terkejut penanggal ini terus terbang tinggi dan berbunyi whit... Kami terus mengejarnya. Tiba-tiba penanggal buat u turn dan menyerang kami pula. apalagi bertempiaran lari kami sebab takut terkena air bisanya. Ada yang terjun dam sawah. Ada yang terjun dalam kawah kerbau dan macam-macam aksi.
Aku seperti biasalah tempat aku ialah telaga buruk yang airnya tidak dalam. Hanya selam saja. Selesai serangan kami semua berkumpul. Kami semua dikejutkan dengan jeritan seorang kawan yang terloncat-loncat. Kena kacau ka budak ni. Kata saya. Ia hanya menonggek menunjuk arah punggungnya. Kami semua melihat, mak datuk besarnya lintah kerbau. Ada 3 ekor. Setelah kami mencabutnya lalu di tunjukkan kepada apalagi meraung sakan. Kelam kabut kami.
Kesokkan harinya riuh dari tuan punya sawah mengamuk padinya banyak rosak. Katanya kerbau sapalah yang putus. Kami hanya diam membisu saja. Misai pak cik tu macam Panglima Hitam. Sapa berani mengaku.
Sekian Ariman
POWERNYA LIDAH SEORANG DOKTOR
Sebuah persatuan lewat mengadakan mesyuarat AJK disebabkan Setiausaha dimana isterinya dimasukkan ke dalam wad. Isterinya mengadu sakit pinggang. Setelah berada di wad selama seminggu doktor suspect isterinya kena cancer. Setelah di beritahu kepada isteri apalagi terus saja air muka berubah. Makan tidak lalu. Senyum tak mahu. Hari-hari mesti bercakap bab kematian. Ia menasihat anak-anaknya dan suami. Seisi rumah berada dalam duka. Bisnes tak jalan.; Nak jalan macam mana kata suami jika asyik teringat masalah isteri yang asyik menangis. Setelah dua minggu berduka. Isterinya dibawa untuk rawatan lanjut oleh pakar. Ujian dijalankan dan jawapannya akan diketahui selama 3 hari. Cukup 3 hari mereka kehospital. Dalam hati si isteri beliau berkeyakinan jawapan yang sama oleh doktor. Nama isteri dipanggil oleh jururawat. Doktor pakar merenung muka siisteri. Katanya isteri encik memang kena cancer tapi cancer yang kecil. Jika di translet ke bahasa malaysia cancer yang yang terdapat pada tubuh isterinya ialah bisul yang berantai. Pembedahan kecil perlu dilakukan. Keesokkan harinya siisteri bangun dari tidur lalu diajaknya si suami dan anak-anak makan di luar dan shopping di Giant. Katanya lama dah bermuram. Kata sisuami kepada saya, Budiman memang lidah dokmat amat power kerana ia boleh merubah segalanya-galanya. Kata pula saya ini semua kuasa Allah yang lebih power. Allah kata Kun Fayakun maka jadilah. Beliau menyesal sebab selama ini melupai kuasa Allah mengatasi segalanya.
Ini bener-bener bukan olok-olok.
Sekian Ariman